CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Current Status

- Tak payah susah2 carik nuffnang. Aku memang tak letak kat blog ni hehe.

- Sorry sebab lately ni aku takleh nak BW kat blog2 korg sebab duk prepare untuk posting. Mintak maaf banyak2 ye, Tapi aku appreciate korg yang sudi baca & komen entry aku :)
.

Sunday 25 September 2011

Korang Ada Member yang Menjengkelkan? Aku Ade.

Assalamualaikum Warahmatullah..


Untuk post yang ni, aku bukanlah nak mengutuk, mengata, mengumpat, mencaci atau yang sewaktu dengannya pasal member aku yang sorang ni. In fact, korang tak kenal pun aku, member aku ni pun korang tak tau sape, so takdelah dikira mengumpat kan? Anggaplah post kali ni sekadar luahan perasaan aku yang berasa agak menyampah dengan perangai member aku yang sorg ni. Dan aku percaya sure ade diantara member2 korang yang beratus2 org tu ada yang berperangai macam nih.


Ha, apa member aku ni buat? Sampai berjaya buat aku yang agak bertimbangrasa ni rasa annoyed? Atau menyampah? Atau meluat?




DIA TAK HABIS2 CERITA PASAL PAKWE DIE. DAN JUGA EX DIA SERAMAI 5 ORANG TUH.


Meh aku cite kat sini la. Actuallynya, seronok kalau kita share lovestory kita dengan besfren2 yang sudi nak mendengar. Nak2 besfren yang lama tak jumpa kan, seronok gak korek cita pasal status diri masing2 ni.


Tapi sila take note ayat atas tu ye : YANG SUDI MENDENGAR SAHAJA. Sila imagine ye, kalau dah hampir 2 jam korang melepak sekali kat kedai mamak, dan korg expect korg lepak2 ni untuk bertukar2 cerita tentang perkembangan diri sendiri, atau mengenang memori2 lama, atau share future plan, 1 jam lebih member korg ni asyik share pasal masalah dia ngan bf dia je, apa korang tak menyampah ke? Kalau sikit2 lagi cerita tu boleh accept la jugak.


Dan bertambah2 menyampah bila korg pulak tak pernah ada boyfren, so korg terpaksa la tadah telinga dengar cerita dia sorg. At least kalau korg ada bf, boleh gak bertukar cerita kan?


Dan extra menyampah lagi bila kita tak tanya pun, abis diselongkar cerita2 lama ngan ex2 dia seramai 5 org tu. Hello... ada aku kesah? Dan bila kita nak cuba tukar topik, dia halakan jugak ke topik lama, topik pasal bf dan ex2 dia tu. Huh.




Pastu bila kat rumah dia saja2 call kite, boleh pulak tanya pendapat pasal bf dia lagi. Ya Allah. Tensennya aku. Tak cukup2 lagi ke weh. Apa ko hidup kat dunia ni semata2 untuk bf ko tu sahajakah? Ko takde keje lain nak dibuatkah?


Aku taktau kalau korg kat tempat aku, apa reaksi korg kat member korg tu. Nak2 member korg ni besfren sejak kecik la pulak. Dan aku pulak, korg nak tau apa aku buat?


Yup, aku ni jenis cakap direct. Lately ni aku perasan bila aku terlalu berlembut memang senang je org nak pijak kepala aku. So bila dia call aku lagi, ngadu benda yang sama, aku cakap terus terang yang aku menyampah bila dia cerita pasal bf dia, ngan bf2 dia tu sekali aku menyampah, aku cakap hidup kita ni banyak lagi benda penting nak dibuat, bukan takat pikir pasal cinta je, dan aku bagi satu quote yang aku suka pegang sampai sekarang.


''Buat apa asyik memikirkan lelaki, yang belum tentu pun akan jadi suami?"


Dan kawan aku tu finally realized yang aku tak suka. Nasib baik dia boleh accept. Lepas tu apa2 cite pasal bf/ex2 dia sikit pun dia tak cerita kat aku. Fuh, aman dan bahagia hidup aku sekarang. Tak perlu menadah telinga dengar cerita yang kita tak minat pun nak dengar.


So advice aku kat sini untuk korg ialah, silala jadi berani mengekspresikan pendapat dan isi hati korg pada insan2 yang berkenaan. Kadang2 dia tak sedar yang benda dia buat tu kita tak suka, jadi kita la yang kena tolong sedarkan. Dan jangan pulak bagitau dengan cara kasar. Sila buat dengan lembut tapi tegas. InsyaAllah member korang tu akan paham dan sedar kesilapan dia, okeh?


Ok cukupla sampai sini. Lega dah hati aku. Tu yang seronok ada 2 blog ni. Kang aku tulis kat blog satu lagi dia baca nanti terasa pulak. Tapi apepun, macam aku cakap tadi, sila la jadi berani suarakan pendapat korg eh. Korg takkan rugi apa2. Lagi seronok adalah. Percayalah cakap aku.


Takat sini dulu. Thanx baca ye korg. Chow. Assalamualaikum.

15 comments:

Bungasunti-Maternityandnursing

haha style :)

Pendamba Mawar

haha..:)

dia nak awak jadi makwe bf dia latu..wwaahaha.

sebor je la prangai cam tu

budakijaupendek

kdg2 bca kisah cinta artis pun dh naik bosan.
ni kan asyik2 kisah cinta kwan. erkk ??

♥Putri ilyanie♥

kite kdg2 xsedar yg kite wat sesuatu yg org xsuke.. so, better gtau org tu spye dia tau..

Miss A

hahaha thanx banyak la korg sudi komen.. sronok bila share cerita ngan korg2 yg sudi baca nih :D

kizmyself

ada-ada..dia asyik cakap yang dia ada iphone je..mentang-mentang laa aku pakai nokia 3310 je..adeh..

Sha

hahah...bagus!!!

kasik dye sedar sket..berbulu jgk la kalo dh tiap2 mse dok ct psl bf dye jer..dh mcm xde mende lain nk d share nye...

Puan Kutu

kompem menyampah klu ada kawan macam nie.haha

syafiqa

haha wa ske entry ni.wa ada 1 kwn ni mmg cmni.kalau call wa,cite sal bf.jumpa wa,cite sal bf.skng da putus.amin lah kan?hahah.tp still mengadu kat wa mcm2.dia dok p stalk ex dia bagai.then 24jam cite kt wa benda sama sal mslh dia.wa panas weh,muak dengar.sampai mak dia pun da sound "kau jgn thegeh kt laki tu.dia xcr kau,kau lak stalk dia"
haha.wa gelak je dgr.err....


nampak x wa panas? ;p

Miss A

hahaha mekasih bnyk la korg sudi baca & komen entry aku ni. tula, mmg panas kut dpt member mcmni. lain kali kalo korg kene, sound direct je mcm aku. keh3. aman sikit hidup.

Anonymous

seyes nyampah dgn org yang suka jaja crita pasal pake/makwe diorang..

p/s: ada word verification lah..kalau boleh buang ye :)

Anonymous

kawan yang menjengkelkan ni memang ramai.

kalau dibiarkan dia potpetpotpet hal bf ni kita gak yg parah.

bila masa student..kawan asyik cakap hal bf je.
bila dah keje...kwn asyik cakap gaji siapa paling besar. siapa byk harta.bukan nak dikisahkan kwn dia yg susah ke senang ke...

sudahnya wat hal sendiri lagi bagus.

Miss A

budak kampung : thanx ye bgtau. boleh lak x perasan. dh selamat buang dh :D

makngah : oh, pas dah kawin dh kerja tuka topik pulak eh.. oh paham2.. nk kena ready face ngn org2 macam ni nmpknya.. memang last2 aku rasa aku buat hal sndiri la nmpknya hoho

Unknown

thumbs up 4 this n3. sama nasib dgn aku.. tp tatau la nak luah camane. tkt kecik aty dye... psl dye pn baru je nk t'libat dgn boys segala ni. excited la kan. kita yg tak prnh couple ni tahan muka toya je...

Miss A

alfa syamimi : haha ko kalau jenis sabar takpe lagi. aku sebab dah menyampah sangat2 tu yg terpaksa cakap. sebelum aku melenting satu hari nanti baik aku bgtau awal2 hehe. biar die tau.