CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Current Status

- Tak payah susah2 carik nuffnang. Aku memang tak letak kat blog ni hehe.

- Sorry sebab lately ni aku takleh nak BW kat blog2 korg sebab duk prepare untuk posting. Mintak maaf banyak2 ye, Tapi aku appreciate korg yang sudi baca & komen entry aku :)
.

Sape Miss A Nih?

*note : aku copy je dari entry aku yang 1st sekali*


Assalamualaikum Warahmatullah..


Nama aku A. Umur aku awal 20-an. Perwatakan aku biasa2 saja. Rupa aku pun biasa2 saja. Aku dah habis belajar. Kerja kat hospital sebagai seorang pharmacist. Dan ini blog kedua aku, dimana blog pertama aku letak dalam keadaan hiatus.

Kenapa aku biarkan hiatus?

Sebab aku mula sedar yang aku tulis kat blog tu bukan ikhlas dari hati. Aku tulis sebab nak bagi org lain baca. Tak banyak benda yang aku betul2 nak tulis aku boleh tulis kat situ. Sebab blog aku tu ada pembaca setia yang kenal rapat aku siapa. Jadi benda2 yang melibatkan hati & perasaan ni aku kena tapis dulu. Takut ada yang terasa atau kecik hati. Lebih2 lagi bila insan yang aku admire pun baca jugak blog tu. Disebabkan ni, aku rasa aku menulis sekadar untuk mengimpresskan dia. Biar dia kagum dengan hasil tulisan aku.

Akhirnya aku sedar kualiti penulisan aku semakin merudum. Aku menulis tanpa ada kepuasan sendiri. Aku menulis bukan dari hati, bukan sebab aku benar2 nak menulis. Aku menulis sebab nak biar org lain baca. Lama2 aku buat keputusan sendiri, aku perlu hentikan penulisan aku kat blog tu. Dan lebih baik aku buat blog lain, dimana aku rahsiakan identiti aku dan aku boleh tulis ape je yang aku nak tanpa perlu risau apa.

So inilah dia blog kedua aku. Just An Ordinary Girl atau Hanya Sekadar Gadis Biasa.



Harap korang yang singgah blog ni dan baca enjoyla dengan post2 yang aku bakal tulis nanti. Kalau ada apa2 yang korang nak tegur ke, sila la tulis kat ruangan komen. InsyaAllah aku akan baca dan reply mana yang mampu. Wassalam :)