CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Current Status

- Tak payah susah2 carik nuffnang. Aku memang tak letak kat blog ni hehe.

- Sorry sebab lately ni aku takleh nak BW kat blog2 korg sebab duk prepare untuk posting. Mintak maaf banyak2 ye, Tapi aku appreciate korg yang sudi baca & komen entry aku :)
.

Wednesday, 12 October 2011

Monday, 10 October 2011

Bulan Malam Ni Cantik Gila Weh.

Assalamualaikum Warahmatullah..


Tadi aku bukak twitter. Tiba2 aku perasan semua org duk tweet pasal bulan. Kata bulan lawa la sume. Aku pun bukak fb. Ingat nak tengok gambar kalau ada sape2 yang dah upload. Takde la pulak. Rupanya kat fb lambat skit daripada twitter. Takde sape pun buat status pasal bulan.


Disebabkan rasa curious yang membuak2 dalam hati, aku pun terus amik kunci bukak pintu rumah. Nampak dah kat luar terang disinari cahaya bulan. Tapi aku dongak tak nampak pulak bulannya. Maka dengan rajinnya aku pun bergerak ke halaman rumah. Kemudian aku dongak ke atas sekali lagi.


Ternganga terus mulut aku time tu. Apa org putih kata, jaw drop, ha macam tulah. Spontan mulut aku ucap Subhanallah. Cantik gila bulan malam ni. Serius.


Bulan masa tu dahlah penuh, pastu ada pulak lingkaran cahaya kat keliling bulan tu. Aku yang tak pernah tengok fenomena alam seperti ini terus rasa excited. Berlari la aku kedalam untuk ambil kamera. Konon2nya ank snap gambar bulan tu padahal kamera aku bukanlah canggih mana pun.


Aku keluar2 je balik tengok2 dah ada awan tebal tutup separuh lingkaran bulan tu. Hampa aku jap. Tapi aku still snap gak gambar bulan tu. Bila masuk laptop same je, tak nampak pun lingkaran bukan tu walaupun aku dah edit bagi terang. Tak apelah. Bila aku bukak fb balik dah ramai org post pasal bulan. So aku pun pinjam la gambar bulan ni untuk letak dalam blog ni untuk tatapan korang.


Inilah bulan malam ni, cantik siap dengan cincin lagi.

Sebagai seorang pelajar Sains yang senang curious atas benda2 yang terjadi seperti ini, aku pun rajin la menggoogle untuk carik macam mana la fenomena alam ni boleh berlaku. Akhirnya aku dapat jawapannya. Korg yang curious gak macam aku sila la klik kat link ini ye kalau nak tau.

Aku harap lepas ni aku berpeluang lagi untuk melihat dengan mata kepala aku sendiri ciptaan2 Allah yang indah seperti ini. Serius kadang2 dengan memerhati ciptaan dan kejadian Allah yang indah tanpa sedikit pun cacat cela ni mampu mendatangkan rasa insaf pada diri sendiri.

Korang yang tengah baca ni ada nampak tak? Sebab ada kawan2 aku yang teringin nak tengok tak nampak. Sebab awan tebal la, tak boleh keluar rumah la. Kesian diorang.

Kalau korang nampak gak bersyukurlah. Untunglaaa sebab korang dipilih oleh Allah untuk lihat dengan mata kepala korang sendiri fenomena alam ni. Sebab mungkin fenomena ni kita hanya berpeluang untuk lihat sekali je dalam seumur hidup. 

Sekian untuk kali ni. Thanx weh sudi baca entry ni. Assalamualaikum wbt.

Saturday, 8 October 2011

Contest Gadis Berpurdah by Cik Tomato

Assalamualaikum Warahmatullah..


Semalam aku perasan Cik Tomato ada ajak aku join satu contest yang dia anjurkan kat blog dia. Dia tulis kat shoutbox aku. Sebagai seorang blogger junior yang baru dua minggu berblogging, aku rasa perlulah aku membalas perlawaan tersebut sebagai tanda hormat aku terhadap blogger senior yang dah setahun berblogging (ni bukan ayat kipas ye). Tapi pastu ada satu soalan yang bermain difikiran.


Mula2 aku macam pikir, aku ni ye ye je sorok identiti aku ni bagi org lain tak tau aku sape, macam mana aku nak join contest2 yang melibatkan gambar kan? Kemudian aku pikir balik, alah, takpelah kut. Contest gambar berpurdah, nampak mata je kut. Takla kantoi semua muka aku macam mana. Lagipun yang follow blog aku ni takde sorg pun member aku, kalau ada pun diorg awal2 dah tau aku sape. So, aku decide, aku joinlah contest ni ye. 


Ha kalau ada sape2 nak join, ni banner blog Cik Tomato tu. Silala klik kat banner tu ye. Kalau kat banner tu tak boleh klik (aku tak reti link kat gambar la... haiyo), korg klik aje dekat sini okeh?




So aku selak2 album, ada satu je gambar aku tutup muka. Gambar ni aku tangkap 2 tahun lepas kut, time tengah bosan2 dalam kereta. Tapi ni bukan purdah betul la. Aku belit tudung je bagi cover muka. Tak apelah ye Cik Tomato? Pastu aku kasi edit sikit la bagi lagi gelap, kut2 ada org nak teka muka aku betul2 macam mana, tak dapatlah nak teka kalau gitu haha (bajet je ada org sibuk nak tau muka ko macam mana... haishhh)


So inilah dia gambar aku berpurdah. Tadaaa.




Buat yang curious muka aku macam mana, ha ni lah die muka aku. Ni maybe 1st & last time aku letak gambar sendiri kat blog ni. Kut2 ada antara korg yang dah tau aku sape lepas tengok gambar ni, korg senyap2 simpan sorg la eh :D


Dan org yang aku nak tag, adalah mereka yang selalu rajin bagi komen kat aku. Aku pilih lima org ni la.


1) Cik Kiwi (cik adik yang asyik nak troll aku tapi tak jadi haha)
2) Kusyi (salah sorg blogger yang selalu rajin komen entry aku dari mula)
3) Fatin Mraz ( beliau ni list blog aku kat blog dia, dan mengaku suka skodeng blog aku hehe)
4) Suhada (rajin jugak datang blog aku, nama tersenarai dalam top 10 members )
5) Izzah (rajin singgah, baca & komen entry aku dan ahli top 10 members gak)


So kalau ada antara korg ni yang dah kena tag ke atau tak minat nak join ke, bagitau aku ye. Nanti aku tag org lain :D


So takat ni dulu la. Aku rasa takkan menang pun, konfem yang lain lagi ramai yang cun2 tapi kut2 la kalau Allah kurniakan rezeki aku murah, syukur Alhamdulillah~~


Takat sini dulu. Chow. Assalamualaikum.

Wednesday, 5 October 2011

Bila Makcik Sibuk Nak Jadi Matchmaker...

Assalamualaikum Warahmatullah..


Beberapa hari lepas, time aku tengah drive, aku dapat satu call. Dari someone yang aku tak tau sebab aku tak save number tu. Dengan bersusah payah aku angkat call sambil pegang stereng. Dan2 je lepas aku cakap helo org tu terus letak.


Hampeh. Sungguh. -_____-


Ko main miscall2 pulak. Cesssss.


Pastu terus dia tak call aku balik. Lantak ko la. Aku ni jenis tak layan miscall. Kalo ko yang nak carik aku, ko la yang kena call aku balik. Tak gitu? Aku pun malas nak sibuk2 mesej tanya sape la yang miscall aku tu. Tak penting kut untuk aku amik tau.


Pastu tadi, aku dapat mesej dari number yang sama. Dan org tu tulis mesej lebih kurang macam ni la.


'Salam. Dulu saya call, kali ni saya mesej pulak. Salam perkenalan'


Tetttttt. Correction. Ko miscall okeh, bukan call. Terus aku tulis camtu kat mesej yang aku reply tu. Selalunya kalau dapat number yang aku tak kenal pastu sibuk nak ajak berkenalan, memang aku tak pernah layan. Serius. Rasa annoying sungguh. Tah mana dia dapat number tak tau la. Nak2 yang main ajak2 teka siapa tu. Hampeh. Jangan harap aku nak reply kalau dapat mesej macam ni.


Tapi taktau nape kali ni aku rajin pulak nak korek2 pasal gerangan insan yang nak berkenalan ngan aku ni. 


Lepas beberapa kali mesej ngan mamat kat atas ni, akhirnya aku figure out yang dia ni anak buah makcik aku, yang aku tak pernah kenal. Mamat ni bagitau nama makcik aku tu dengan betul. Nasib baik dia tak menipu. Makcik aku tu yang sibuk bagi number aku suruh mamat ni contact aku. Siap bising2 bila mamat ni lambat contact aku. Ape jadah? Aku pulak yang rasa bengang sebab aku tak suka nombor aku diberi suka2 hati kat someone yang aku tak pernah kenal.


Bertambah lagi bengang bila aku tanya details sume, mamat ni macam tak puas hati je aku tanya macam2. Dia kata macam polis soal siasat. Hello. Dah ko yang nak berkenalan, takkan details aku je yang ko nak tau? Details ko aku tak leh tau la?


Aik. Tanya soalan pun tabley ka?


Dan mamat ni namanya start ngan huruf A. So aku panggil Mr A la. Umur 29. Kerja as arkitek. Not bad la.


Memandangkan aku malas nak balas2 mesej kat henfon sebab drag masa aku, pastu malas lagi nak menjawab soalan2 basic dia tanya pasal aku, aku suruh dia add fb aku. Tapi last2 aku yang add fb dia dulu. Aku try nak tengok gambar mamat ni, tapi ada satu album je boleh tengok dan ada 3 org mamat dalam album tu. Tah mana satu dia, aku pun tak tau.


Before menamatkan sesi berbalas mesej, barulah mamat ni kembali cakap sopan2 ngan aku. Dia kata walaupun makcik kitorg yang suruh dia contact aku, tapi dia kata tak bermaksud dia tak ikhlas nak kenal ngan aku. Then dia wish gudnite & thanx. Dan dia kata dia akan contact aku lagi.


Aku tak le lambat sangat nak pickup yang makcik aku tu try nak kenenkan kitorg. Aku rasa mamat tu pun tau niat makcik kitorg tu. Aku penah mention kat makcik aku tu yang aku tak penah ada bf, mamat ni pun single lagi aku rase. Tapi serius, I'm not used with this kind of thingy, about carik2 kan jodoh & kenen2 suma ni. Aku jadi menyampah adela. Sebab ada org lain yang sibuk2 pasal diri kita.


Maybe niat makcik aku tu baik. Tapi entahla, aku tetap rasa rimas. Kalau mak aku yang jadi matchmaker takpe lagi kut.




So korang rasa patut ke aku teruskan je hubungan persahabatan yg baru nak terbina ni? Maybe i should give a try, tapi kalau aku dah rasa menyampah & tak selesa macam mana ye? huhu.


Aku perlukan pendapat korang.

#2 Wordless Wednesday


p/s 1 : kalau ada member korg dengan bangganya dan bajet hot buat status macamni kat FB die, sila komen kat status dia :

'ADA AKU KESAH?'

dan tunggu je komen dia seterusnya lepas kena troll ngan korang. Keh3.


p/s 2 : Aku tau sepatutnya WW ni takyah letak apa2 word tapi aku nak letak gak :D