CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Current Status

- Tak payah susah2 carik nuffnang. Aku memang tak letak kat blog ni hehe.

- Sorry sebab lately ni aku takleh nak BW kat blog2 korg sebab duk prepare untuk posting. Mintak maaf banyak2 ye, Tapi aku appreciate korg yang sudi baca & komen entry aku :)
.

Saturday 24 September 2011

Cara2 Awek Simple untuk Nampak 'Stunning' di Mata Lelaki

Assalamualaikum Warahmatullah..


Mula2 sekali, sila la ye abaikan title diatas yang terdouble spacing tu. Aku taktau la awat jadi lagu tu. Huduh pulak rupenya aku tengok. Template ni la dia set up sendiri jadi gitu. Takpe2, korang cuma fokus kat isi2 dia kat bawah ni okey?


Oh ye, sebelum tu, mintak maafla kepada para2 jejaka yang jadi pembaca blog aku ni, sebab tips ni aku tulis untuk para aweks sahaja. Tapi takpe, maybe korang boleh sharekan dengan aweks2 korang, adik atau kakak2 korang kan? Silap2 korg bgtau kat family, dapat lak abang/adik ipar yang hensem. Pehhhh... ok ni dah mengarut.


Dan bila aku cakap nampak 'stunning' macam dalam tajuk diatas, aku akan fokus kat penampilan luaran, apa yang bakal dilihat oleh para2 jejaka tersebut. Kira tang ni korang punya personality tolak tepi dulu. Tekankan kat paras rupa. Sebab paras rupa & penampilan ni memang play role yang besar untuk 1st impression yang baik kan?


Jadi kat bawah ni aku tulis satu2. List ni berdasarkan kata2 kawan2 lelaki aku tentang gadis2 yang berjaya caught attention diorang at the first sight. Sedangkan paras rupa aweks2 ni biasa2 je sebenarnya. macam aku la. Dan cara2 tersebut ialah :


1) Buat kelainan pada pakaian. Contoh : Yang selalu pakai seluar : Pakai skirt. Selalu pakai T shirt : Pakai blaus.


Aku baca kat magazine mana tah cakap, lelaki2 suka beno usha awek yang pakai skirt, sebab pada diorang awek pakai skirt ni nampak ayu sangat & terserlah sifat keperempuan diorang. Yela, asyik2 pakai jeans je bila keluar, bosan jugak pakwe2 korang tengok. Takpun asyik2 pakai T shirt, asyik recycle je pulak tu.


Cuba sesekali korang pakai skirt labuh yang banyak jual sekarang. Harga dia pun murah je, around RM30+ gitu. Takpun pakai blaus corak bunga2 yang bertali belakang tu ke, yang ada corak renda2 ke. Serius kalau korang combinekan kedua2 pakaian dia atas ni, berdouble2 sweet la korang pada mata lelaki. Pastu pakai pulak tudung yang sedondon.Tak caya? Sila cuba.


See? Nampak ayu kan? *Kredit kat tuan empunya gambar*

2)Tukar gaya tudung. Pelbagaikan fesyen shawl.

Sekarang ni memang trend gadis2 semasa pakai shawl. Atau pashmina. Kalau korang singgah kat kedai2 tudung, memang dah jarang gila nampak org jual tudung bawal kan. Yang ada pun tudung Ariani. Yang lain semua selendang2 pelbagai warna, ada macam2 fabrik & corak. Kain tebal la, jaring2 la, ada bunga gabak kat belakang la, takpun pashmina. Sebagai seorang gadis yang tak ketinggalan zaman, mungkin korang patut cuba jugak try pakai shawl ni. Cuba gantikan tudung bawal yang korang biasa pakai ngan shawl2 ni.

Tak reti nak pakai? Senang je. Cer usha kat youtube. Bersepah2 tutorial kut. Aku sendiri pun belajar pakai shawl kat situ. Korg yang biasa pakai shawl pulak, variasikan gaya & fesyen shawl tu. Taip je korang nak fesyen apa, hana tajima ke, yuna ke, berpuluh video keluar. Nak pakai simple je pulak tu. Less than 5 minit gerenti siap. Tak perlu la korang nak iron tudung bawal tu lagi, pastu nak tarik2 kat dalam bila tak betul, pastu emo bila tudung tak jadi (pengalaman aku nih!). Pakai shawl je senang. Cantik pun cantik. Tak payah nak betul2kan sangat. Lilit2 je terus siap. Pastu letak pulak brooch yang comel2 tu, lagi bertambah2 comel la korang.

Dan untuk korg yang berwajah bujur, mungkin sesuai pakai tudung Ariani. Tu lagi senang, sarung je pastu pin kat baju. Aku sebab muka bulat, so pakai shawl je la senang.

Belit2 dah siap. Senang je pakai ni. *Kredit lagi kat tuan empunya gambar*

3) Pakai mekap sikit. Jangan biar muka pucat.

Mungkin ada aweks2 yang rasa tak perlu nak mekap2 bagai ni, simple is better. Tapi ketahuilah korang sebagai sorang perempuan, kulit muka kita ni sangat senang berminyak & berjerawat. Nak2 time korang sedang datang bulan. Kalau setakat bedak muka yang compact powder tu pun korang taknak pakai, sila la imagine macam mana berkilatnya muka korg. Pastu amik gambar pulak lagi. Ada flash pulak lagi. Ish ish ish.

Pakaila bedak muka sikit paling kurang pun. Cover sikit korang punya bekas2 jerawat tu. Pastu bibir pucat tu apply la sikit dengan lipstick. Kalau tak suka lipstick, pakai lipbalm. Ha kalau korang yang suka simple2, cukupla ni. Kalau nak up sikit lagi, pakai eyeliner. Pakai eyeliner pun senang je. Setakat garis kat mata tu apa la sangat kan?

Dan kalau korang pegi majlis2 keramaian, up la sikit lagi. Pakai blusher, eye shadow, maskara. Ha dah cukup. Kalau korang tak nak dicop over, benda2 ni takyah la pakai time pegi kelas. Yang ni pakai time kenduri2 je ok lah. Barula nampak muka berseri. Ini kalau sepanjang masa pucat je, lelaki pun takkan tengok korang dua kali. Kalau muka pucat tu time korang tengah buat fieldwork ke, takpe jugak. Ni time pegi majlis2 pun sama. Janganla. Hiaskan muka tu sikit, ok?

Nampak tak the power of make up? *Google image*

4) Ganti kacamata kepada contact lens

Mungkin ramai awek2 specky di luar sana merasakan pemakaian contact lense ni adalah sesuatu yang sukar dan agak melecehkan. Terutama yang tak pernah pakai. Tapi ketahuilah korang bahawa bila wajah korang yang sentiasa dicover dengan spek tu sekali sekala dibiarkan open tanpa spek, ia mampu memberi kelainan yang agak luar biasa pada wajah. (ayat.. fuh) Dan kalau korang tengok muvie pun, selalunya bila sang heroin yang ala2 nerd pakai spek tiba2 bukak spek bila pergi prom nite, rupa2nya baru semua org tau disebalik wajah yang sentiasa berspek tu terselit seraut wajah yang sangat comel. Cuma ramai je tak sedar. Betul tak?

Tryla bukak spek tu, gantikan dengan contact lens berpower. Kalau korang jenis simple, takyah nak pakai contact lens yang kaler biru ke, hijau ke yang nampak macam over2 sangat tu. Pakai yang warna natural macam hitam dah cukup. Tapi korang tau apa trick contact lens zaman sekarang? Size dia lebar. Bila korang pakai akan nampak sangat comel. Cuba tengok Heliza tu. Kalau perati betul2, ada waktu2 dia nampak extra comel, mata dia extra besar. Actually time tu dia pakai lens macam ni la.Aku pernah gak pakai lens macam ni. Serius aku pun tak cam wajah sendiri. Berubah betul.

So sekali sekala kalau nak tampilkan kelainan, cer try pakai. Mungkin looks korang tu nampak agak fake sikit, tapi takpela kan. Kalau setakat pakai pegi majlis2, bukannya selalu sangat. Hoho.

Sila compare size mata Heliza ngan Maria Elena. So korg tau kenapa Heliza terlebih cute kan?

5) Be Confident. Jangan malu2. Jangan segan2.

Lepas korang try perubahan2 kat atas ni, jangan pulak korang tunjuk yang korang tu tak selesa. Kerut2kan muka la, cover2 muka sebab malu la. Jangan2. Spoil imej baru korang nanti. Biasala kan awal2 perubahan memang la rasa tak selesa. Tapi cuba bolayan je dulu perasaan tu dan tampil yakin depan kawan2 korang dan si dia. Bila imej baru korang dah cantik, ditambah pulak dengan ke'konfiden'an korang berinteraksi dengan orang ramai, korang akan jadi extra cantik. Betul.

Kalau korg risau percubaan 1st time ni tak menjadi, try dapatkan feedback kawan2 korg. Mana yang rasa kena improve tu, sila improve. Kalau diorang suka, kekalkan. Biasalah orang lain yang 1st time tengok imej korang agak lain dari biasa mungkin akan pandang korang dengan pelik. Tapi korang assume la pandangan pelik diorg tu actually ada terselit perasaan kagum kat imej baru korang, ok?


So cukupla sampai sini. Meh aku share ngan korang. Aku dah try tips2 kat atas ni kat majlis reunion sekolah aku. Guess what? Ramai yang puji. Betul ni aku tak tipu. Sebab kat fb muka aku lain, bila jumpa depan2 nampak lain pulak. Lagi cantik diorang kata.

Mungkin korang ada yg berpendapat better jadi diri sendiri kan? Betul tu dear, aku sokong. Tapi tak salah kalau sekali sekala kita tampil lain daripada biasa, terutama pada majlis2 yang ada ramai org. Sesekali jadi tumpuan dalam majlis, terutama tumpuan daripada si dia, serius seronok kut. Hehe.

Thanx banyak sudi baca. Panjang kut entry ni. Korang yang baca satu2 memang rajin ah. Selamat mencuba!


p/s : Lupa nak cakap awal2. Tips ni hanya boleh diguna pakai oleh awek yang jenis simple. Kalau korg ni memang dah jenis yang suka bergaya dan dressing hot2 gitu, maybe tips2 ni tak berapa nak berguna.



22 comments:

Aien Not Alien

yang no.1 dah cuba..memang pun..hahaha..ayu gitu..

berjaya la jugak...

sebenarnya yang no.5 lebih banyak membantu..percayalah..be confident!

nice tips dear.. ^_^"

H Y D E

salam.

saya lelaki. but point nombor 1 di atas itu harus. lelaki suka perempuan yang berani mempelbagaikan imej. sekejap kebaya, sekejap kurung, sekejap long skirt, sekejap simple dressing. boleh bikin 'wow' tu.

dan yang penting macam komen di atas, dahulukan point nombor 5 tu :)

Xarruc

hurmmmmmm...... been thinking.
coz i'm one of those yg slalu pki seluar jerk.... ahahaha....
thanks.

Miss A

thnx bnyak ye korang, sudi comment.. haahla kan, patutnya be confident tu naik num 1. tp xpela hehe :D

afzalsukasuki

ntahla..mungkin perasaan sy.org yang tak pernah jd tarikan pon,bila pakai shawl nmpak santek la :)

kusyi

actually da bace smlm.. heee.... sy sokong semua!! :DD

Pendamba Mawar

ha cam ni baru best nak share..likeeeeeee

DRC

kantoooiii sudah yg gurls ni suke tarik perhatian dgn fizikal not peribadi... :P

Miss A

afzal : haha.. maybe ada tarikan tersendiri kat shawl tu.. nmpak kemas & style maybe? :)

kusyi : dh baca smlm? mekasih2. thnx bnyk sebab sokong hehe

pendamba mawar : haha mekasih2. like jugak.

DrCeria : eh bukan2..ni utk dapatkan 1st impression yg baik la.. 1st impression tu kan penting :D

amranaiman

tutorial yg bagus.. boleh diterima pakai :D

kusyi

drceria--untuk nmpk ceria aja.. takkan asyik mudi jea penampilan wanita.. kan? asal aurat masih tertutup~ :D

pinky_liscious

like dis entry...;)

Miss A

amran & pinky : time kasih sebab suka entry aku yg berjela2 ni.. hahah.

kusyi : betul2 aku setuju ngan ko. asalkan aurat masih tertutup, tak salah bergaya. asalkan jgn brlebih2an :)

Anonymous

pendek kata kat sini...lelaki nampak benda2 yang fizikal dulu kan...

AdaNaz87

make up jangan terlebih sangat weyh. nanti bila dah duduk sebumbung dengan suami, terus terkejut sebab semuanya hanya fake. hihi.

ko bila nak tunjuk profile diri ni? ((;

Kodet

Semua tu memang betul , tapi yang bab mekap tu. Kalau tak cun toksah la mekap tebal - tebal buat org gelak je. Suka awek pakai shawl. tapi bnyk gak awek skang suka sinting tangan , tak suka mcm tu

Ms. Dot

FUYOO!! THUMBS UP LA UTK CIK A! RASA NAK BERUBAH SERTA MERTA!! HEHE

Miss A

makngah : haha dah lumrah lelaki memang macamtu kan :P

AdaNaz: betul2. simple is better. jangan smpai suami xkenal isteri sendiri sudah hehe. nk tunjuk profile diri? eh tak boleh. secret! :D

Kodet : stuju2. mekap simple2 je cukup. tapi lately ni mmg betulla ramai benor suka mekap tebal2 sampai jadi huduh. yang sinting tangan tu pada aku tak berapa sopan gak. tp dh dorg selesa mcmtu nk wat cmne kan?

MsDot : Haha nk berubah serta merta terus? Ha cepat2. aku sokong dri belakang hehe.

ahLia shahril

uit, tu gmbo touch up make up mmber kt tempat kje ambo la.. hahhaa...

ayok.. kantoi curi gmbo org

Puan Pelangi

wah ! entry nie memang syokk ! buat semangat je aku nak berubah ! :)

Anonymous

sbg lelaki, aku suka pompuan yg simple je dressing.. less is more.
mcm datin norjuma. simple je, dgn tudung bawal, jeans, shirt/blouse, dan mekap simple. still stunning!

Anonymous

aaaaaaaaaaa(sambil mulut nganga).