CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Current Status

- Tak payah susah2 carik nuffnang. Aku memang tak letak kat blog ni hehe.

- Sorry sebab lately ni aku takleh nak BW kat blog2 korg sebab duk prepare untuk posting. Mintak maaf banyak2 ye, Tapi aku appreciate korg yang sudi baca & komen entry aku :)
.

Thursday 22 September 2011

Siapakah Gadis Biasa Ini?

Assalamualaikum Warahmatullah..


Untuk post pertama ini, biarlah aku memperkenalkan diri dulu. Namaku A. Umurku awal 20-an. Perwatakanku biasa2 saja. Rupaku pun biasa2 saja. Dan ini blog keduaku, dimana blog pertamaku aku letak dalam keadaan hiatus.


Kenapa aku biarkan hiatus?


Sebab aku mula sedar yang aku tulis kat blog tu bukan ikhlas dari hati. Aku tulis sebab nak bagi org lain baca. Tak banyak benda yang aku betul2 nak tulis aku boleh tulis kat situ. Sebab blog aku tu ada pembaca setia. Jadi benda2 yang melibatkan hati & perasaan aku kena tapis dulu. Lebih2 lagi bila insan yang aku admire pun baca jugak blog tu. Disebabkan tu aku rasa aku menulis sekadar untuk mengimpresskan dia. Biar dia kagum dengan hasil tulisan aku.


Akhirnya aku sedar kualiti penulisan aku semakin merudum. Aku menulis tanpa ada kepuasan sendiri. Aku menulis bukan dari hati, bukan sebab aku benar2 nak menulis. Aku menulis sebab nak biar org lain baca. Lama2 aku buat keputusan sendiri, aku perlu hentikan penulisan aku kat blog tu. Dan lebih baik aku buat blog lain, dimana aku rahsiakan identiti aku dan aku boleh tulis ape je yang aku nak tanpa perlu risau apa.


So inilah dia blog kedua aku. Just An Ordinary Girl atau Hanya Sekadar Gadis Biasa.


Harap korang yang singgah blog ni dan baca enjoyla dengan post2 yang aku bakal tulis nanti. Kalau ada apa2 yang korang nak tegur ke, sila la tulis kat ruangan komen. InsyaAllah aku akan baca dan reply mana yang mampu.


Hingga bertemu lagi di post akan datang. Wassalam :)

6 comments:

myraVea

Ahaa..teringin pulak nak tau blog lagi satu tuu..btw, baru baca bape entry, tros macam terpaut dengan penulisan yang sebegini..


Really nice :)

Miss A

huuu... first time ada yg baca post aku dari mula.. mekasih bnyk eh myra :)

Anonymous

betul...susah sebenarnya bila tulis untuk orang lain baca.

untuk kekal identiti sendiri pun susah gak sebab kadang2 terpengaruh dengan tulisan orang lain.

anyway walaupun blog ni baru je tapi bagus.

bella luna

nice writing babe,13 entry, done!! serius ko punye penulisan best;)

Unknown

wah ada 2 blog ek, hmm klu aku x terurus klu ada 2 blog.. huhu

Miss A

makngah : betul2. paling best bila kita menulis betul2 ikhlas dari hati & ramai yg suka apa kita tulis tu. bagus ke makngah? trima kasih :)

bella luna : 13 entries done? seriously? huuu aku terharu weh. ada gak yg sudi baca sume entry aku ni. thanx sgt2 ye.

saiazuan : hehe. aku letak yg satu lagi tu hiatus lama sikit. boleh fokus lebih kat yang ni :D

NASER : salam kenal jugak. thanx banyak sudi singgah & folow blog tak seberapa ni. selamat dah singgah & folow blog ko :)