CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Current Status

- Tak payah susah2 carik nuffnang. Aku memang tak letak kat blog ni hehe.

- Sorry sebab lately ni aku takleh nak BW kat blog2 korg sebab duk prepare untuk posting. Mintak maaf banyak2 ye, Tapi aku appreciate korg yang sudi baca & komen entry aku :)
.

Monday, 3 October 2011

Korang Tau Tak yang Single Itu Best Sebenarnya?

Assalamualaikum Warahmatullah..


Aku tau, ramai antara korg ni yang dah bercouple. Macam yang aku mention kat entry lepas, aku nampak ramai yg tepek gambar bf/gf kat blog masing2. Yang dah kahwin pun ramai gak aku jumpe. Mungkin korg selalu je rasa korg la insan paling bahagia kat dunia ni kan? Yela, cinta korg berbalas, bukan senang tau nak dapat org yang kita suka, suka kat kita balik weh. Aku paham, sebab aku nampak muka bahagia tu kat muka member2 aku yang bercouple. Tapi korg tau tak jadi single ni best jugak sebenarnya? Sebab insan2 single ni bahagia dengan cara yang berbeza korg tau?


So kat bawah ni aku bagitau kenapa ramai je aweks2 kat luar tu yang prefer untuk single daripada bercouple macam aku la.


1) Dapat spend lebih banyak masa untuk diri sendiri, family ngan member2.


Ada masa kita rasa macam nak alone, boleh lepak2 dengar lagu sambil baca novel kat bilik. Ada masa kita teringin nak melepak ngan family kat rumah time hujung minggu, atau pegi jalan2 or picnic ngan diorg. Kadang2 gak kita rasa nak hang out dengan member2, tak pun sembang2 ngan diorg kat mamak. Tapi kadang2 bf/gf kita tu tak memahami. Bila kita taknak kuar date ngan die, die ingat kita merajuk la, tak sayang die la. Dapat pulak bf/gf yang setiap masa kalau boleh kena keep in touch ngan dia. Bila kita senyap je mula la dia pikir bukan2. Silap2 boleh jadi gaduh. So inilah dia satu masalah yang takkan dihadapi oleh insan2 single, hehe.


Seronoknya sekali sekala berpicnic macam ni tanpa perlu bf/gf kaco.


2) Banyak duit dapat di save, since takyah topup banyak2 & kuar dating tetiap minggu.


Lumrah la org bercouple ni kan, kalau dalam sehari tu mau paling kurang 5 kali mesej saje2. Wish gudmorning la, tanya dah makan ke belum la, tengah buat ape, gudluck exam kalau tengah musim exam, last sekali before tido wish gudnight, sweet dream. Tu tak campur lagi kalau mesej2 sebab nak share story ngan problem. Pastu tu tak campur lagi dengan call2 yang kadang2 berjam2 lamenye. Sebulan topup rm30 mana cukup beb. Bila hujung minggu atau time2 cuti pulak nak gak pegi dating kat mall ke, kuar makan2, tengok wayang. Pakai duit gak tuh. Kalau korg ni lelaki lagi la banyak kuar duit kut, baru la gentleman sikit ye tak? Imagine kalau korg ni single. Banyak weh boleh save, serius. Aku ni kadang2 kredit RM10 pun tak luak beb nak pakai seminggu dua. Hehe.


Syiling pun syiling la. Janji dapat save. Hehe.


3) Dapat fokus lebih kat study/kerja, sebab tak diserang masalah hati & perasaan.


Org2 yang tengah hangat bercinta ni kan, mesti bangun tido benda 1st yang die ingat bf/gf dia. Tiap malam before tutup mata sebelum tido ingat bf/gf die. Bila tengah sorg2 pastu keluar pulak lagu jiwang2 teringat lagi dekat si dia. Pendek kata almost setiap masa la fikiran duk teringat kat si dia tu. Aku paham la weh, walaupun aku ni tak pernah bercouple, aku pun pernah suka org beb. Pastu bila duk angau tu mula la tak leh nak fokus. Kalau study tu kejap2 fikiran melayang. Tau2 dah terconteng nama dia kat buku. Time kerja pun walaupun keje menimbun, still jugak kepala tu duk ingat kat si dia. Pastu tahape2 la keje korg buat. Ni tak masuk lagi couple2 yang tengah bergaduh atau tengah ada problem. Memang tak boleh khusyuk langsung buat kerja beb. Kadang2 tu time solat pun boleh teringat. Ish2 ni dah parah wei.


Bila sedang angau...


4) Rasa lebih bebas, tak payah nak jaga hati orang lain/ kena report mereport.


Pernah tak korg tengok member korg, sikit pun tak pernah lekang ngan henfon? Sikit2 tengah balas mesej, sikit2 call. Sebab mana2 korg pegi kena report kat bf/gf die. Korg pegi mana, keluar ngan sape, semua nak kena report. Kadang2 sampai kite pulak yang rimas nengoknya. Kalau kita yang tengok ni pun rasa rimas, member korang tu macam mana la agaknya?


Lagi satu kalau nak keluar. Mana boleh berdua ngan member berlawanan jantina beb. Member tak member, bukan bf/gf korang tu peduli pun. Kang tak pasal2 boleh jeles tak tentu pasal pastu gaduh besar, sebab ingat kita curang ke ape. Kadang2 kita keluar ngan sedara sendiri je pun kena marah kut kalau bf/gf kita tu tak tau. Kalau la kita single, nak keluar ngan sape2 pun boleh. Tak perlu nak jaga hati sape2. Tak perlu nak risau ada org jeles ke tak. Kan? Kan? (kalau bf/gf member korg yang jeles, tu diorg punya pasal la.. haha)


Tak perlu melompat macam ni sekali ye tuan2 dan puan2.


5) Dapat jaga diri daripada banyak lakukan dosa.


Kita kalau dah couple ni, mesti setiap masa teringin nak bersama ngan bf/gf kita tu. Tak jumpa sehari memang rindu gile la wei. Kalau yang jarak jauh tu, sehari tak dengar suara kat phone atau tak tengok muka masing2 kat webcam boleh rasa nak mati kut. Bila dah dapat jumpa tu mula la mata asyik nak pandang wajah dia. Yang lelaki tu biasalah kan, mata bukan takat pandang wajah je, tempat lain pun pandang jugak kan? Haha yang lelaki jangan nak deny. Dah memang fitrah korg macamtu kan, aku tak salahkan korg kalau korg buat. Pastu tengok tangan rasa nak pegang, tengok pinggang rasa nak peluk, tengok pipi gebu rasa nak.. errrr.....dan macam2 la lagi korg dah imagine dalam kepala lepas tengok benda2 tu.


Kalau imagine je pun dah dosa, apatah lagi kalau buat betul2 kan?


Nak berangan pasal cinta boleh je. Tapi jangan terlebih-lebih.


So nilah dia kelebihan2 insan2 yang masih single. Tapi korg jangan pulak anggap yang aku ni       berpendapat yang couple tu tak best. Dua2 ade je pros and cons dia sebenarnya. Ada benda2 best yang si single dapat, yang bercouple tak dapat, dan macamtu la sebaliknya. Just bersyukur la dengan apa yg korg ada sekarang. Yang single tu sabarla menanti the right person, yang dah bercouple tu jangan couple lama2 sangat, cepat2 la tuka hubungan tu menjadi sah, ok?


Korang pernah dengar tak quote ni?


'When you're single, all you see is happy couples. When you're in a relationship, all you see is happy singles'


Ada sape2 terasa? Hehe.


Ok, takat sini dulu. Thanx weh sudi baca. Jumpa next time. Chow dulu ek. Assalamualaikum.

26 comments:

EyA edamanhatiku

sori i xtrasa hehe..well EyA mang xltak n xkan ltak papa gmbar @gmbar sapa2 including myself dlam blog..pcayala kta hilang privasi lao wat mcm tu..huhu

kpah k-poh

Sekarang ni happy happy ler jadi single..nanti bila dah masuk umur 30 an..agak2 boleh happy lagi tak jadi single...?? hmmmmm

ieyza afieyna

yeah im single.

single ke ? kowt. haha

bukan retis

single tu mmg best..lbh2 lg sbnrya dpt dekatkn diri pd DIA..

btw,aku suka quote tu :)

cik_zetty

suka....rasa macam betul *bukan rasa lagi dah tapi memang betul*, (jodoh) lambat mahupun cepat itu atas urusanNya namun ianya tetap pasti, janji Allah itu pasti :)

kite single *tetibe* :))

Miss A

eya : hehe. ha kan? memang hilang privasi kalo letak gmabar bnyk2 ni. kalo dh kena amik lagi bahaya huhu

kpah : hahaha er... betul gak tu.. kalau 30-an pun single lagi yg tu memang dah patut risau la.. ada can jd andartu tu..

ieyza : single ke? eh samela kite! tak sure? hmm biar betol.. haha

bukan retis : aku setuju ngn ko.. hati ni boleh difokuskan hanya untuk mencintaiNya.. 1st time dgr quote tu aku tergelak kut.. hehe

cik zetty : hehe. betul2, yang sible takyah risau sangat, dah ada Allah tetapkan sape utk kita, cuma lambat sikit je kita jumpa. Single lagi? Eh samelah kite *sep tangan* hehe

sYuHaDah

hehe btul2 single bes tp bila dh smpai umr cmni more to rsau n jles sbnrnya tgk kwn2 lain dh tunang kwen..ntahla ak mmg sumpah jles tgk org yg dh tunang n kwen haha

Niza Romli

perenggan akhir tu sy setuju....

bersyukur dah ada suami lepas lama sgt membujang! keh3

yana halim

bahagia kena cari. x kira single atau dah ada pasangan. kadang2 couple yg nampak happy kat luaran belum tentu bahagia. yang single tapi nampak gelabah takde awek/pakwe tu, sebenarnya diorang bahagia je x de couple. begitu le ceritanya....hehe

Sha

i lurve dat quote ;)

Miss A

syu : haha bukan ko sorg. aku pun jeles weh. entry ni kira untuk menyedapkan hati aku je hehe

niza : dah ada suami? alhamdulillah.. dh jumpa pelengkap tulang rusuk hehe

yana : haha setuju2. hanya diorg ngan Allah je tau kan ape yg ada dalam hati masing2. kdg2 pandangan luar ni menipu ajee.

sha : kan? eh suka sebab terasa ke? :p

jAr! TekAN

wah,,best entry nyh aku suka dan aku setuju habis,,,,untung banyak jadi single,,kui2,,

Nazrul Ashraff & Syaza Athirah

coolio.. heee.. teruskan!

Fatin Mraz

hee..

teringat cite sepi.. mase si adam (lakonan afdlin shauki)bujang, die x suke duduk seat bujang...

beserlah tuh, dah kawen nak bujang balik.. esp for guys..
as women bz ngan anak2..

izzahdegreat

quote itu best !!!
yeah i'm single, dan sgt brbangge...couple is troble ;)
kawen dlu baru couple2 hehe

S..U..D..@..I..S

biasalah manusia akan merasa suka pada yg tidak dimiliki,,,betul ke salah

Cik Lin

the bad relationship will make us more matured :)

hunnybunny

rsa mcm knl je tuan pnya blog ni..hmmmm..setuju sgt..siggle is better..xdpt pnyakit hati..

marina anakcikbob

oh, single itu sangat bes. merindui saat2 single aku dulu. hepi giler beb. tp bila da macam ni, xkan nak carik pasal semata2 nak single balik kan? redha je la. kah!

Fatin Mraz

owh yer, lupa nak update kat u..
dah jenguk blog saya?

guess what? got ya!!
;)

Miss A

jaritekan : hehe. mekasih2. aku rasa entry aku ni insan2 single je stuju, yg kapel aku xsure la hehe.

nazrul & syaza : cool huh? thanx, hehe.

FM : setuju yg lelaki yg slalu tringin nk jd bujang balik. sebab dorg slalu rasa muda. yela,lelaki kn life dorg start umur 40 :D

S..U..D..@..I..S: setuju, kadang2 manusia ni dia selalu nak kat benda yang dia takkan dapat huhu.

cik lin : agree. people always learn from their mistakes kn?

hunnybunny : are u sure u know me? tah2 salah org ke? hehe.

marina : haha brsyukur weh ko dh ada someone. kat luar tu ramai yg masih mencari2 ko tau?

FM: thnx banyak weh bgitau aku. sebab aku dah nk mula posting so xde masa sangat nk terjah blog org.. sory sgt ye. dh baca. rasa dihargai sgt. time kasih ye :)

Farhan Ismail

ada btul dan ada salah... hehe.. just nk inform sbg lelaki..
nice post..

alfa syamimi

kengkadang bile tgk fb keh... blog keh.. or anything yg ps couple.mmg tringin gile weh. espeshelly bile ade member yg couple. hhaha tp bie pikir balik. alhamdulillah la..psl member yg couple tu mmg slalu je kusut fikirannya. hehe mmg betul mind miss a,.single tu nikmat tak terkira. haha

cik kiwi's

'When you're single, all you see is happy couples. When you're in a relationship, all you see is happy singles'

sangat betul...:P

Bie'z

setuju :XD

peep

kurang dosa.. :)