Assalamualaikum Warahmatullah..
Untuk post kali ni, aku nak share pasal stress atau tension. Aku bet korang semua mesti pernah stress atau tension kan? Kalau ada kawan2 korang yang mengaku dia tak pernah stress/tension, sila ketuk kepala dia sebab sah2 dia menipu. Mungkin dia nak tunjuk bagus kat korang, tu yang dia cakap macamtu. Sila la jangan percaya. Even pakar motivasi yang bijak menghandle stress pun tetap diserang stress sekali sekala.
Aku baru2 ni diserang stress jugak. Macam2 perkara bermain dalam fikiran aku ni. Start dengan posting aku kena delay, kemudian aku mula rasa diri aku ni tak berguna sebab aku still menganggur & menyusahkan mak ayah. Kemudian pada masa yang sama aku jatuh hati kat sorg mamat tanpa diminta dan disangka2, sehingga aku perlukan seluruh kekuatan untuk menolak perasaan tu. Sampai aku rasa penat & fedup ngan diri sendiri. Dan semua ni berlaku disaat aku sedang dalam PMS. Tu yang aku buat keputusan drastik untuk berhenti menulis kat blog aku yang satu lagi. Sebab aku tau kalau aku menulis memang akan jadi teruk isi post tu. So dapat imagine betapa serabutnya kepala aku sekarang?
Kemudian lama2 aku mula tersedar. Aku tanya diri aku balik. Sepanjang aku stress ni, berapa kali fikiran aku teringat kat Allah? Berapa kali lidah aku ni berzikir menyebut nama Allah waktu kepala aku tengah weng? Berapa kali aku selak Al Quran tiap2 hari mengalunkan ayat2 suci? Berapa kali setiap kali lepas solat aku tadah tangan berdoa kat Allah memohon pertolonganNya?
Tak pernah. Memang tak pernah.
Dan aku dapat jawapannya kenapa fikiran aku serabut sebegitu sekali.
Yang aku tau, asal aku stress, aku makan. Takpun tidur. Takpun online je sepanjang hari. Itu ajelah kerja aku. Tak bermanfaat langung.
Lalu aku muhasabah diri. Kenang kembali apa yang ada pada diri. Aku dilahirkan sempurna, tanpa cacat cela. Aku lahir dalam keluarga yang sederhana dan bahagia. Aku diberi pendidikan yang cukup, dari segi agama & akademik. Hingga aku layak masuk universiti. Kenapa aku perlu stress tak tentu pasal sebab benda2 yang remeh?
Dan aku mula melakukan perubahan. Sedikit demi sedikit. Bermula dengan mendengar lagu2 yang boleh menginsafkan. Mula merajinkan diri menyelak & membaca setiap helaian Al Quran. Mula rajin berzikir & berdoa setiap kali usai solat.
Dan hasilnya?
Jiwa aku tenang. Stress aku hilang. Aku mula boleh mengawal perasaan. Tak mudah marah dan baran tak tentu pasal. Boleh berfikir dengan logik dan rational tanpa dipengaruhi emosi.
Jadi tanya diri korang. Kalau korang rasa stress sepanjang masa, apakah selama ini hubungan korang dengan Allah dijaga dengan baik? Korang rasa segala suruhan Allah dah dibuat? Kalau dibuat pun, adakah dengan hati yang ikhlas?
Kalau ada rasa ingin berubah, rasa ingin bertaubat, lakukanlah dengan segera tanpa bertangguh. Mungkin itu peluang terakhir yang Allah berikan kepada kita sebelum kita menghembuskan nafas yang terakhir.
Wassalam.
Current Status
- Tak payah susah2 carik nuffnang. Aku memang tak letak kat blog ni hehe.
- Sorry sebab lately ni aku takleh nak BW kat blog2 korg sebab duk prepare untuk posting. Mintak maaf banyak2 ye, Tapi aku appreciate korg yang sudi baca & komen entry aku :)
.
Thursday, 22 September 2011
Siapakah Gadis Biasa Ini?
Assalamualaikum Warahmatullah..
Untuk post pertama ini, biarlah aku memperkenalkan diri dulu. Namaku A. Umurku awal 20-an. Perwatakanku biasa2 saja. Rupaku pun biasa2 saja. Dan ini blog keduaku, dimana blog pertamaku aku letak dalam keadaan hiatus.
Kenapa aku biarkan hiatus?
Sebab aku mula sedar yang aku tulis kat blog tu bukan ikhlas dari hati. Aku tulis sebab nak bagi org lain baca. Tak banyak benda yang aku betul2 nak tulis aku boleh tulis kat situ. Sebab blog aku tu ada pembaca setia. Jadi benda2 yang melibatkan hati & perasaan aku kena tapis dulu. Lebih2 lagi bila insan yang aku admire pun baca jugak blog tu. Disebabkan tu aku rasa aku menulis sekadar untuk mengimpresskan dia. Biar dia kagum dengan hasil tulisan aku.
Akhirnya aku sedar kualiti penulisan aku semakin merudum. Aku menulis tanpa ada kepuasan sendiri. Aku menulis bukan dari hati, bukan sebab aku benar2 nak menulis. Aku menulis sebab nak biar org lain baca. Lama2 aku buat keputusan sendiri, aku perlu hentikan penulisan aku kat blog tu. Dan lebih baik aku buat blog lain, dimana aku rahsiakan identiti aku dan aku boleh tulis ape je yang aku nak tanpa perlu risau apa.
So inilah dia blog kedua aku. Just An Ordinary Girl atau Hanya Sekadar Gadis Biasa.
Harap korang yang singgah blog ni dan baca enjoyla dengan post2 yang aku bakal tulis nanti. Kalau ada apa2 yang korang nak tegur ke, sila la tulis kat ruangan komen. InsyaAllah aku akan baca dan reply mana yang mampu.
Hingga bertemu lagi di post akan datang. Wassalam :)

Labels:
Pengenalan
Subscribe to:
Posts (Atom)