CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Current Status

- Tak payah susah2 carik nuffnang. Aku memang tak letak kat blog ni hehe.

- Sorry sebab lately ni aku takleh nak BW kat blog2 korg sebab duk prepare untuk posting. Mintak maaf banyak2 ye, Tapi aku appreciate korg yang sudi baca & komen entry aku :)
.

Sunday, 2 October 2011

Lelaki2 Yang WAJIB Ditinggalkan Lepas Korg Bercouple

Assalamualaikum Warahmatullah..


Apa khabar pembaca2 blog gadis biasa harini? Harap semuanya sehat walafiat. First2 skali aku nak ucap trimas banyak2 kat korg sebab sudi jadi pembaca blog baru macam blog aku ni. Sedar tak sedar, follower aku dah cecah 300 lebih (setakat entry ni ditulis). Serius blogger baru macam aku ni rasa terharu gila2. Thanx banyak2 ye buat korg yang sudi komen entry aku & tinggalkan jejak kat blog aku ni. InsyaAllah, aku sentiasa melawat & membaca entry2 korg kalau ada masa. Betul ni. Heheh.


Oklah, cukup dulu untuk mukadimah yang panjang berjela tu. Seperti yang dijanjikan dalam entry lepas, entry ni aku khususkan buat para aweks yang dah bercouple. Aku tau ramai antara korg ni dah bercouple. Bile aku duk blogwalking, kat blog2 korg sume ade duk letak gmbar bf masing2. Kalau bukan kat header blog, kat sidebar. Betul kan? betul kan? Haha jangan nak tipu. Oh, soryla ye mamat2 sekalian. Memandangkan aku ni pempuan, entry aku pun banyak pasal aweks je la. Dah itu yang aku arif kan?


To be honest, sepanjang 23 tahun aku hidup kat muka bumi ni (eh, terbagitau umur le pulak) aku tak pernah lagi bercouple. Tapi aku suka observe kawan2 aku yg dah bercouple, dan mana2 aweks yang bf dia macam mamat2 yang aku nak tulis kat bawah ni, memang singkat gile la tempoh couple diorg tu. Tapi ini point of view aku je tau. Kalau korg tak setuju ke, sory banyakla, aku takleh buat apela. So here it goes :


1) Mamat yang berani mintak duit korang dan pakai duit tu sesuka hati.


Mamat yang betul2 gentleman, dia sangat jarang mintak awek die keluarkan duit. Biasela, tengah hangat bercinta kan, kalau boleh semua benda dia nak belanja awek dia. Kalau boleh semua benda yang awek dia nak, dia nak belikan. Kalau boleh beli kereta atau rumah sebijik, mesti mamat ni dah belikan. Tapi kalau baru2 couple mamat ni dah berani mintak duit korang untuk beli barang2 yang dia nak, dah berani suruh korg tolong topupkan, atau asal makan je dia asyik mintak korang belanja, sila pikir masak2 kalau korg nak teruskan hubungan ngan mamat ni. Pikir masa depan korg. Imagine kalau korg kahwin, tak mustahil sume duit gaji ko nanti mamat ni nak sapu.


Tapi sila pay attention ngan word 'mintak' kat atas tu ek. Mintak lain, pinjam lain. Kalau mamat tu tengah dalam emergency tapi takde duit, then dia pinjam duit korg, pastu bayar balik tu takpe. Ni yang jenis mintak2 ni, jangan harepla dia nak pulangkan balik duit korang yang dia dah amik tu. Dah dapat pastu buat tak tau je. Pastu buat muka tebal mintak lagi. Silap2 mamat ni on ngan korg sebab nak kikis duit korg je. Yela, maybe korg ni anak Datuk ke, Tan Sri ke, takpun korg ni jenis naif atau lurus bendul gitu, then mamat ni hot pulak, tu yg dia tekel korg tu huhuh.


Kat mata pun siap ada simbol duit. Ish3.

2) Mamat yang ajar korang melakukan benda2 yang negatif.

Pernah tak korg perasan, lepas kawan2 korg start bercouple, perangai diorg berubah 100%? Ada yang dulu badgirl dah berubah semakin baik, ada yang dulu jenis baik, lembut, tiba2 dah jadi kasar dan kurang ajar. Yup, cinta boleh membawa pengaruh positif atau negatif dalam hidup org yg tengah bercinta tu. Terpulang la dekat couple diorg tu, samada beri pengaruh baik atau jahat kat kawan2 korg.

Tapi kalau lepas bercouple bf korg ajak pergi ke tempat2 tak sepatutnya, contohnya macam pusat hiburan sedangkan korg tak pernah jejak kaki pun kat situ, ataupun ajar korg menipu mak ayah kononnya keluar belajar ngan kawan padahal nak pergi dating, ataupun ajak pergi merempit ke, tolonglah pikir banyak kali. Lelaki yang baik akan membimbing gadis yang dicintainya ke arah yang lebih baik. Malah melindungi gadis tu daripada sebarang kejahatan. Tapi kalau dah dia yang ajak korg buat benda2 yang tak baik, ape perlu ke korg teruskan hubungan ni? Tolong la jangan jadi bodoh dan buta sebab cinta weh.

Para aweks, sila hati2 ngan mamat bertopengkan syaitan macam kat atas nih.

3) Mamat yang banyak gila alasan kalau nak bawak jumpa dengan family masing2.

Imagine ye, korg dah bercouple berbulan bulan, bukan seminggu dua. Tapi bila korg ajak bf korg tu datang umah korg untuk jumpa mak ayah, Ya Allah, susahnya Tuhan je yang tau. Ada je alasan2 dia untuk mengelakkan diri daripada jumpa mak ayah korg kat rumah. Kalau dia dah hantar korg balik, laju je dia kata ada hal la, ape la, padahal dah sampai depan rumah korg je pun. Dan kalau korg dah bercouple punya lama pun mamat ni still refuse untuk berjumpa parents korg dengan alasan yang tahape2, sah2 la mamat ni tak pernah nak serius ngan korg. Maybe korang ni tempat dia berseronok je. Tak pernah sekalipun dia terfikir nak end up ngan korg betul2. Silap2 mamat ni pasang banyak kat belakang korg, korg je tak tau.

Samela kalau korg request nak pergi rumah dia jumpa parents dia pun, kemain banyak gak alasan dia bagi. Parents dia busy la, kat oversea la. Alamat rumah dia pun tak pernah dia bagi kat korg. Rumah dia pun korg tak sure kat mana. Sebab takut korg muncul depan rumah dia tiba2 ke kan. Menggelabah ayam dia nanti. Lelaki yang serius ngan korg, awal2 lagi dia dah bawak korg jumpa parents ngan kawan2 dia. Awal2 dia dah perkenalkan diri kat parents korg. Siap cuba lagi nak amik hati parents korg. Ni baru betul serius beb.

Er tapi bukan yang serius macam ni la. Ni dah lawak, hahaha.

4) Mamat yang menghisap rokok, dan seorang penghisap rokok tegar.

Mesti korg semua terpikir kan, 'Ala setakat hisap rokok, kenapa sampai wajib clash pulak?'. Oklah, kat sini aku nak share sikit pasal diri aku. Aku ni anak kepada penghisap rokok tegar. Dan disebabkan tu aku develop asthma sejak kecik dan still ada sampai sekarang. Dan aku dah janji dengan diri aku sendiri, 23 tahun aku hidup dengan perokok, so bila aku nak cari suami nanti, dia MESTI tak pernah sentuh rokok pun. 

Ketahuilah korg, kalau bf korg ni perokok, maksudnya dia tak sayang diri sendiri, dan dia pun tak sayang diri korg, sebab dia tahu yang korg pun boleh jadi 2nd hand smoker sebab dia. Mamat2 yang perokok ni, duit dia akan banyak habis kat rokok je. Mungkin time couple korg tak rase lagi effect die, tapi kalau sampai korg dah kahwin nanti, korg akan rasa kesan dia macam mana. Anak2 korg nanti senang kena penyakit macam aku, dan nanti korg gak yang susah payah kena jaga dia bila dia kena sakit teruk nanti. Fatwa dah keluar mengatakan rokok tu haram. Ape korg suke bf korg ni buat benda haram?

Yup, aku memang jenis pandang ke depan. Nak2 yang melibatkan relationship ni. Senang cite, kalau mamat ni betul2 sayang korg, dia mesti akan berusaha berhenti rokok walau susah mana sekalipun, demi korg. Kalau dia taknak berhenti, maksudnya dia sayang rokok tu lebih dari dia sayang korg. Ape korg sanggup bermadu dengan rokok? hahaha.

Ni gile namanya. Simpang la aku dapat laki macam nih.

5) Mamat yang suka suki naik tangan sepak terajang bila naik angin.


Mamat2 yang jenis panas baran macam ni, asal korg buat silap sikit je, mula la tangan dia naik kat badan korg. Masa mula2 kapel dulu memang dia tak tunjuk lagi. Yela, baru2 bercinta la katakan, mestila nak kena bagi imej baik punye. Benda ni start peringkat2 tau. Mula2 dah berani naik suara, pastu dah berani tengking2 korg depan khalayak ramai, tak lama pastu naik tangan kat badan korg. Lagi teruk, kaki dia sekali naik hinggap kat korg. Ni belum lagi kahwin ni. Silap2 dah kahwin nanti, bukan takat korg aje, dengan anak2 korg sekali kena bila dia dah naik  angin.


Dan mamat macam ni senang bebenor nak naik angin sebab benda2 remeh. Contohnya korang terlambat datang ke, terlupa sumting ke, atau bila jadi salah faham pastu mamat ni jeles pulak, ha memang habisla korg kena pastu. Ingat tak kes makcik kena belasah depan khalayak ramai dengan suami dia kat mall tu? Sebab dia 'terlama' sangat shoping sampai laki dia naik angin? Korg nak ke lepas kahwin nanti nama korg pulak naik kat paper sebab kena belasah ngan suami? Ha kalau nak, tryla teruskan hubungan ngan mamat macam ni.


Ini dah tahap kena call pakar sakit jiwa nih.


6) Mamat yang selamba mengajak korang melakukan maksiat, lebih2 lagi zina.

Nilah point yang paling penting sekali, sebab tu aku letak paling last. Bila bf korg baru2 couple je dah berani nak pegang2 korg tanpa izin & kerelaan korg, (kalau korg memang bagi lain cite la) atau bukan takat pegang lagi tapi dah berani peluk raba sume, pastu ajak korg dating kat tempat2 sunyi, dan yang paling teruk, ajak korg melepak kat hotel, sila la bagi penampar kuat2 sedas dua kat mamat ni. Percayalah mamat ni bukan betul2 sayangkan korg, dia sayangkan body korg je. Dan bila dia dah dapat apa yang dia nak, senang2 hati je nanti dia akan tinggalkan korg. Banyak lagi girl lain yang dia nak try. Apa korg nak dah terlambat baru nak menyesal?

Mamat yang betul2 baik, selagi takde ikatan yang sah, sikit pun dia takkan sentuh korg. Sebab dia hormat korg, so dia menahan diri dari menyentuh korg. Tapi ni yang betul2 baik la. Agak mustahil nak jumpa mamat macamni zaman sekarang ni. Aku tau trend zaman sekarang ni dah biasa sangat, kalau couple tu mesti pegang tangan jalan sekali, peluk pinggang, laga pipi bila amik gambar. Aku rasa tu belum cross the line lagi.Tapi kalau dia dah berani mintak lebih dari tu, agak2 sikit weh. Jangan lupe yang kita ni umat Islam. Ada hukum dan peraturan. Jangan sesekali lakukan perkara yang melampaui batas, okeh?

Ni ape jadah dating dalam semak? Takde tempat lagi best nak dating?

So takat ni jelah entry aku untuk kali ni. Tapi aku tau korg semua ni bijak pandai, korg sume dah tau beza mana yang baik dan buruk. Kalau korg dah mula rasa bf korg tu dah lain macam je sampai korang jadi tak selesa, bincanglah elok2, kalau dia still tak berubah, mintakla break cepat. Takut berlaku perkara2 yang tak diingini. Tapi kalau korg dah jumpa mamat yang betul2 baik, betul2 menyayangi korg seadanya, ikatlah cepat2 hubungan korg tu menjadi sah. Jangan sampai mamat tu terlepas kat org lain. Betul tak? Hehe.

Aku? Err, tunggu dulu lah. Aku tak mau couple2 ni. Zina kecil banyak sangat. Kalau aku, baik kahwin terus, lagi bagus kan? haha takde org tanya ko punnnnnnnnnnn

Thanx korg yang sudi luangkan masa baca entry panjang berjela ni satu2. Jumpa entry akan datang ek. Chow dulu. Assalamualaikum.

37 comments:

sYuHaDah

hahahha dating dlm semak xleh blah tolongla....yg no 4 klu laki tu leh tnggl sbb pmpuan tu mmg wajib jgn tnggalkn laki tu keh3

pinky_liscious

sokong..tapi susah kot nak jmpa laki2 yg bukan macam dlm list tu..huhu..

maya anis

lelaki...??
entah laa...setia pada yg stu..dah taw habit..senang nak ktuk kpala..

bella luna

babe, lau aku jumpa yg macam point no 1,2 and 3, mmg sepantas kilat akan ditinggalkan,.tapi lau no 4 tu maybe boleh consider sbb susah nak jumpa yg tak smoke and for the last point,susah nak ckp.lelaki skrg mcm2 perangainya,.aku pernah jumpa mamat yg baik *konon2nya la* tapi last sekali test2 gak pegang tgn,.yg tak baik tu lagi2 la,.emm

mzhany

eh mana dpt gmbr dlm semak tu...sape tuh ahahhaa

aiEz

aie komen sebagai seorang lelaki membaca sudut pandangan seorang perempuan pada lelaki.dan aie setuju sangat dengan semua point yg dibagi..miss a mmg org yg suka memerhati,melihat jauh kehadapan dalam menilai sesuatu...suka sgt entry ni...:)

cik kiwi's

haha. no komen sebab laki aku tak merokok. dan aku dah kawin. ehhh. terbagitahu pulak. :P

marina anakcikbob

1 lgi tambah.
mamat yg suka suki sepak terajang anak dara org mcm itu anak dia.

Miss A

syuhadah :tula pasal..tah ape nk dibuat dlm semak.. lelaki yg sanggup tinggal rokok demi pempuan yg dikasihi mmgla susah nk dicari huhu

pinky : mekasih sokong.. tak ramai, tapi ade :)

bella : betul2, zmn skrg ni mamat tak smoking ssh gak nk cari.. point last tu pun, xleh nk diagak, sbb hati manusia ni sng gile berubah kan.. harini ckp len, esok buat lain..anyway mekasih sbb baca sume entry aku hehe :D

hany : haha google aje.. kalau nmpak muke mesti malu gile kapel 2 org tu haha

aiez : thanx banyak weh.. aku mula2 risau gak kut2 ape aku tulis ni ramai dak laki x setuju.. tapi kalau ko baca & setuju, maksudnya apa aku tulis ni x salah la kan? mekasih weh :)

cikkiwi : ko dh kawin? biar betik O__0

Miss A

marina : oh haahla marina. yang tu tak terpikir la pulak. ok2 boleh tambah satu point. Mekasih banyak weh haha

Zayani

suka entry ni.! ade sorang membe tu, bf die sebijik mcm ni kot.

bella luna

no biggie;),.eh2, ko dah tambah point ek? ke aku yg tak terbace?

emm,hot temper,..aku pun tak suke,.mula2 nak, pijak semut pun tak mati,dah dpt, mula la tunjuk belang,.

zieyRa suLLey©

hahhhah, failed failed

Faieza Maddaru

Yang terbaik akan datang diending cerita hahaha...nice n3, sape lelaki yang baca nie, mempunyai perangai sebijik mcm diatas..hahaha, jng marah ...

Miss A

zayani : mekasihhh hehe. serius? adoila.. still on lg ke dorg tuh? huhu

bella : yup, aku ada tambah point num 5.. ada sorg pembaca bg idea tadi.. aku pun terlupa.. yg hot temper ni la yg memang wajib clash kan? sukati die je nk sepak anak dara org huhu

zieyra : hahahaha.

faieza : mekasih banyak sudi baca. kalau2 ada mamat yg berperangai macam diatas ni baca, harap2 dorg boleh insaf ler. huhu

I wong (依之汉)

Memang tak gentleman la mamat tu. Simpang 44 tak jumpa mamat camtu.

bella luna

hehe,ingat aku yg terlepas pndg tadi,.yup, tinggal je lau mamat camtu, tapi lau boleh ubah, ubah la,.

yana halim

selamatlah kalau sebelum kawen dapat detect perangai macam list. Tapi selalunya banyak yg buat perangai selepas kawen.

Kgibs

betul tuh. kawen terus lagi bagus :)

hani

sunggoh gile lelaki yg brani ajak awek buat maksiat. mintak simpang weh!!! kang dah buat buat, tinggal, tak pun kawen dgn pmpuan tu..ades!!!

kusyi

hahaha...memang laki mcm ats ni wa rijek trus!! HAHA... boleh pulak dating dlm semak? dating dgn sapeeee leetu.. harimau kee?? HAHA.. :D

mrs.asrafovic

hahaha....setuju2..

part duet 2 best...jgn harap nk dpt se sen....:D
wajib reject 2....

cik kiwi's

hahaha. mesti kau ingat aku troll kau lagi kan. ngeh ngeh~

vampire and his lady

hoho. nice! ur blog dah macam the other khairul. cool!

Miss A

iwong : kan2? simpangla kite berdua dapat laki macam tu huhuh

bella : kalau la boleh ubah dengan senang, xpe je..ni kalau keras kepala nak mapuih.. break aje la nmpknya..

yana : tula pasalnya. ramai yg tunjuk perangai pas kawin. tapi kalau tiem couple dah tunjuk, cepat2la clash hoho

kgibs : kan2? akhirnya ade gak yg setuju ngn aku hehe

mrs asrafovic : duit2 ni aku berkira sikit kalau kapel.. kalau dh kawin xpe la jugak jd harta sepencarian hehe

cikkiwi : selagi xde bukti ko tau aku sape selagi tu aku assume ko troll aku. hahahaha

vampire & his lady : errr malu aku.. mekasih2 sebab sudi baca. hu, aku belum sampai level dia lagi.. tulisan die mantop sangat hehe

cik kiwi's

sampai ati kau tak percaya kan aku..
:(

Lya Colours

gulp !! saya punya si dia perokok. tapi tak tegar. erkkk. nak jugak. hahaha. insyaAllah beliau janji nak kurangkan. harap2 bleh pakai la janji beliau itu

Miss A

cik kiwi : zaman sekarang ni sume nk bukti & evidence beb.. cakap mulut dah takleh pakai sgt kan.. hahahaha. ha bak mai bukti. pi email kat aku nye email kat page atas tu aku ade letak hehe.

lya : oh kalau x tegar xpe lagi kut.. tapi kalau dah jadi sampai nak kahwin tu, nasihatkanla die untuk berenti ye. untuk kebaikan ko & anak2 korg nanti gak :)

cik kiwi's

hahahahahahahaha..:P

nabilah_2908

Mamat 1 :

yupp...bukan syg pun..sekadar nak mengikis...

Mamat 2 :

hmm...silap2 mamat jenis ni bapa ayam...isk..

Mamat 3 :

biasanya itu laki orang...

Mamat 4 :

hmm..yg ni agak payah..sebab peratusan lelaki yg merokok adalah lebih ramai dari yg tidak... ;)

Mamat 5 :

yg ni sakit mental...baik la dijauhkan...

Mamat 6 :

mmg tak boleh pakai...dah rosakkan anak dara orang...lepas tu nak kawin...tau pulak nak cari yg baik2...

nice tips...moga dapat dijadikan iktibar & panduan pada pembaca... :)

p/s:thnks sudi follow APA KATA HATI..keep in touch..!! :)

miratun madihah

ada lagi mamat yang tak reti nak kerja,alasan dia malas. camne nak tanggung anak bini nanti.aih

cik sakdi

tapi kan, kadang2 dah sayang,,dah x pduli benda tu semua. ehhh aku x eh.. ;)

Miss A

nabilah : waaa rajinnya review satu2. i like ur point of view.. thnx jugak sudi folow & baca entry ye :)

miratun : haah mamat pemalas ni tau nyusahkan org je. ada gak minah yg sangkut ngn mamat macamni. tak paham betul la.

cik sakdi : tula die, cinta itu buta.. sampai insan2 yang jatuh cinta sume buta mata & buta hati huk2.

sweetbelly gurlz

btol2..sokong sume diats ni...ngee

HANEA RHINE

bagus post entry mcmni..kasi sedar cket..hehe

Anonymous

salam, akak. yang part '' kalau couple tu mesti pegang tangan jalan sekali, peluk pinggang, laga pipi bila amik gambar. Aku rasa tu belum cross the line lagi'' tu sy tak setuju la sbb memang perkara tu memang dosa walaupun zaman skrg orang anggap biasa. kalau dia mintak pegang tangan pun, bagi sy memang dah lebih. no offense :)

Anonymous

salam, akak. yang part '' kalau couple tu mesti pegang tangan jalan sekali, peluk pinggang, laga pipi bila amik gambar. Aku rasa tu belum cross the line lagi'' tu sy tak setuju la sbb memang perkara tu memang dosa walaupun zaman skrg orang anggap biasa. kalau dia mintak pegang tangan pun, bagi sy memang dah lebih. no offense :)