CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Current Status

- Tak payah susah2 carik nuffnang. Aku memang tak letak kat blog ni hehe.

- Sorry sebab lately ni aku takleh nak BW kat blog2 korg sebab duk prepare untuk posting. Mintak maaf banyak2 ye, Tapi aku appreciate korg yang sudi baca & komen entry aku :)
.
Showing posts with label Lelaki. Show all posts
Showing posts with label Lelaki. Show all posts

Sunday, 2 October 2011

Lelaki2 Yang WAJIB Ditinggalkan Lepas Korg Bercouple

Assalamualaikum Warahmatullah..


Apa khabar pembaca2 blog gadis biasa harini? Harap semuanya sehat walafiat. First2 skali aku nak ucap trimas banyak2 kat korg sebab sudi jadi pembaca blog baru macam blog aku ni. Sedar tak sedar, follower aku dah cecah 300 lebih (setakat entry ni ditulis). Serius blogger baru macam aku ni rasa terharu gila2. Thanx banyak2 ye buat korg yang sudi komen entry aku & tinggalkan jejak kat blog aku ni. InsyaAllah, aku sentiasa melawat & membaca entry2 korg kalau ada masa. Betul ni. Heheh.


Oklah, cukup dulu untuk mukadimah yang panjang berjela tu. Seperti yang dijanjikan dalam entry lepas, entry ni aku khususkan buat para aweks yang dah bercouple. Aku tau ramai antara korg ni dah bercouple. Bile aku duk blogwalking, kat blog2 korg sume ade duk letak gmbar bf masing2. Kalau bukan kat header blog, kat sidebar. Betul kan? betul kan? Haha jangan nak tipu. Oh, soryla ye mamat2 sekalian. Memandangkan aku ni pempuan, entry aku pun banyak pasal aweks je la. Dah itu yang aku arif kan?


To be honest, sepanjang 23 tahun aku hidup kat muka bumi ni (eh, terbagitau umur le pulak) aku tak pernah lagi bercouple. Tapi aku suka observe kawan2 aku yg dah bercouple, dan mana2 aweks yang bf dia macam mamat2 yang aku nak tulis kat bawah ni, memang singkat gile la tempoh couple diorg tu. Tapi ini point of view aku je tau. Kalau korg tak setuju ke, sory banyakla, aku takleh buat apela. So here it goes :


1) Mamat yang berani mintak duit korang dan pakai duit tu sesuka hati.


Mamat yang betul2 gentleman, dia sangat jarang mintak awek die keluarkan duit. Biasela, tengah hangat bercinta kan, kalau boleh semua benda dia nak belanja awek dia. Kalau boleh semua benda yang awek dia nak, dia nak belikan. Kalau boleh beli kereta atau rumah sebijik, mesti mamat ni dah belikan. Tapi kalau baru2 couple mamat ni dah berani mintak duit korang untuk beli barang2 yang dia nak, dah berani suruh korg tolong topupkan, atau asal makan je dia asyik mintak korang belanja, sila pikir masak2 kalau korg nak teruskan hubungan ngan mamat ni. Pikir masa depan korg. Imagine kalau korg kahwin, tak mustahil sume duit gaji ko nanti mamat ni nak sapu.


Tapi sila pay attention ngan word 'mintak' kat atas tu ek. Mintak lain, pinjam lain. Kalau mamat tu tengah dalam emergency tapi takde duit, then dia pinjam duit korg, pastu bayar balik tu takpe. Ni yang jenis mintak2 ni, jangan harepla dia nak pulangkan balik duit korang yang dia dah amik tu. Dah dapat pastu buat tak tau je. Pastu buat muka tebal mintak lagi. Silap2 mamat ni on ngan korg sebab nak kikis duit korg je. Yela, maybe korg ni anak Datuk ke, Tan Sri ke, takpun korg ni jenis naif atau lurus bendul gitu, then mamat ni hot pulak, tu yg dia tekel korg tu huhuh.


Kat mata pun siap ada simbol duit. Ish3.

2) Mamat yang ajar korang melakukan benda2 yang negatif.

Pernah tak korg perasan, lepas kawan2 korg start bercouple, perangai diorg berubah 100%? Ada yang dulu badgirl dah berubah semakin baik, ada yang dulu jenis baik, lembut, tiba2 dah jadi kasar dan kurang ajar. Yup, cinta boleh membawa pengaruh positif atau negatif dalam hidup org yg tengah bercinta tu. Terpulang la dekat couple diorg tu, samada beri pengaruh baik atau jahat kat kawan2 korg.

Tapi kalau lepas bercouple bf korg ajak pergi ke tempat2 tak sepatutnya, contohnya macam pusat hiburan sedangkan korg tak pernah jejak kaki pun kat situ, ataupun ajar korg menipu mak ayah kononnya keluar belajar ngan kawan padahal nak pergi dating, ataupun ajak pergi merempit ke, tolonglah pikir banyak kali. Lelaki yang baik akan membimbing gadis yang dicintainya ke arah yang lebih baik. Malah melindungi gadis tu daripada sebarang kejahatan. Tapi kalau dah dia yang ajak korg buat benda2 yang tak baik, ape perlu ke korg teruskan hubungan ni? Tolong la jangan jadi bodoh dan buta sebab cinta weh.

Para aweks, sila hati2 ngan mamat bertopengkan syaitan macam kat atas nih.

3) Mamat yang banyak gila alasan kalau nak bawak jumpa dengan family masing2.

Imagine ye, korg dah bercouple berbulan bulan, bukan seminggu dua. Tapi bila korg ajak bf korg tu datang umah korg untuk jumpa mak ayah, Ya Allah, susahnya Tuhan je yang tau. Ada je alasan2 dia untuk mengelakkan diri daripada jumpa mak ayah korg kat rumah. Kalau dia dah hantar korg balik, laju je dia kata ada hal la, ape la, padahal dah sampai depan rumah korg je pun. Dan kalau korg dah bercouple punya lama pun mamat ni still refuse untuk berjumpa parents korg dengan alasan yang tahape2, sah2 la mamat ni tak pernah nak serius ngan korg. Maybe korang ni tempat dia berseronok je. Tak pernah sekalipun dia terfikir nak end up ngan korg betul2. Silap2 mamat ni pasang banyak kat belakang korg, korg je tak tau.

Samela kalau korg request nak pergi rumah dia jumpa parents dia pun, kemain banyak gak alasan dia bagi. Parents dia busy la, kat oversea la. Alamat rumah dia pun tak pernah dia bagi kat korg. Rumah dia pun korg tak sure kat mana. Sebab takut korg muncul depan rumah dia tiba2 ke kan. Menggelabah ayam dia nanti. Lelaki yang serius ngan korg, awal2 lagi dia dah bawak korg jumpa parents ngan kawan2 dia. Awal2 dia dah perkenalkan diri kat parents korg. Siap cuba lagi nak amik hati parents korg. Ni baru betul serius beb.

Er tapi bukan yang serius macam ni la. Ni dah lawak, hahaha.

4) Mamat yang menghisap rokok, dan seorang penghisap rokok tegar.

Mesti korg semua terpikir kan, 'Ala setakat hisap rokok, kenapa sampai wajib clash pulak?'. Oklah, kat sini aku nak share sikit pasal diri aku. Aku ni anak kepada penghisap rokok tegar. Dan disebabkan tu aku develop asthma sejak kecik dan still ada sampai sekarang. Dan aku dah janji dengan diri aku sendiri, 23 tahun aku hidup dengan perokok, so bila aku nak cari suami nanti, dia MESTI tak pernah sentuh rokok pun. 

Ketahuilah korg, kalau bf korg ni perokok, maksudnya dia tak sayang diri sendiri, dan dia pun tak sayang diri korg, sebab dia tahu yang korg pun boleh jadi 2nd hand smoker sebab dia. Mamat2 yang perokok ni, duit dia akan banyak habis kat rokok je. Mungkin time couple korg tak rase lagi effect die, tapi kalau sampai korg dah kahwin nanti, korg akan rasa kesan dia macam mana. Anak2 korg nanti senang kena penyakit macam aku, dan nanti korg gak yang susah payah kena jaga dia bila dia kena sakit teruk nanti. Fatwa dah keluar mengatakan rokok tu haram. Ape korg suke bf korg ni buat benda haram?

Yup, aku memang jenis pandang ke depan. Nak2 yang melibatkan relationship ni. Senang cite, kalau mamat ni betul2 sayang korg, dia mesti akan berusaha berhenti rokok walau susah mana sekalipun, demi korg. Kalau dia taknak berhenti, maksudnya dia sayang rokok tu lebih dari dia sayang korg. Ape korg sanggup bermadu dengan rokok? hahaha.

Ni gile namanya. Simpang la aku dapat laki macam nih.

5) Mamat yang suka suki naik tangan sepak terajang bila naik angin.


Mamat2 yang jenis panas baran macam ni, asal korg buat silap sikit je, mula la tangan dia naik kat badan korg. Masa mula2 kapel dulu memang dia tak tunjuk lagi. Yela, baru2 bercinta la katakan, mestila nak kena bagi imej baik punye. Benda ni start peringkat2 tau. Mula2 dah berani naik suara, pastu dah berani tengking2 korg depan khalayak ramai, tak lama pastu naik tangan kat badan korg. Lagi teruk, kaki dia sekali naik hinggap kat korg. Ni belum lagi kahwin ni. Silap2 dah kahwin nanti, bukan takat korg aje, dengan anak2 korg sekali kena bila dia dah naik  angin.


Dan mamat macam ni senang bebenor nak naik angin sebab benda2 remeh. Contohnya korang terlambat datang ke, terlupa sumting ke, atau bila jadi salah faham pastu mamat ni jeles pulak, ha memang habisla korg kena pastu. Ingat tak kes makcik kena belasah depan khalayak ramai dengan suami dia kat mall tu? Sebab dia 'terlama' sangat shoping sampai laki dia naik angin? Korg nak ke lepas kahwin nanti nama korg pulak naik kat paper sebab kena belasah ngan suami? Ha kalau nak, tryla teruskan hubungan ngan mamat macam ni.


Ini dah tahap kena call pakar sakit jiwa nih.


6) Mamat yang selamba mengajak korang melakukan maksiat, lebih2 lagi zina.

Nilah point yang paling penting sekali, sebab tu aku letak paling last. Bila bf korg baru2 couple je dah berani nak pegang2 korg tanpa izin & kerelaan korg, (kalau korg memang bagi lain cite la) atau bukan takat pegang lagi tapi dah berani peluk raba sume, pastu ajak korg dating kat tempat2 sunyi, dan yang paling teruk, ajak korg melepak kat hotel, sila la bagi penampar kuat2 sedas dua kat mamat ni. Percayalah mamat ni bukan betul2 sayangkan korg, dia sayangkan body korg je. Dan bila dia dah dapat apa yang dia nak, senang2 hati je nanti dia akan tinggalkan korg. Banyak lagi girl lain yang dia nak try. Apa korg nak dah terlambat baru nak menyesal?

Mamat yang betul2 baik, selagi takde ikatan yang sah, sikit pun dia takkan sentuh korg. Sebab dia hormat korg, so dia menahan diri dari menyentuh korg. Tapi ni yang betul2 baik la. Agak mustahil nak jumpa mamat macamni zaman sekarang ni. Aku tau trend zaman sekarang ni dah biasa sangat, kalau couple tu mesti pegang tangan jalan sekali, peluk pinggang, laga pipi bila amik gambar. Aku rasa tu belum cross the line lagi.Tapi kalau dia dah berani mintak lebih dari tu, agak2 sikit weh. Jangan lupe yang kita ni umat Islam. Ada hukum dan peraturan. Jangan sesekali lakukan perkara yang melampaui batas, okeh?

Ni ape jadah dating dalam semak? Takde tempat lagi best nak dating?

So takat ni jelah entry aku untuk kali ni. Tapi aku tau korg semua ni bijak pandai, korg sume dah tau beza mana yang baik dan buruk. Kalau korg dah mula rasa bf korg tu dah lain macam je sampai korang jadi tak selesa, bincanglah elok2, kalau dia still tak berubah, mintakla break cepat. Takut berlaku perkara2 yang tak diingini. Tapi kalau korg dah jumpa mamat yang betul2 baik, betul2 menyayangi korg seadanya, ikatlah cepat2 hubungan korg tu menjadi sah. Jangan sampai mamat tu terlepas kat org lain. Betul tak? Hehe.

Aku? Err, tunggu dulu lah. Aku tak mau couple2 ni. Zina kecil banyak sangat. Kalau aku, baik kahwin terus, lagi bagus kan? haha takde org tanya ko punnnnnnnnnnn

Thanx korg yang sudi luangkan masa baca entry panjang berjela ni satu2. Jumpa entry akan datang ek. Chow dulu. Assalamualaikum.

Saturday, 1 October 2011

Cara Aku Troll Mamat Yang Tak Dikenali Time Chat

Assalamualaikum Warahmatullah..


Entry kali ni aku share sikit pasal aku eh. Sikit je la pun nye. Keh2.


Aku ni jarang2 gak la on chat. Kalau chat pun selalu kat fb atau skype. Kadang2 sebab aku malas nak check satu2 sape yang add, aku main approve je sume. bajet la ko ramai yang add kan hahaDan aku tak la kisah sangat nak sembang2 ngan mamat yang aku tak kenal. At least boleh gak tambah kawan kan? Aku pun ramai je member chat yang memang best gak la kalau nak diajak sembang2 time bosan. 


Tapi aku serius memang tak suka kalau mamat tu add aku and chat ngan aku semata2 sebab dia rasa aku comey lepas tengok gambar thumbnail tu (yup aku letak je gambar aku kat situ). Kiranye kalau aku tak letak gambar ke, mesti mamat ni takkan tegur aku punye. Dan aku bertambah2 tak suka bila mamat ni belum chat ngan aku pun, tiba2 dah berani nak call. Haih. Serius tak suke.


So bila aku jumpa mamat macam ni, memang aku dengan sinisnya akan troll kaw2 la. Contohnya macam kat bawah ni:


Yup, yang berpetak tu aku yang tulis.

Haha lantak la mamat tu nak cakap aku kejam ke, sombong ke, bajet ke, janji aku puas hati. Panjang je lagi chat mamat tu yang kebanyakannya berunsur gatal2 yang aku reply nak tak nak je. 

So buat mamat2 yang nak try chat ngan awek2 kat laman chat, please make sure korang approach dengan cara yg betul. Kalau caranye betul, kitorg yang para aweks ni takde hal nak berkawan dengan korang. Silap2 boleh jadi member kamceng lagi.

Tapi kalau korg chat pakai bahasa ewww ewww tu, then duk puji2 gambar sume, pastu siap tanya dah ada bf ke belum, sila la bersedia untuk diremove atau diblock ye. Aku tak suka mamat2 macam ni, tapi aku tak sure la kan awek2 kat luar tu macam mana. Tapi aku rasa awek2 pun tak suka kut. Kan? Kan? Korg yang para aweks ni cer komen kat bawah ni eh. Aku nak tau gak ape pandangan korg pasal ni.

Ok, cukuplah entry kali ni. Korg tolong jangan cop aku sombong ek. Aku ni sombong bertempat. Kat certain2 org je yang aku malas nak layan. Tapi serius kat luar org kata aku ni peramah & banyak cakap orgnya. Heheh.

Aku chow dulu beb. Tunggu next entry aku yang bertajuk 'Mamat2 yang WAJIB ditinggalkan Lepas Korang Bercouple' okeh? Aku sayang korang yang baca entry aku nih. Nah kiss untuk sorg2. Muah muah! Ni apehal mode gedik pulak ni... Haihhh

Monday, 26 September 2011

5 Jenis Lelaki yang Sering Diusha Oleh Para Aweks

Assalamualaikum Warahmatullah..

Ye, aku tau ramai jugak para bloggers yang senior, yang lebih awal berblogging dari aku dah tulis entry2 macam ni. Tapi still, aku nak menulis berdasarkan perspektif aku pulak. Eh kejap, bukan aku sorang la, ni termasuk kawan2 satu geng aku jugak. Biasalah kan, org perempuan kalau dah berkumpul sekali, mesti nak bergosip2 punya. Dan salah satu topik gosip mestilah include type2 mamat yang sering diusha time kat kelas atau ofis. Ala, tapi aku tau, kalau lelaki2 yang duk melepak kat kedai mamak pun, korg ade je gosip2 pasal perempuan ni kan? Jangan nak tipu. Heheh.


Dan aku listkan kat bawah ni mengikut susunan. Kira yang paling atas tu yang paling ramai usha la. Tapi aku remind balik, ni point of view aku & member2 aku je. Kalau ada yang tak setuju mintak maaplah ye. So buat para2 jejaka kat luar sana, sila check satu2 whether korg ada ciri2 kat bawah ni atau tak :


1) Mamat yang sempoi, kelakar & senang ngam ngan sesape.


Kalau aku la kan, aku rasa mamat yg funny ni memang sangat2 attractive. Kalau korg lepak sekali ngan mamat ni, memang rasa happy je sebab asyik nak gelak memanjang. Ada je lawak2 dia yang buat korg mesti ketawa tak hengat punya. Dan lawak2 dia bukan lawak2 bodoh & sengal, tapi lawak2 yg smart. Dan mamat2 macam ni memang seronok dibawak lepak ngan kawan2 korg, even family korg sekali pun boleh. Sebab diorg ni memang senang je nak masuk ngan sape2, nak bual apa2 topik je pun boleh.


Kalau korg ada masalah, memang mamat ni la yang akan tolong upkan mood korg. Dan kalau korg kuar date ke, hang out ke, memang takkan rasa janggal la. Ada je benda yg mamat ni cakap yg buat korg rasa selesa & senang hati. Ha, try usha mamat2 funny macam Nabil ke, Mamat Sepah ke, gf diorang bukan calang2 beb.


Dahla kelakar, soleh lagi. Comel lagi. Aduh aduh.


2) Mamat yang agak tinggi pengetahuan agamanya.


Kat kelas, mamat ni la yang selalu baca doa bila ada lecturer mintak. Time event2 pun, dia ni la yang kat podium tu baca doa sebelum majlis start. Kat surau2 fakulti atau ofis, mamat ni la yang sering jadi imam. Paling cikai pun jadi bilal atau tukang baca doa. Time ada majlis2 bacaan Yassin atau tahlil, dia ni la yang conduct. Dan semua ni dia buat secara sukarela, tak perlu nak dipaksa atau ditolak2 oleh org lain. Dia tahu yang dia arif perkara2 ni, dan dia sendiri volunteer nak buat.


Kalau korg jadi perempuan, apa korang tak cair? Pastu penampilan dia takdela alim sangat. Takdela sepanjang masa berkepit dengan kopiah dan tasbih. Penampilan dia biasa2 sahaje, tapi ilmu agama yang dia ada memang cukup mengagumkan. Tak semua lelaki zaman sekarang ada. Pastu muka dia bersih pulak. Nampak sangat memang golongan mamat yang baik2. Dan lelaki macam nilah yang selalu jadi perhatian para gadis yang inginkan calon suami dunia akhirat. Para gadis yang baik2 jugak. Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Setuju?


Sejuk je mata tengok mamat2 yang berdoa macamni.


3) Mamat yang berpenampilan smart dan juga berfikiran smart.


Smart tu luas maksudnya, samada dari segi penampilan atau cara berfikir. Dan mamat yang berpenampilan smart ni sentiasa beri 1st impression yang baik kepada org lain. Pada aku, mamat yang smart ni dia sentiasa nampak kemas. Rambut dia sentiasa dikemaskan, kalau panjang pun dia tau nak gayakan biar nampak tak serabut. Kalau bela janggut atau misai, dia jaga elok2 biar tak nampak messy. Pakaian dia pun simple je, tak kotor, dan komot2. Dan aku rasa mamat yang pakai spek lagi extra smart. Korang lak macam mana?


Berfikiran smart ni pulak, maksudnya dia fikir out of box. Dia mampu pikir apa yang org lain tak terfikir pun. Kat kelas, time presentation ke or time meeting2 boleh nampak mamat2 macam ni. Idea2 atau soalan2 yang diberi pada lecturer memang bernas. Dan mamat macamni biasanya seorang survivor. Campak la kat mana2 tempat kat ceruk muka bumi ni, dia boleh je hidup. Sebab dia boleh pikir macam2 solution untuk satu jenis masalah. Mamat macam ni la yang amat2 diperlukan bila para aweks ada problem.


Takpelah spek ko old skool pun. Aku tetap rasa ko smart. Heheh.


4) Mamat yang berkepimpinan & berkeyakinan tinggi.


Cuba korg tengok presiden persatuan2 kat fakulti korg, atau MPP ke, korg perasan tak yg diorg ni semacam ada satu aura yang boleh buat para aweks cair & kagum dengan diorg? Pastu bila diorg ni bagi ucapan ke, atau tengah berforum ke kat majlis2, nampak benar terserlah kewibawaan diorang. Diorang ni pun boleh jadi survivor gak. Dan mamat macamni sentiasa diusha oleh para aweks sebab diorang tau dengan mamat seperti ini, diorang boleh mendapat perlindungan dan pertolongan bila diperlukan.


Dan mamat yang berkeyakinan tinggi ni, ilmu pengetahuan diorg pun cukup tinggi. Sebab tu diorg yakin je bercakap tentang benda2 yang diorg tahu. Lagi satu, mamat ni jenis amanah dan boleh dipercayai. Para aweks boleh je share masalah tanpa perlu rasa bimbang. Mamat yang berkepimpinan juga adalah contoh seorang calon suami yang dicari2. Sebab mamat ni boleh memimpin keluarganya ke jalan yang benar dan diredhai Allah.


Leader grup yang berkarisma. Dan hensem. Pehhh.


5) Mamat yang muka je nampak ganas, tapi sebenarnya gentleman & baik hati.


Dulu aku ada sorg klasmate lelaki. Masa belum2 kenal rapat tu aku ingat mamat ni jenis brutal. Kepala botak, muka bengis je. Pakaian pun selekeh je. Pastu umur dia ni memang tua sikit dari kitorg. So mamat ni dicop otai. Ramai gak budak2 gurl yang tak berani nak dekat ngan mamat ni.


Lama2 kitorg dapat tau yang mamat ni gentleman. Bila bukak pintu dewan kuliah, walaupun masuk awal, dia akan pegangkan pintu tu bagi budak2 gurl belakang dia semua masuk. Bila time meeting tak cukup kerusi, dia offer kerusi kat budak gurl kemudian dia berdiri. Bila dia ada tumpangkan gurl naik kereta, dia akan make sure gurl tu selamat sampai rumah, baru dia balik. Kalau tak sure dia sanggup tunggu. Bila ada lecturer mintak tolong, dia yang 1st offer. Kemudian apa lagi, terus mamat ni jadi hot dikalangan budak2 perempuan satu batch. Despite muka dia yang agak brutal tu.


Yelah, cuba kalau korg tengok muvie2 atau drama, banyak je hero2 samseng tapi sebenarnya baik hati. Member aku penah nampak mamat muka samseng tolong makcik lintas jalan, bagi sedekah kat pengemis, bagi kucing makanan sikit kat kedai makan. Aku dengar pun dah cair. Belum jumpa depan2 lagi. Kalau korg pun jumpa depan2 mamat macam ni, sure leh sangkut kan?


Muka samseng macam botak juvana nih. Tapi hati baik.


So tulah dia aku listkan 5 jenis lelaki yang kitorg para aweks ni suka usha. Korg2 yang lelaki ni, cuba tengok, ada tak at least satu ciri2 kat atas ni? Kalau ada bersyukurla. Mungkin ada awek2 kat luar tu duk usha korg tapi korg tak perasan. Mana yang tak ada ciri2 ni, usahakan la sampai ada. Dan mana yang ada lima2 ciri kat atas ni, sila kontek aku personally. Aku nak buat calon bf. Keh3.


Ok2 ayat last tu aku tipu. Thanx banyak la korg yang sudi baca. Korg yang baca satu2 apa aku tulis dalam entry aku ni, i sayang u lebih la. Mmuuah! :D