CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Current Status

- Tak payah susah2 carik nuffnang. Aku memang tak letak kat blog ni hehe.

- Sorry sebab lately ni aku takleh nak BW kat blog2 korg sebab duk prepare untuk posting. Mintak maaf banyak2 ye, Tapi aku appreciate korg yang sudi baca & komen entry aku :)
.

Thursday, 29 September 2011

5 Jenis Aweks Yang Sering Dikutuk oleh Para Lelaki

Assalamualaikum Warahmatullah...


Ingat lagi entry aku yang lepas? Pasal 5 jenis lelaki yang sering diusha oleh para aweks? Ha, entry tu aku jadikan panduan untuk para2 mamat untuk mengimprove diri. Dan kali ni, aku buat entry bertajuk seperti diatas, untuk dijadikan panduan untuk para aweks pulak. So girls, make sure korg tak buat benda2 yang aku listkan kat bawah ni. Kalau tak, memang naik la nama ko time mamat2 sekelas or seopis ko tengah melepak bersembang kat kedai mamak sampai pukul 2 pagi.


Buat para aweks, lets check this out :


1) Berbadan besar tapi pakai baju adik2.


Ketahuilah wahai para aweks sekalian, apabila korg yang berbadan besar atau bahasa kasarnya gemuk, pastu badan korg disarungkan pulak dengan baju yang sangat2 kecik dan sah2 bukan size korg, korg akan kelihatan sangat huduh sekali. Ibarat mencemarkan pemandangan. Sorry to say, mungkin bunyi ni agak kasar tapi inilah yang besfren lelaki aku cakap bila dia dan kawan2 dia nampak awek2 yang macamni kat tempat2 awam. 


Yelah, mungkin awek tu cuba untuk kelihatan seksi, tapi apa yang mamat2 tu nampak kat mata diorang ialah perut yang berlapis2, lengan yang menggeleber, peha yang sangat gemuk, dan juga dada & punggung yang besar bila disarung dengan pakaian yang macam sarung nangka. Mungkin aweks2 ni suka bila mata2 lelaki menatap tubuh diorg ni, tapi hakikatnya memangla diorg pandang, tapi dengan pandangan 'disgusting' gitu. Silap2 habis korg dikutuk perasan seksi. Tak caya? Tanya sendiri kat mamat2 keliling korang, dan tengok berapa ramai yg cakap aweks2 yang pakai macamni nampak begitu anggun dan seksi sekali. Uhuh.


Kesimpulannya, sila la ukur baju di badan sendiri. Lagi baik, tutup je semua aurat tu dengan pakaian longgar. Lagi senang kan?


Err.. err... sexy ke macam ni? -___-


2) Suka bergaya terlebih kat tempat yang tak sepatutnya.


Lumrah para aweks kan, suka bergaya walau kemana2. Tapi agak2la beb. Nak bergaya ni kena ikut tempat dan waktu yang sesuai. Kalau tak nanti kat mata2 org lain korang akan dicop 'over'. Contohnya, setakat nak pergi pasar atau lepak kat kedai mamak. Korg semangat duk bubuh makeup tebal macam nak pegi function, siap ngan baju mahal2 & cantik2 then pakai heels lagi. Err...Perlu ke?


Dulu klasmate kepada member aku ada sorg macam ni. Pegi kelas je pun, kelas sejam je pulak tu tapi kemain sakan lagi bergaya kau. Pastu saje je datang lambat2 biar satu kelas tengok dia masuk dewan kuliah. Pastu korg tau tak, bila dia masuk kelas je dengan gaya model catwalk sume, apa budak2 lelaki belakang member aku tu cakap?


'Weh, lady gaga dah datang, lady gaga dah datang,'


Kalau korg dicop lady gaga, korg bangga ke? Kalau aku, itu satu penghinaan beb. Sebab sume org tau yang lady gaga itu fashion disaster nombor satu kat dunia nih.


Lady gaga? Oh my...


3) Suka ketawa terkekek2 atau mengilai2 dengan kuatnya di tempat awam.


Pernah tak bila korg lepak2 kat kedai makan ke, pegi shopping mall ke, korg perasan ada satu grup aweks2 yang suka benar ketawa kuat2 sampai semua org kat situ pandang diorang dengan pelik? Ada? Kalau aku dah selalu sangat. Kalau tak sengaja tu takpe lagi, ni bila org lain dah pandang, grup aweks ni lagi kuatkan gelak diorg tu. Konon2 grup diorg la yang paling hot and happening kat situ. Pffftttt.


Korang ingat para mamat suka ke usha2 grup macam ni? Member lelaki aku cop grup aweks macamni as 'minah2 gedik dan suka mencapab'. Para aweks yang sopan sepatutnya gelak dengan suara perlahan sambil menutup mulut. Kalau tak tutup mulut ngan tangan pun janganla biar mulut tu ternganga luas time gelak. Benda ni adalah normal untuk dilihat kat tempat awam kalau grup2 lelaki yang buat. Tapi untuk grup aweks? Err tak sesuai kut.


Ha gelak lagi sampai mata juling.


4) Sikit2 nak mencarut. Sikit2 nak mencarut.


Terus terang cakap, walaupun aku macam kasar, aku paling tak suka mencarut. Aku rasa org yang mencarut ni kurang adab. Tapi bagi aku, mencarut ni normal untuk para lelaki. Well, sesuaila dengan fitrah semula jadi diorg yang kasar tu kan? So aku takde hal kalau dengar mamat2 mencarut depan aku. Sebab diorg mencarut sesama diorg pun dah biasa. No offense. Tapi aku tak berkenan dengan awek2 yang turut sama macam mamat2 ni duk mencarut jugak. Sebab perempuan dilahirkan berlawanan dengan lelaki. Mencarut itu memberi imej yang sangat2 buruk pada seorang perempuan, bak kata member lelaki aku.


Kalau setakat cakap sial ke, bodoh ke, bangang ke bodoh ngn bangang ni mencarut ke? huhu aku tak tau ok la lagi. Takdela teruk sangat. Kalau sesekali terkeluar time marah ke, termelatah ke, tak ape lagi. Ni kalau setiap masa bercakap dengan lelaki, ada diselitkan perkataan2 seperti b**i, f**k, p**t*t, s**t atau k*m*k konon2 nak bagi nampak cool, pastu yang mencarut tu bertudung le pulak kan, huhu, korg yang lelaki ni ada rasa tak macam nak lempang laju2 je mulut awek tu? Apehal la minah ni carut2kan aku pulak nih? Aku buat salah ke?


Sila jangan mencarut macam insan mereng kat atas nih.


5) Suka menyusahkan orang. Lagi2 pakwe dia sendiri.


Aweks2 camni kan, asal pergi mana2 je mesti nak berteman. Asal keluar rumah je mesti tak nak sorang2. Sebab nampak macam loser. Pastu sibuk cari kawan suruh temankan dia keluar. Kalau kat kelas ke, dia ni la yang paling orang avoid untuk masuk grup sekali, sebab satu keje pun hampeh dia nak buat sorang2. Mesti nak ada gak yang kene tolong walaupun sikit. Mana yang terlebih manja tu, nak pakwe yang amik dan jemput gi kelas/ofis. Topup habis pun mintak pakwe belikan. Kalau gi shoping nak pakwe yang bawakan barang2 shoping die. Bila time makan asyik2 nak pakwe yang kuar duit belanja. Sebab dah assume sendiri memang lelaki yang patut keluar duit bila keluar makan sekali. Si pakwe asyik kena temankan awek sepanjang masa sampai takde masa nak lepak mamak dengan geng sendiri.


Hello girls2 kat luar sana. Kalau ada yang perangai macamni cepat2 la buang ek. Kalau setakat sekali sekala nak bermanja tak ape la lagi. Ni kalau hari2 buat, orang lain memang serius la akan menyampah dengan ko. Pakwe ko pulak silap2 haribulan cepat je cari pasal nak clash ngan ko. Sape tahan beb? Budak2 kecik pun lagi matang daripada aweks2 yang jenis macamni. Jadi independent la sikit weh. Ketahuilah bahawa girls yang berdikari serius nampak sangat menarik dan anggun okeh.


Dah awek kan. Ikut je laaa....


Ha, mana2 aweks yang ada ciri2 ni cepat2 la improve. Maybe korg dah jadi bahan pun time kawan2 lelaki korg bersembang kan, cuma korg je yang tak perasan. Ha ni kalau dah tau ni cepat2 la ubah. Sape2 yang tak ada ciri2 ni, congrats la diucapkan. Korang maybe belum lagi jadi modal kutukan member2 lelaki korang hehe. 


Korang hati2 sikit, sebab orang lelaki ni kalau dia bergosip lagi dahsyat dari perempuan tau. Sape2 yang setuju statement ni sila angkat tangan macam saya~ (sambil lambai2 tangan hehehe)


Thanx banyak sebab baca entry ni. Serius aku sayang korg.


p/s : Harini genap seminggu aku buat blog ni. follower aku dah 212 org. terima kasih banyak2 atas sokongan semua. serius aku terharu T____T

39 comments:

♥ norlida ramli ♥

hehe...betul 2..laki sbnrnya plg kuat bergosip dr perempuan..haha

btw..tahniah ye.br smggu tp follower dh 200+...

suka bca entry blog ni sbb nmpk santai =)

budakijaupendek

setuju dgn entry ni,
bab pakaian, mencarut tu.
perempuan sesama perempuan pun tak suka sebenarnya.

BiQa HatmiN

betull..biar kasar jgn mencarut.haha :) bagus gak ni bg lelaki baca..nak yang mana

hani

aku ada kawan yang kuat mncarut tuh. alahai.. dh la dh jadik emak emak, anak pun dah anak dara, yg paling kecik dhj 5 dah. las las siap dgn anak-anak skali ngikut mncarut kt emaknye.adehai...

renjerkabloi

huh! tepat sesangat hak3 ^_^

mizz shaa

hehehehe...
arap2 mizz bkn cm2...
nek gerun plak tkowt sikp mizz cm2...

izzahdegreat

huhuu mintak simpang dpt kengkawan cmtu...nsb baek terpelihare =] kalo diri kite mcm tu, semestinye berkwn dgn org mcm tu jgk

kusyi

sokong2.. nice entry~

Kodet

Setuju , tapi yang nombor 1 paling tak suka. Pakai baju adik... kalau badan macam Megan Fox oklah pakai baju adik tu

Green Apple

terasa lak yg no.3 tu... tapi tak lah seteruk tu koootttt... heeeeee

nadiaz namikaze

wah,baru sminggu blogging follower da 200+,keep it up!
nice entry..byk betol..=)

kpah k-poh

ppuan ni kdg2 perasan jer yg lebih..dia ingat bila lelaki tgk..kot suka kat dia..nak mgorat dia..sebenarnya..depa lagi kutuk2..Ciri2 yg mcm kat atas tu..nak buat menantu pun tak layak...

Mrs. Daniel

nice entry...betul3.

miratun madihah

suka entry ni, dulu pernah gak terikut kawan mencarut2 ni, sekarang dah tak dah sebab saya dah gadis yang baik :)

B0B

setuju semua. kahkahkah. :P

Pendamba Mawar

:) terkesima pendamba baca.haha

ctk

bukan setakat lelaki je xsuke..pompuan pon meluat.hhahaha

syakey

agak ah, pompuan pun meluat jugakkk. haha

diba

yg ats tu bukn seksi dh..nek muak tgk..huu erm..tu mncarut thap mlampau..ha

My Life's Journey

Hihihi bagus entri ni .. panjang lebor huraian ..mesti dapat A plus2 ni :). suke umi bace ..betul2 ade logik disitu ... chayo2!

LiLy @ MumMyQiStInA

Nice n3..betul2..biar kasar asalkan jgn suka mencarut..huhu..tak suke2.. ^_^

Miss A

time kasih banyak2 kat korg yang sudi komen entry ni.. betul2, kalau ikutkan perempuan pun menyampah jugak kan ngan minah2 macamni.. kalau perempuan sendiri mnyampah, lelaki apatah lagi kan? huhuh

MrsCikSemut

betoi2 . setuju sgt dgn hampa ni . cek sokong 150% . up sikit . haha

alfa syamimi

betul. depan mata aku byk gila minah macam ni..mintak simpang la kalo2 tanpa sedar aku pun dilabel macam ni. hehe

sengat

membuat aku terfikir...

cik sakdi

lelaki kalu mengutukkkk. adoiii

MAYA_mustwany

ohh nasib baik tak masuk list.ha3.adoii yang no 1 punya pic..errr seksa tuh..sesak nak nafas.hu3

yana halim

waahhh....terbaik! seminggu follower dah 200 lebih. ramai pulak yg komen. Ini sungguh luar biasa!! Perghh.....hebaatt. Teruskan berblogging. :)

Cintaku Bukan Cinta Biasa

EyA edamanhatiku

haha sgt tpat ne..bb mengutuk llaki mmang lbih stuju sgt2

AsyieqiN Rkey

nice one....keep writing! =)

cik kiwi's

mmg tak boleh blahhh. hahahaha

Miss A

Haha nak tergelak aku baca komen korg satu2 ni. Tapi sory bebanyak weh aku tak larat nak reply satu2. Tapi aku happy ramai yg baca & setuju ngn entry ni. Thanx banyak2 weh korang :D

norsharmila

wahhh..observernye dy..

Saiazuan

huhu memang aku tak brapa gemar girl mcm ni.. tp dah hidup dia mcm tu, bia je la

mzhany

ahaha tenet slow pun carut maki masuk mak bapak...adeihhhhh

El

status tu serius cool. haha

Miss A

thanks for the tips.sgttt likee!

zareliqa afiqa

betul2~ sangat annoying golongan cmtu.huhu

p/s:wahh,hebak2.baru seminggu da ratus2 followers^^

Miss A

mekasih2 kat korg2 yang komen. aku baca komen korg satu2 walaupun aku xdapat reply sorg2.. sory ehhhh.