CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Current Status

- Tak payah susah2 carik nuffnang. Aku memang tak letak kat blog ni hehe.

- Sorry sebab lately ni aku takleh nak BW kat blog2 korg sebab duk prepare untuk posting. Mintak maaf banyak2 ye, Tapi aku appreciate korg yang sudi baca & komen entry aku :)
.

Monday 26 September 2011

Rahsia Hati Si Gadis Yang Ingin Single

Assalamualaikum Warahmatullah..


*entry ni repost daripada blog aku yang satu lagi*


Alkisah sebuah cerita...

Si jejaka mengeluh. Surat yang dikirim kepada si gadis dipulang kembali. Beserta jawapan yang sangat ringkas kepada isi surat yang panjang berjela. 'Maaf. Tidak berminat.' Hajat si jejaka untuk menyunting si gadis sebagai teman istimewanya musnah sama sekali. Si jejaka mula mengenangkan si gadis. Ayu wajahnya. Bijak pula. Lemah lembut, sopan santun malah kuat agamanya. Siapa yang tidak mahu?




Si jejaka lalu menilai dirinya. Rupa rasanya sudah sedap dipandang. Berjawatan tinggi malah boleh dikategorikan sebagai pelajar terbaik di dalam kelas. Beragama, berbudi bahasa dan berperibadi baik bak kata orang. Malah menjadi rebutan para gadis di luar sana. Kenapa si gadis menolak dirinya?

Ketahuilah si jejaka di luar sana, apabila si gadis menolak untuk menjalinkan sebarang hubungan cinta, mungkin bukan disebabkan si gadis tersebut jual mahal atau terlalu memilih. Akan tetapi, mungkin juga disebabkan perkara-perkara di bawah ini:



1) Si gadis ingin menyimpan sekeping hatinya, hanya untuk milik jodohnya, atau dengan erti kata lain, bakal suaminya satu hari nanti. Si gadis inginkan hati yang diberikan kepada bakal suaminya nanti suci tanpa pernah dimiliki oleh mana-mana lelaki yang tidak berhak...

2) Si gadis tahu bahawa hukum bercouple itu adalah HARAM. Walaupun mungkin hanya sekadar ikatan hati tanpa melibatkan sebarang sentuhan antara lelaki dan perempuan, si gadis tahu bahawa jika sekadar merindui sahaja sudah melakukan zina hati. Dan hukum menghampiri zina adalah haram..


3) Si gadis tidak mahu rasa cintanya kepada Allah SWT, para Rasul, ibu bapa, keluarga dan rakan-rakannya menjadi tidak adil disebabkan rasa cintanya terhadap seorang lelaki yang belum pasti menjadi miliknya satu hari nanti..

4) Si gadis mungkin juga memendam perasaan terhadap si jejaka. Jika bukan jejaka tadi, mungkin terhadap jejaka lain. Bohong jika dikatakan si gadis tidak mempunyai sebarang perasaan terhadap mana-mana lelaki. Setiap wanita dilahirkan dengan perasaan untuk menyayangi dengan sangat mendalam. Namun perasaan malu dan ketinggian maruahnya menyebabkan si gadis memendam sahaja perasaannya dan berserah kepada Allah tentang jodohnya..




5) Si gadis mungkin merasakan si jejaka bukanlah insan yang tepat untuk dirinya. Baik dari semua segi. Naluri seorang perempuan selalunya tepat. Lantas jodohnya juga diserahkan kepada Allah untuk ditentukan..



Ketahuilah juga wahai si jejaka, pada seorang gadis, apabila si jejaka :

1) Sentiasa mendoakan kesejahteraan, keselamatan dan kebahagiaan si gadis di dalam solatnya..
2) Memberikan kata-kata semangat apabila si gadis hampir berputus asa..
3) Sentiasa berkata-kata yang menyenangkan dan menggembirakan hati si gadis tatkala dirinya sedang sedih dan gelisah..
4) Begitu mengambil berat tatkala si gadis sedang sakit..
5) Sentiasa meminjamkan telinga, memberikan nasihat dan pandangan apabila si gadis sangat memerlukannya..
6) Mengingati tarikh lahir si gadis dan mendoakan yang terbaik pada hari jadinya..
7) Membantu si gadis seikhlas hati tanpa mengharap apa2 balasan apabila diperlukan..
8) Dan akhirnya si jejaka memberitahu si gadis akan keinginannya untuk melamar si gadis pada masa yang sesuai..

Tiada apa lagi yang diperlukan oleh si gadis daripada si jejaka tersebut. Semua perkara di atas sudah lebih daripada cukup. Tiada kata2 sayang, manja, rindu dan ayat2 romantik diperlukan. Hanya sekadar perbuatan yang membuatkan si gadis tahu bahawa si jejaka menyayangi dirinya seikhlas mungkin tanpa mengharapkan sebarang balasan...




Selalunya si gadis senang tertarik kepada si jejaka yang tidak sewenang-wenangnya mengungkapkan perkataan sayang, kerana sesungguhnya ungkapan sayang daripada seorang lelaki kepada seorang perempuan, baik sebagai kawan atau lebih daripada itu, amat tinggi nilainya. Dan biarlah hanya insan yang benar-benar berhak sahaja yang menerima ungkapan sayang daripada kita. Jangan biarkan ungkapan sayang daripada kita langsung tidak membawa sebarang makna kepada insan yang berhak mendapatnya kelak..

Sekian. Wassalam.

p/s : Si gadis dan si jejaka di atas tiada kena mengena dengan sesiapa yg masih hidup ataupun yg sudah meninggal dunia. Jika ada hanya kebet
ulan sahaja. Harap maklum.


18 comments:

syafiqa

hmm.setuju.tp zaman skng ada ke yg mcm ni?mungkin tak ramai.
bagi aku kan,mcm ni lah..bila kita suka kt someone,better kita diam.dan berdoalah pd tuhan agar dia jodoh kita.sebab bila kita luahkan,takot kalau dia akan di ambil org lain dan pergaulan akan melampai batas.kalau betul dia jodoh kita,dia juga pasti harapkan benda sama. :)
yg penting,kena sentias berdoa.ah,btw aku single lagi.hahaha

afzalsukasuki

hmm sekarang ungkapan sayang tu tak besar mana ertinya.tak semua yang ungkapkannya benar2 ikhlas :(

Miss A

iqa : aku setuju ngn ko. aku rasa lebih baik sbg sorg pmpuan, kalau kita minat kita diamkan aje & bnykkn doa. taktau nape aku still rasa x propriate kalau girl mula dulu. ko single lg? samela kite :P

afzal : tula pasalnya. kalau nk ungkap memang senang. nk buktikannya tu yg xsemua boleh buat..

Pendamba Mawar

entri baik, untuk mengingatkan diri pendamba sendiri

ctk

ct setuju...kadang kala perbuatan itu lebih penting dari kata2 yang xditunaikan..good sharing . i luv it :)

Sha

ntah nape ak ckup ske dgn 1 ayat nih..

"say u lurve me when u reallllly mean it"


xde la stiap mse dok ckp ilurveu berpuluh2 kali..rimas jugak..haha

btw, ak pn sngle jgk..ahahhaha *motif????*

Anonymous

setuju sangat! tapi susah nak cari perempuan macam tu sekarang..

Miss A

pendamba mawar & ctk : terima kasih abnyak2 korg sebab sudi baca & komen.. sronok kalau korg suka :)

sha : hahaha bagusla ko single.. kira entry aku ni tepat untuk ko la.. yup, aku stuju ngn ko.. kalau aku jd mamat yg tiap2 hari nk ucap syg tak larat kut :P

budakampung : tula, perempuan macamni jarang2 je ada.. tapi kalau jumpa sila la jangan lepaskan hehe :)

Unknown

hmmm. rasanya entry ni rasa macam ada kena mengena la dengan diri syafiq ni. hakhak. sebab macam pernah lalui je :P

Myera Nyera

:)

ila

nice n3.1st time bace.

rindu ade da mlakukan zian hati kan..
ermm

kusyi

hurmmm.... perasaan cinta yang terpendam tu mmg ada.. tp.. studi lebih penting! HAHA.. best entry ni..

Cik Cici Eryna

setujuu ! tidak tertarik dengan lelaki yg mudah dok ckp syg2 . =)))

AdaNaz87

nice entry. ((;

mula-mula terkejut jugak bile ko komen kat entry aku. yelah bahasekan diri ko aku. hihi. tapi, bile bace kat atas sekali tu, terus lega sikit. ;p

Miss A

syafiq : kene tepat kat diri ko eh? haha ni mesti penah kena rejek ni. jangan putus asa ye :D

myera : :D

Ila : time kasih. betul2. merindui tu pun sebenarnya dah zina hati. cuba2 la jauhkan diri dari terjebak eh.

kusyi : mekasih suka hehe. yup betol, study lebih penting. kalau nk bercinta2 ni, jgn time skolah. kat u xpe. keh2.

yumichi : lelaki yg duk ckp sayang kat mana2 pmpuan dgn mudahnya patut dipanggil playboy! kan?

Ada : hahaha tergelak aku baca ni. Tulah aku rasa kena explain gak kat atas tu takut salah paham. Apepun time kasih sudi baca :)

Cik Orkid

Ungkapan sayang amat mudah disebut. Tapi maknanya amat mendalam :D

p i d a

Nice Miss A ! =D

Saya share tau. Hee.. TQ :')

Miss A

orkid melur : betul2. sebab tu kita kena ungkap pada insan yang betul2 mghargai ucapan sayang tu :)

pida : nice? hee mekasih. nak share? sila2. jgn malu2 jgn segan2 :)