CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Current Status

- Tak payah susah2 carik nuffnang. Aku memang tak letak kat blog ni hehe.

- Sorry sebab lately ni aku takleh nak BW kat blog2 korg sebab duk prepare untuk posting. Mintak maaf banyak2 ye, Tapi aku appreciate korg yang sudi baca & komen entry aku :)
.
Showing posts with label Single. Show all posts
Showing posts with label Single. Show all posts

Monday, 3 October 2011

Korang Tau Tak yang Single Itu Best Sebenarnya?

Assalamualaikum Warahmatullah..


Aku tau, ramai antara korg ni yang dah bercouple. Macam yang aku mention kat entry lepas, aku nampak ramai yg tepek gambar bf/gf kat blog masing2. Yang dah kahwin pun ramai gak aku jumpe. Mungkin korg selalu je rasa korg la insan paling bahagia kat dunia ni kan? Yela, cinta korg berbalas, bukan senang tau nak dapat org yang kita suka, suka kat kita balik weh. Aku paham, sebab aku nampak muka bahagia tu kat muka member2 aku yang bercouple. Tapi korg tau tak jadi single ni best jugak sebenarnya? Sebab insan2 single ni bahagia dengan cara yang berbeza korg tau?


So kat bawah ni aku bagitau kenapa ramai je aweks2 kat luar tu yang prefer untuk single daripada bercouple macam aku la.


1) Dapat spend lebih banyak masa untuk diri sendiri, family ngan member2.


Ada masa kita rasa macam nak alone, boleh lepak2 dengar lagu sambil baca novel kat bilik. Ada masa kita teringin nak melepak ngan family kat rumah time hujung minggu, atau pegi jalan2 or picnic ngan diorg. Kadang2 gak kita rasa nak hang out dengan member2, tak pun sembang2 ngan diorg kat mamak. Tapi kadang2 bf/gf kita tu tak memahami. Bila kita taknak kuar date ngan die, die ingat kita merajuk la, tak sayang die la. Dapat pulak bf/gf yang setiap masa kalau boleh kena keep in touch ngan dia. Bila kita senyap je mula la dia pikir bukan2. Silap2 boleh jadi gaduh. So inilah dia satu masalah yang takkan dihadapi oleh insan2 single, hehe.


Seronoknya sekali sekala berpicnic macam ni tanpa perlu bf/gf kaco.


2) Banyak duit dapat di save, since takyah topup banyak2 & kuar dating tetiap minggu.


Lumrah la org bercouple ni kan, kalau dalam sehari tu mau paling kurang 5 kali mesej saje2. Wish gudmorning la, tanya dah makan ke belum la, tengah buat ape, gudluck exam kalau tengah musim exam, last sekali before tido wish gudnight, sweet dream. Tu tak campur lagi kalau mesej2 sebab nak share story ngan problem. Pastu tu tak campur lagi dengan call2 yang kadang2 berjam2 lamenye. Sebulan topup rm30 mana cukup beb. Bila hujung minggu atau time2 cuti pulak nak gak pegi dating kat mall ke, kuar makan2, tengok wayang. Pakai duit gak tuh. Kalau korg ni lelaki lagi la banyak kuar duit kut, baru la gentleman sikit ye tak? Imagine kalau korg ni single. Banyak weh boleh save, serius. Aku ni kadang2 kredit RM10 pun tak luak beb nak pakai seminggu dua. Hehe.


Syiling pun syiling la. Janji dapat save. Hehe.


3) Dapat fokus lebih kat study/kerja, sebab tak diserang masalah hati & perasaan.


Org2 yang tengah hangat bercinta ni kan, mesti bangun tido benda 1st yang die ingat bf/gf dia. Tiap malam before tutup mata sebelum tido ingat bf/gf die. Bila tengah sorg2 pastu keluar pulak lagu jiwang2 teringat lagi dekat si dia. Pendek kata almost setiap masa la fikiran duk teringat kat si dia tu. Aku paham la weh, walaupun aku ni tak pernah bercouple, aku pun pernah suka org beb. Pastu bila duk angau tu mula la tak leh nak fokus. Kalau study tu kejap2 fikiran melayang. Tau2 dah terconteng nama dia kat buku. Time kerja pun walaupun keje menimbun, still jugak kepala tu duk ingat kat si dia. Pastu tahape2 la keje korg buat. Ni tak masuk lagi couple2 yang tengah bergaduh atau tengah ada problem. Memang tak boleh khusyuk langsung buat kerja beb. Kadang2 tu time solat pun boleh teringat. Ish2 ni dah parah wei.


Bila sedang angau...


4) Rasa lebih bebas, tak payah nak jaga hati orang lain/ kena report mereport.


Pernah tak korg tengok member korg, sikit pun tak pernah lekang ngan henfon? Sikit2 tengah balas mesej, sikit2 call. Sebab mana2 korg pegi kena report kat bf/gf die. Korg pegi mana, keluar ngan sape, semua nak kena report. Kadang2 sampai kite pulak yang rimas nengoknya. Kalau kita yang tengok ni pun rasa rimas, member korang tu macam mana la agaknya?


Lagi satu kalau nak keluar. Mana boleh berdua ngan member berlawanan jantina beb. Member tak member, bukan bf/gf korang tu peduli pun. Kang tak pasal2 boleh jeles tak tentu pasal pastu gaduh besar, sebab ingat kita curang ke ape. Kadang2 kita keluar ngan sedara sendiri je pun kena marah kut kalau bf/gf kita tu tak tau. Kalau la kita single, nak keluar ngan sape2 pun boleh. Tak perlu nak jaga hati sape2. Tak perlu nak risau ada org jeles ke tak. Kan? Kan? (kalau bf/gf member korg yang jeles, tu diorg punya pasal la.. haha)


Tak perlu melompat macam ni sekali ye tuan2 dan puan2.


5) Dapat jaga diri daripada banyak lakukan dosa.


Kita kalau dah couple ni, mesti setiap masa teringin nak bersama ngan bf/gf kita tu. Tak jumpa sehari memang rindu gile la wei. Kalau yang jarak jauh tu, sehari tak dengar suara kat phone atau tak tengok muka masing2 kat webcam boleh rasa nak mati kut. Bila dah dapat jumpa tu mula la mata asyik nak pandang wajah dia. Yang lelaki tu biasalah kan, mata bukan takat pandang wajah je, tempat lain pun pandang jugak kan? Haha yang lelaki jangan nak deny. Dah memang fitrah korg macamtu kan, aku tak salahkan korg kalau korg buat. Pastu tengok tangan rasa nak pegang, tengok pinggang rasa nak peluk, tengok pipi gebu rasa nak.. errrr.....dan macam2 la lagi korg dah imagine dalam kepala lepas tengok benda2 tu.


Kalau imagine je pun dah dosa, apatah lagi kalau buat betul2 kan?


Nak berangan pasal cinta boleh je. Tapi jangan terlebih-lebih.


So nilah dia kelebihan2 insan2 yang masih single. Tapi korg jangan pulak anggap yang aku ni       berpendapat yang couple tu tak best. Dua2 ade je pros and cons dia sebenarnya. Ada benda2 best yang si single dapat, yang bercouple tak dapat, dan macamtu la sebaliknya. Just bersyukur la dengan apa yg korg ada sekarang. Yang single tu sabarla menanti the right person, yang dah bercouple tu jangan couple lama2 sangat, cepat2 la tuka hubungan tu menjadi sah, ok?


Korang pernah dengar tak quote ni?


'When you're single, all you see is happy couples. When you're in a relationship, all you see is happy singles'


Ada sape2 terasa? Hehe.


Ok, takat sini dulu. Thanx weh sudi baca. Jumpa next time. Chow dulu ek. Assalamualaikum.

Monday, 26 September 2011

Rahsia Hati Si Gadis Yang Ingin Single

Assalamualaikum Warahmatullah..


*entry ni repost daripada blog aku yang satu lagi*


Alkisah sebuah cerita...

Si jejaka mengeluh. Surat yang dikirim kepada si gadis dipulang kembali. Beserta jawapan yang sangat ringkas kepada isi surat yang panjang berjela. 'Maaf. Tidak berminat.' Hajat si jejaka untuk menyunting si gadis sebagai teman istimewanya musnah sama sekali. Si jejaka mula mengenangkan si gadis. Ayu wajahnya. Bijak pula. Lemah lembut, sopan santun malah kuat agamanya. Siapa yang tidak mahu?




Si jejaka lalu menilai dirinya. Rupa rasanya sudah sedap dipandang. Berjawatan tinggi malah boleh dikategorikan sebagai pelajar terbaik di dalam kelas. Beragama, berbudi bahasa dan berperibadi baik bak kata orang. Malah menjadi rebutan para gadis di luar sana. Kenapa si gadis menolak dirinya?

Ketahuilah si jejaka di luar sana, apabila si gadis menolak untuk menjalinkan sebarang hubungan cinta, mungkin bukan disebabkan si gadis tersebut jual mahal atau terlalu memilih. Akan tetapi, mungkin juga disebabkan perkara-perkara di bawah ini:



1) Si gadis ingin menyimpan sekeping hatinya, hanya untuk milik jodohnya, atau dengan erti kata lain, bakal suaminya satu hari nanti. Si gadis inginkan hati yang diberikan kepada bakal suaminya nanti suci tanpa pernah dimiliki oleh mana-mana lelaki yang tidak berhak...

2) Si gadis tahu bahawa hukum bercouple itu adalah HARAM. Walaupun mungkin hanya sekadar ikatan hati tanpa melibatkan sebarang sentuhan antara lelaki dan perempuan, si gadis tahu bahawa jika sekadar merindui sahaja sudah melakukan zina hati. Dan hukum menghampiri zina adalah haram..


3) Si gadis tidak mahu rasa cintanya kepada Allah SWT, para Rasul, ibu bapa, keluarga dan rakan-rakannya menjadi tidak adil disebabkan rasa cintanya terhadap seorang lelaki yang belum pasti menjadi miliknya satu hari nanti..

4) Si gadis mungkin juga memendam perasaan terhadap si jejaka. Jika bukan jejaka tadi, mungkin terhadap jejaka lain. Bohong jika dikatakan si gadis tidak mempunyai sebarang perasaan terhadap mana-mana lelaki. Setiap wanita dilahirkan dengan perasaan untuk menyayangi dengan sangat mendalam. Namun perasaan malu dan ketinggian maruahnya menyebabkan si gadis memendam sahaja perasaannya dan berserah kepada Allah tentang jodohnya..




5) Si gadis mungkin merasakan si jejaka bukanlah insan yang tepat untuk dirinya. Baik dari semua segi. Naluri seorang perempuan selalunya tepat. Lantas jodohnya juga diserahkan kepada Allah untuk ditentukan..



Ketahuilah juga wahai si jejaka, pada seorang gadis, apabila si jejaka :

1) Sentiasa mendoakan kesejahteraan, keselamatan dan kebahagiaan si gadis di dalam solatnya..
2) Memberikan kata-kata semangat apabila si gadis hampir berputus asa..
3) Sentiasa berkata-kata yang menyenangkan dan menggembirakan hati si gadis tatkala dirinya sedang sedih dan gelisah..
4) Begitu mengambil berat tatkala si gadis sedang sakit..
5) Sentiasa meminjamkan telinga, memberikan nasihat dan pandangan apabila si gadis sangat memerlukannya..
6) Mengingati tarikh lahir si gadis dan mendoakan yang terbaik pada hari jadinya..
7) Membantu si gadis seikhlas hati tanpa mengharap apa2 balasan apabila diperlukan..
8) Dan akhirnya si jejaka memberitahu si gadis akan keinginannya untuk melamar si gadis pada masa yang sesuai..

Tiada apa lagi yang diperlukan oleh si gadis daripada si jejaka tersebut. Semua perkara di atas sudah lebih daripada cukup. Tiada kata2 sayang, manja, rindu dan ayat2 romantik diperlukan. Hanya sekadar perbuatan yang membuatkan si gadis tahu bahawa si jejaka menyayangi dirinya seikhlas mungkin tanpa mengharapkan sebarang balasan...




Selalunya si gadis senang tertarik kepada si jejaka yang tidak sewenang-wenangnya mengungkapkan perkataan sayang, kerana sesungguhnya ungkapan sayang daripada seorang lelaki kepada seorang perempuan, baik sebagai kawan atau lebih daripada itu, amat tinggi nilainya. Dan biarlah hanya insan yang benar-benar berhak sahaja yang menerima ungkapan sayang daripada kita. Jangan biarkan ungkapan sayang daripada kita langsung tidak membawa sebarang makna kepada insan yang berhak mendapatnya kelak..

Sekian. Wassalam.

p/s : Si gadis dan si jejaka di atas tiada kena mengena dengan sesiapa yg masih hidup ataupun yg sudah meninggal dunia. Jika ada hanya kebet
ulan sahaja. Harap maklum.