CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Current Status

- Tak payah susah2 carik nuffnang. Aku memang tak letak kat blog ni hehe.

- Sorry sebab lately ni aku takleh nak BW kat blog2 korg sebab duk prepare untuk posting. Mintak maaf banyak2 ye, Tapi aku appreciate korg yang sudi baca & komen entry aku :)
.

Wednesday, 5 October 2011

Bila Makcik Sibuk Nak Jadi Matchmaker...

Assalamualaikum Warahmatullah..


Beberapa hari lepas, time aku tengah drive, aku dapat satu call. Dari someone yang aku tak tau sebab aku tak save number tu. Dengan bersusah payah aku angkat call sambil pegang stereng. Dan2 je lepas aku cakap helo org tu terus letak.


Hampeh. Sungguh. -_____-


Ko main miscall2 pulak. Cesssss.


Pastu terus dia tak call aku balik. Lantak ko la. Aku ni jenis tak layan miscall. Kalo ko yang nak carik aku, ko la yang kena call aku balik. Tak gitu? Aku pun malas nak sibuk2 mesej tanya sape la yang miscall aku tu. Tak penting kut untuk aku amik tau.


Pastu tadi, aku dapat mesej dari number yang sama. Dan org tu tulis mesej lebih kurang macam ni la.


'Salam. Dulu saya call, kali ni saya mesej pulak. Salam perkenalan'


Tetttttt. Correction. Ko miscall okeh, bukan call. Terus aku tulis camtu kat mesej yang aku reply tu. Selalunya kalau dapat number yang aku tak kenal pastu sibuk nak ajak berkenalan, memang aku tak pernah layan. Serius. Rasa annoying sungguh. Tah mana dia dapat number tak tau la. Nak2 yang main ajak2 teka siapa tu. Hampeh. Jangan harap aku nak reply kalau dapat mesej macam ni.


Tapi taktau nape kali ni aku rajin pulak nak korek2 pasal gerangan insan yang nak berkenalan ngan aku ni. 


Lepas beberapa kali mesej ngan mamat kat atas ni, akhirnya aku figure out yang dia ni anak buah makcik aku, yang aku tak pernah kenal. Mamat ni bagitau nama makcik aku tu dengan betul. Nasib baik dia tak menipu. Makcik aku tu yang sibuk bagi number aku suruh mamat ni contact aku. Siap bising2 bila mamat ni lambat contact aku. Ape jadah? Aku pulak yang rasa bengang sebab aku tak suka nombor aku diberi suka2 hati kat someone yang aku tak pernah kenal.


Bertambah lagi bengang bila aku tanya details sume, mamat ni macam tak puas hati je aku tanya macam2. Dia kata macam polis soal siasat. Hello. Dah ko yang nak berkenalan, takkan details aku je yang ko nak tau? Details ko aku tak leh tau la?


Aik. Tanya soalan pun tabley ka?


Dan mamat ni namanya start ngan huruf A. So aku panggil Mr A la. Umur 29. Kerja as arkitek. Not bad la.


Memandangkan aku malas nak balas2 mesej kat henfon sebab drag masa aku, pastu malas lagi nak menjawab soalan2 basic dia tanya pasal aku, aku suruh dia add fb aku. Tapi last2 aku yang add fb dia dulu. Aku try nak tengok gambar mamat ni, tapi ada satu album je boleh tengok dan ada 3 org mamat dalam album tu. Tah mana satu dia, aku pun tak tau.


Before menamatkan sesi berbalas mesej, barulah mamat ni kembali cakap sopan2 ngan aku. Dia kata walaupun makcik kitorg yang suruh dia contact aku, tapi dia kata tak bermaksud dia tak ikhlas nak kenal ngan aku. Then dia wish gudnite & thanx. Dan dia kata dia akan contact aku lagi.


Aku tak le lambat sangat nak pickup yang makcik aku tu try nak kenenkan kitorg. Aku rasa mamat tu pun tau niat makcik kitorg tu. Aku penah mention kat makcik aku tu yang aku tak penah ada bf, mamat ni pun single lagi aku rase. Tapi serius, I'm not used with this kind of thingy, about carik2 kan jodoh & kenen2 suma ni. Aku jadi menyampah adela. Sebab ada org lain yang sibuk2 pasal diri kita.


Maybe niat makcik aku tu baik. Tapi entahla, aku tetap rasa rimas. Kalau mak aku yang jadi matchmaker takpe lagi kut.




So korang rasa patut ke aku teruskan je hubungan persahabatan yg baru nak terbina ni? Maybe i should give a try, tapi kalau aku dah rasa menyampah & tak selesa macam mana ye? huhu.


Aku perlukan pendapat korang.

27 comments:

Lieyly ︱ Alia

apa salahnya try , kihh3 !

cik kiwi's

kalau ade jodoh tak kemana lah wehh, kau kawan je dulu. macam kau kawan ngn semua orang. kau tengok dia punya perangai. habit dia. kau suka ke..kau tak suka ke..perhati je..then baru kau nilai. hubungan ko tu boleh g jauh ke tak....

p/s : haishhhh. kan dah keluar ilmu mencari jodoh aku dahhh. kau la ni!!

izzahdegreat

alah try la dlu kwn2...kalo mcm sesuai utk kamu truskn lah...kalo x haha pandai2 laa
*tapi seriously give a try first, sbb nnt org kate kite belagak pulak

ku-cit

untung bdn ada org nk kenen2 kn...hehe

MAYA_mustwany

org2 yg kita mrah/rimas lastly akan close.selalu terjadi..

he2.mana tahu tuh permulaan n pertemuan jodoh yang Allah swt tentukan.

just kenal2 jew dulu. k

Katak Bulat

Tepuk Dada, tanya iman...
just make a try, x salah kalau mencuba...anggap ni sebagai eksperimen sain...
seseorang tu xkan berjaya selagi die x gagal...

Ada kene mengena ker ngan citer diadatas ek...hehehe

Bapak

lihat dulu sejauh mana perhubungan itu berkembang sendiri.

kalau itu jodoh, perkembangannya menjadi begitu mudah. kalau sebaliknya, faham2 sendiri la...

jangan beri dan letak harapan terlalu awal, jujur pada diri dan orang tu..

Niza Romli

try je mana tahu kan....tak kenal maka tak cinta! ayat orang lama...kih3

bujal X

mula2 annoying~lama2? loving barangkali.keh keh~~

Miss A

thnx bnyk kat korg yg sudi bagi komen & pendapat. nampaknya sume pun suruh aku cuba. oklah, aku tryla bukak hati aku ni untuk mencuba, keh3. doakan aku weh :D

ameir

kau bg name org tu mr.A n kau plak ms.A...hmmmm ade chemistrynye di situ..haha..give it a try, tp be careful..tetau je r guy's word mcm cikelat telebih gula~

kusyi

ecece ms A.. haha.. tp mmg x suka kalau makcik kita yang sibuk2 hal kita,kan? huahua..

kim dong-yul's

try je dulu. mana tau sangkut. HAHA aku nih takde experience. so kau ada experience tak? kalau bole kau ikut je kata hati kau :D

Sha

dlm tiga2 org..sume ensem x??? hahahahah

untunggggg la badannnn...
der org tlg kenen2 kan..

try la dulu..
kot2 serasi bersama..ko up to d next stage..huhu

kalo xserasi..ape lagi..ko down to d next step lerr..wuuu

yana halim

selalunya orang yg tolong kenen2 nie mesti la pilih yg baik2. takkan main sapu je. mesti dia pun x moe malu,kan? apa pun, beri peluang bg perhubungan nie berkembang. tolak tepi dulu annoying tu. hehe...

Bie'z

haha u try dulu la kannn??? try laa!!! Peace

Hans

cuba jer
mana tau ini jodoh
:-)

kpah k-poh

tengok dulu encem ke tak...hee

sweetbelly gurlz

berkawan dlu n kenal hati budi dlu...kalu rse masuk pale....boleh ke next step...hihi...anyway da follow kamu..

eddy syrol

kenal hati budi duli.. mana tau itu terbaik (~_~)

singgah sini sat

MISTERI HANS

Eddy Interview Retis: Roxanne

UJANG DAN LISA SURIHANI

hani

kepak kepak kebum kebum.. haha.. comel tu (eh, cane aku tau nih?) try je lah dulu..kn?

Nazrul Ashraff & Syaza Athirah

try jangan x try.

bella luna

bg aku,mesti orangnya ok,nama lagi macik yg kenen2kan,mesti nak yg elok tuk anak buah die,. tapi terpulang kat ko la,lau hati rimas and tak selesa, abaikan je,.lau ade jodoh,dtg jugak (:

Pn. Sheila

salam. kenal... i think u should try... :-)

double'S

setuju dgn cik kiwi..xsalah kita berkawan kan..lgpon kata pepatah, kawan biar beribu, musuh jgn dicari...eh? ada ke cmtu? hahaha ape2pon, kenal je la dlu..klu rs xsesuai utk dijdkan pasangan xpe, continue je as a friend..

Fathiyah Selamat

salam syg...
hurm..ce try dulu..mgkn die yg terbaik buat kamu.. Pa pe pun gud luck dan jgn lupe minta petunjuk pd ALLAH sbb DIA lbh tahu ape yg terbaik buat kte.. Sis doakan yg terbaik buat kmu. lau ade jdoh kmu tak ke mne...Gud luck okeyh syg! =)

Alina Nur Asyraf

Hello dear,

My opinion... kalo rasa tak selesa, tgglkn jer.. knape perlu pura2 nak rasa selesa?? Sdgkn kita tak selesa dgn dia.. Pd akk, mmg betol nak berkwn dgn sesiapa sje.. Leh pickup mane2 manusia tuk jd kwn.. Tp kalo sungguh annoying, u nak kwn lg ler?? Konsep kwn dn kenalan jgn dislh ertikn.. kwn adlah someone yg kita leh share something dgn dia.. kenalan adalah seorg yg kita kenal.. so, tepuk dada tny ati, nak kwn, u have give your trust on him, tak nak kwn, anggap sbgi kenalan.. hahahaha.. Jodoh?? Jodoh adalah sesuatu yg mistik.. Sbb?? Hny Allah yg tau ape yg terbaik buat kita.. Bila dh smpi jodoh tu, kita sndr akn tau, dia jodoh ku..