CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Current Status

- Tak payah susah2 carik nuffnang. Aku memang tak letak kat blog ni hehe.

- Sorry sebab lately ni aku takleh nak BW kat blog2 korg sebab duk prepare untuk posting. Mintak maaf banyak2 ye, Tapi aku appreciate korg yang sudi baca & komen entry aku :)
.

Thursday 22 September 2011

Bila Kita Stress/Tension : Apa Nak Buat?

Assalamualaikum Warahmatullah..


Untuk post kali ni, aku nak share pasal stress atau tension. Aku bet korang semua mesti pernah stress atau tension kan? Kalau ada kawan2 korang yang mengaku dia tak pernah stress/tension, sila ketuk kepala dia sebab sah2 dia menipu. Mungkin dia nak tunjuk bagus kat korang, tu yang dia cakap macamtu. Sila la jangan percaya. Even pakar motivasi yang bijak menghandle stress pun tetap diserang stress sekali sekala.


Aku baru2 ni diserang stress jugak. Macam2 perkara bermain dalam fikiran aku ni. Start dengan posting aku kena delay, kemudian aku mula rasa diri aku ni tak berguna sebab aku still menganggur & menyusahkan mak ayah. Kemudian pada masa yang sama aku jatuh hati kat sorg mamat tanpa diminta dan disangka2, sehingga aku perlukan seluruh kekuatan untuk menolak perasaan tu. Sampai aku rasa penat & fedup ngan diri sendiri. Dan semua ni berlaku disaat aku sedang dalam PMS. Tu yang aku buat keputusan drastik untuk berhenti menulis kat blog aku yang satu lagi. Sebab aku tau kalau aku menulis memang akan jadi teruk isi post tu. So dapat imagine betapa serabutnya kepala aku sekarang?




Kemudian lama2 aku mula tersedar. Aku tanya diri aku balik. Sepanjang aku stress ni, berapa kali fikiran aku teringat kat Allah? Berapa kali lidah aku ni berzikir menyebut nama Allah waktu kepala aku tengah weng? Berapa kali aku selak Al Quran tiap2 hari mengalunkan ayat2 suci? Berapa kali setiap kali lepas solat aku tadah tangan berdoa kat Allah memohon pertolonganNya?


Tak pernah. Memang tak pernah.


Dan aku dapat jawapannya kenapa fikiran aku serabut sebegitu sekali.


Yang aku tau, asal aku stress, aku makan. Takpun tidur. Takpun online je sepanjang hari. Itu ajelah kerja aku. Tak bermanfaat langung.


Lalu aku muhasabah diri. Kenang kembali apa yang ada pada diri. Aku dilahirkan sempurna, tanpa cacat cela. Aku lahir dalam keluarga yang sederhana dan bahagia. Aku diberi pendidikan yang cukup, dari segi agama & akademik. Hingga aku layak masuk universiti. Kenapa aku perlu stress tak tentu pasal sebab benda2 yang remeh?


Dan aku mula melakukan perubahan. Sedikit demi sedikit. Bermula dengan mendengar lagu2 yang boleh menginsafkan. Mula merajinkan diri menyelak & membaca setiap helaian Al Quran. Mula rajin berzikir & berdoa setiap kali usai solat.


Dan hasilnya?


Jiwa aku tenang. Stress aku hilang. Aku mula boleh mengawal perasaan. Tak mudah marah dan baran tak tentu pasal. Boleh berfikir dengan logik dan rational tanpa dipengaruhi emosi.




Jadi tanya diri korang. Kalau korang rasa stress sepanjang masa, apakah selama ini hubungan korang dengan Allah dijaga dengan baik? Korang rasa segala suruhan Allah dah dibuat? Kalau dibuat pun, adakah dengan hati yang ikhlas?


Kalau ada rasa ingin berubah, rasa ingin bertaubat, lakukanlah dengan segera tanpa bertangguh. Mungkin itu peluang terakhir yang Allah berikan kepada kita sebelum kita menghembuskan nafas yang terakhir.


Wassalam.

7 comments:

Kumbang Jingga

Sy pernah tulis pasal tension ni hehehe..mai lah baca

http://kumbangjingga.blogspot.com/2011/09/kalo-korang-tension-apa-yang-korang.html

Miss A

Saya dah baca dah. best hehe. thanx ye sudi drop comment :)

myraVea

Memang kita perlu muhasabah diri ni selalu..Supaya kita tak lupa dari mana kita datang..

Alhamdulillah, sejuk hati bila baca entry mcm ni :)


Keep it up!

Miss A

trima kasih myra.. tula dia, aku pun jarang2 je muhasabah diri.. bila dh stress tak tentu pasal ni baru nk ingat Allah.. sila la jangan jadi macam aku ye :)

Anonymous

aku kalau stress suka lari kejap gi bilik air. walaupun tmpt tu setan je duduk.

lagi satu aku akan mula melukis sebab ia buat aku tenang.

satu yg berkesan aku buat ialah tengah2 stress tu tulis semua kemarahan tu atas kertas dan kemudian koyak or renyukkan.

kita bukan robot sebab tu ada stress. cuma masalah kalau di ambil sebagai masalah memang akan buat kita gila.

Miss A

makngah, aku pun same skit2 macam ko. duk lepak bilik air lama2, menung2, renung cermin, hehe.

yang kedua tu aku xpernah buat. tapi mcm menarik & berkesan. aku akan try praktik la. tahnx for the tip ye :)

Az Amiq

Terima kasih :)