CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Current Status

- Tak payah susah2 carik nuffnang. Aku memang tak letak kat blog ni hehe.

- Sorry sebab lately ni aku takleh nak BW kat blog2 korg sebab duk prepare untuk posting. Mintak maaf banyak2 ye, Tapi aku appreciate korg yang sudi baca & komen entry aku :)
.

Sunday, 25 September 2011

Korang Ada Member yang Menjengkelkan? Aku Ade.

Assalamualaikum Warahmatullah..


Untuk post yang ni, aku bukanlah nak mengutuk, mengata, mengumpat, mencaci atau yang sewaktu dengannya pasal member aku yang sorang ni. In fact, korang tak kenal pun aku, member aku ni pun korang tak tau sape, so takdelah dikira mengumpat kan? Anggaplah post kali ni sekadar luahan perasaan aku yang berasa agak menyampah dengan perangai member aku yang sorg ni. Dan aku percaya sure ade diantara member2 korang yang beratus2 org tu ada yang berperangai macam nih.


Ha, apa member aku ni buat? Sampai berjaya buat aku yang agak bertimbangrasa ni rasa annoyed? Atau menyampah? Atau meluat?




DIA TAK HABIS2 CERITA PASAL PAKWE DIE. DAN JUGA EX DIA SERAMAI 5 ORANG TUH.


Meh aku cite kat sini la. Actuallynya, seronok kalau kita share lovestory kita dengan besfren2 yang sudi nak mendengar. Nak2 besfren yang lama tak jumpa kan, seronok gak korek cita pasal status diri masing2 ni.


Tapi sila take note ayat atas tu ye : YANG SUDI MENDENGAR SAHAJA. Sila imagine ye, kalau dah hampir 2 jam korang melepak sekali kat kedai mamak, dan korg expect korg lepak2 ni untuk bertukar2 cerita tentang perkembangan diri sendiri, atau mengenang memori2 lama, atau share future plan, 1 jam lebih member korg ni asyik share pasal masalah dia ngan bf dia je, apa korang tak menyampah ke? Kalau sikit2 lagi cerita tu boleh accept la jugak.


Dan bertambah2 menyampah bila korg pulak tak pernah ada boyfren, so korg terpaksa la tadah telinga dengar cerita dia sorg. At least kalau korg ada bf, boleh gak bertukar cerita kan?


Dan extra menyampah lagi bila kita tak tanya pun, abis diselongkar cerita2 lama ngan ex2 dia seramai 5 org tu. Hello... ada aku kesah? Dan bila kita nak cuba tukar topik, dia halakan jugak ke topik lama, topik pasal bf dan ex2 dia tu. Huh.




Pastu bila kat rumah dia saja2 call kite, boleh pulak tanya pendapat pasal bf dia lagi. Ya Allah. Tensennya aku. Tak cukup2 lagi ke weh. Apa ko hidup kat dunia ni semata2 untuk bf ko tu sahajakah? Ko takde keje lain nak dibuatkah?


Aku taktau kalau korg kat tempat aku, apa reaksi korg kat member korg tu. Nak2 member korg ni besfren sejak kecik la pulak. Dan aku pulak, korg nak tau apa aku buat?


Yup, aku ni jenis cakap direct. Lately ni aku perasan bila aku terlalu berlembut memang senang je org nak pijak kepala aku. So bila dia call aku lagi, ngadu benda yang sama, aku cakap terus terang yang aku menyampah bila dia cerita pasal bf dia, ngan bf2 dia tu sekali aku menyampah, aku cakap hidup kita ni banyak lagi benda penting nak dibuat, bukan takat pikir pasal cinta je, dan aku bagi satu quote yang aku suka pegang sampai sekarang.


''Buat apa asyik memikirkan lelaki, yang belum tentu pun akan jadi suami?"


Dan kawan aku tu finally realized yang aku tak suka. Nasib baik dia boleh accept. Lepas tu apa2 cite pasal bf/ex2 dia sikit pun dia tak cerita kat aku. Fuh, aman dan bahagia hidup aku sekarang. Tak perlu menadah telinga dengar cerita yang kita tak minat pun nak dengar.


So advice aku kat sini untuk korg ialah, silala jadi berani mengekspresikan pendapat dan isi hati korg pada insan2 yang berkenaan. Kadang2 dia tak sedar yang benda dia buat tu kita tak suka, jadi kita la yang kena tolong sedarkan. Dan jangan pulak bagitau dengan cara kasar. Sila buat dengan lembut tapi tegas. InsyaAllah member korang tu akan paham dan sedar kesilapan dia, okeh?


Ok cukupla sampai sini. Lega dah hati aku. Tu yang seronok ada 2 blog ni. Kang aku tulis kat blog satu lagi dia baca nanti terasa pulak. Tapi apepun, macam aku cakap tadi, sila la jadi berani suarakan pendapat korg eh. Korg takkan rugi apa2. Lagi seronok adalah. Percayalah cakap aku.


Takat sini dulu. Thanx baca ye korg. Chow. Assalamualaikum.

Saturday, 24 September 2011

Cara2 Awek Simple untuk Nampak 'Stunning' di Mata Lelaki

Assalamualaikum Warahmatullah..


Mula2 sekali, sila la ye abaikan title diatas yang terdouble spacing tu. Aku taktau la awat jadi lagu tu. Huduh pulak rupenya aku tengok. Template ni la dia set up sendiri jadi gitu. Takpe2, korang cuma fokus kat isi2 dia kat bawah ni okey?


Oh ye, sebelum tu, mintak maafla kepada para2 jejaka yang jadi pembaca blog aku ni, sebab tips ni aku tulis untuk para aweks sahaja. Tapi takpe, maybe korang boleh sharekan dengan aweks2 korang, adik atau kakak2 korang kan? Silap2 korg bgtau kat family, dapat lak abang/adik ipar yang hensem. Pehhhh... ok ni dah mengarut.


Dan bila aku cakap nampak 'stunning' macam dalam tajuk diatas, aku akan fokus kat penampilan luaran, apa yang bakal dilihat oleh para2 jejaka tersebut. Kira tang ni korang punya personality tolak tepi dulu. Tekankan kat paras rupa. Sebab paras rupa & penampilan ni memang play role yang besar untuk 1st impression yang baik kan?


Jadi kat bawah ni aku tulis satu2. List ni berdasarkan kata2 kawan2 lelaki aku tentang gadis2 yang berjaya caught attention diorang at the first sight. Sedangkan paras rupa aweks2 ni biasa2 je sebenarnya. macam aku la. Dan cara2 tersebut ialah :


1) Buat kelainan pada pakaian. Contoh : Yang selalu pakai seluar : Pakai skirt. Selalu pakai T shirt : Pakai blaus.


Aku baca kat magazine mana tah cakap, lelaki2 suka beno usha awek yang pakai skirt, sebab pada diorang awek pakai skirt ni nampak ayu sangat & terserlah sifat keperempuan diorang. Yela, asyik2 pakai jeans je bila keluar, bosan jugak pakwe2 korang tengok. Takpun asyik2 pakai T shirt, asyik recycle je pulak tu.


Cuba sesekali korang pakai skirt labuh yang banyak jual sekarang. Harga dia pun murah je, around RM30+ gitu. Takpun pakai blaus corak bunga2 yang bertali belakang tu ke, yang ada corak renda2 ke. Serius kalau korang combinekan kedua2 pakaian dia atas ni, berdouble2 sweet la korang pada mata lelaki. Pastu pakai pulak tudung yang sedondon.Tak caya? Sila cuba.


See? Nampak ayu kan? *Kredit kat tuan empunya gambar*

2)Tukar gaya tudung. Pelbagaikan fesyen shawl.

Sekarang ni memang trend gadis2 semasa pakai shawl. Atau pashmina. Kalau korang singgah kat kedai2 tudung, memang dah jarang gila nampak org jual tudung bawal kan. Yang ada pun tudung Ariani. Yang lain semua selendang2 pelbagai warna, ada macam2 fabrik & corak. Kain tebal la, jaring2 la, ada bunga gabak kat belakang la, takpun pashmina. Sebagai seorang gadis yang tak ketinggalan zaman, mungkin korang patut cuba jugak try pakai shawl ni. Cuba gantikan tudung bawal yang korang biasa pakai ngan shawl2 ni.

Tak reti nak pakai? Senang je. Cer usha kat youtube. Bersepah2 tutorial kut. Aku sendiri pun belajar pakai shawl kat situ. Korg yang biasa pakai shawl pulak, variasikan gaya & fesyen shawl tu. Taip je korang nak fesyen apa, hana tajima ke, yuna ke, berpuluh video keluar. Nak pakai simple je pulak tu. Less than 5 minit gerenti siap. Tak perlu la korang nak iron tudung bawal tu lagi, pastu nak tarik2 kat dalam bila tak betul, pastu emo bila tudung tak jadi (pengalaman aku nih!). Pakai shawl je senang. Cantik pun cantik. Tak payah nak betul2kan sangat. Lilit2 je terus siap. Pastu letak pulak brooch yang comel2 tu, lagi bertambah2 comel la korang.

Dan untuk korg yang berwajah bujur, mungkin sesuai pakai tudung Ariani. Tu lagi senang, sarung je pastu pin kat baju. Aku sebab muka bulat, so pakai shawl je la senang.

Belit2 dah siap. Senang je pakai ni. *Kredit lagi kat tuan empunya gambar*

3) Pakai mekap sikit. Jangan biar muka pucat.

Mungkin ada aweks2 yang rasa tak perlu nak mekap2 bagai ni, simple is better. Tapi ketahuilah korang sebagai sorang perempuan, kulit muka kita ni sangat senang berminyak & berjerawat. Nak2 time korang sedang datang bulan. Kalau setakat bedak muka yang compact powder tu pun korang taknak pakai, sila la imagine macam mana berkilatnya muka korg. Pastu amik gambar pulak lagi. Ada flash pulak lagi. Ish ish ish.

Pakaila bedak muka sikit paling kurang pun. Cover sikit korang punya bekas2 jerawat tu. Pastu bibir pucat tu apply la sikit dengan lipstick. Kalau tak suka lipstick, pakai lipbalm. Ha kalau korang yang suka simple2, cukupla ni. Kalau nak up sikit lagi, pakai eyeliner. Pakai eyeliner pun senang je. Setakat garis kat mata tu apa la sangat kan?

Dan kalau korang pegi majlis2 keramaian, up la sikit lagi. Pakai blusher, eye shadow, maskara. Ha dah cukup. Kalau korang tak nak dicop over, benda2 ni takyah la pakai time pegi kelas. Yang ni pakai time kenduri2 je ok lah. Barula nampak muka berseri. Ini kalau sepanjang masa pucat je, lelaki pun takkan tengok korang dua kali. Kalau muka pucat tu time korang tengah buat fieldwork ke, takpe jugak. Ni time pegi majlis2 pun sama. Janganla. Hiaskan muka tu sikit, ok?

Nampak tak the power of make up? *Google image*

4) Ganti kacamata kepada contact lens

Mungkin ramai awek2 specky di luar sana merasakan pemakaian contact lense ni adalah sesuatu yang sukar dan agak melecehkan. Terutama yang tak pernah pakai. Tapi ketahuilah korang bahawa bila wajah korang yang sentiasa dicover dengan spek tu sekali sekala dibiarkan open tanpa spek, ia mampu memberi kelainan yang agak luar biasa pada wajah. (ayat.. fuh) Dan kalau korang tengok muvie pun, selalunya bila sang heroin yang ala2 nerd pakai spek tiba2 bukak spek bila pergi prom nite, rupa2nya baru semua org tau disebalik wajah yang sentiasa berspek tu terselit seraut wajah yang sangat comel. Cuma ramai je tak sedar. Betul tak?

Tryla bukak spek tu, gantikan dengan contact lens berpower. Kalau korang jenis simple, takyah nak pakai contact lens yang kaler biru ke, hijau ke yang nampak macam over2 sangat tu. Pakai yang warna natural macam hitam dah cukup. Tapi korang tau apa trick contact lens zaman sekarang? Size dia lebar. Bila korang pakai akan nampak sangat comel. Cuba tengok Heliza tu. Kalau perati betul2, ada waktu2 dia nampak extra comel, mata dia extra besar. Actually time tu dia pakai lens macam ni la.Aku pernah gak pakai lens macam ni. Serius aku pun tak cam wajah sendiri. Berubah betul.

So sekali sekala kalau nak tampilkan kelainan, cer try pakai. Mungkin looks korang tu nampak agak fake sikit, tapi takpela kan. Kalau setakat pakai pegi majlis2, bukannya selalu sangat. Hoho.

Sila compare size mata Heliza ngan Maria Elena. So korg tau kenapa Heliza terlebih cute kan?

5) Be Confident. Jangan malu2. Jangan segan2.

Lepas korang try perubahan2 kat atas ni, jangan pulak korang tunjuk yang korang tu tak selesa. Kerut2kan muka la, cover2 muka sebab malu la. Jangan2. Spoil imej baru korang nanti. Biasala kan awal2 perubahan memang la rasa tak selesa. Tapi cuba bolayan je dulu perasaan tu dan tampil yakin depan kawan2 korang dan si dia. Bila imej baru korang dah cantik, ditambah pulak dengan ke'konfiden'an korang berinteraksi dengan orang ramai, korang akan jadi extra cantik. Betul.

Kalau korg risau percubaan 1st time ni tak menjadi, try dapatkan feedback kawan2 korg. Mana yang rasa kena improve tu, sila improve. Kalau diorang suka, kekalkan. Biasalah orang lain yang 1st time tengok imej korang agak lain dari biasa mungkin akan pandang korang dengan pelik. Tapi korang assume la pandangan pelik diorg tu actually ada terselit perasaan kagum kat imej baru korang, ok?


So cukupla sampai sini. Meh aku share ngan korang. Aku dah try tips2 kat atas ni kat majlis reunion sekolah aku. Guess what? Ramai yang puji. Betul ni aku tak tipu. Sebab kat fb muka aku lain, bila jumpa depan2 nampak lain pulak. Lagi cantik diorang kata.

Mungkin korang ada yg berpendapat better jadi diri sendiri kan? Betul tu dear, aku sokong. Tapi tak salah kalau sekali sekala kita tampil lain daripada biasa, terutama pada majlis2 yang ada ramai org. Sesekali jadi tumpuan dalam majlis, terutama tumpuan daripada si dia, serius seronok kut. Hehe.

Thanx banyak sudi baca. Panjang kut entry ni. Korang yang baca satu2 memang rajin ah. Selamat mencuba!


p/s : Lupa nak cakap awal2. Tips ni hanya boleh diguna pakai oleh awek yang jenis simple. Kalau korg ni memang dah jenis yang suka bergaya dan dressing hot2 gitu, maybe tips2 ni tak berapa nak berguna.



Friday, 23 September 2011

Cara2 Awek Untuk Menekel Mamat yang 'Cold'

Assalamualaikum Warahmatullah..


Hello pembaca2 semua (blog aku ni ada pembaca ke?) Untuk post kali ni aku nak share tentang cara2 bagi seorang awek untuk menekel jejaka2 di luar sana yang cold atau dalam bahasa melayunya, dingin.


Maksud cold disini adalah bersikap dingin, tak berapa nak friendly, terutama dengan gadis2 yang dia tak berapa nak kenal. Kiranya macam kalau ada awek2 hot dan cun yang nak try ngorat atau bagi2 hint tu dia buat tak layan je la. Dan biasanya mamat2 cold ni dia smart, alim, pendiam, dan selalu diusha oleh para2 awek di luar sana.


Tips2 ni aku tulis berdasarkan pemerhatian aku sendiri. Aku ada ramai sangat kawan2 perempuan yang berjaya merebut hati jejaka2 dingin ni tanpa perlu memiliki paras rupa yang cantik. Tak perlu nak mekap2, tak perlu nak ada body slim. Sebab mamat2 cold ni smart enough untuk tidak tergoda dengan ciri2 luaran seperti itu. Dan kawan2 perempuan aku ni semua ada ciri yang sama. Dan ciri2 tulah yang aku nak list downkan kat bawah ni.


Em, dan aku rasa tips2 ni maybe jugak boleh dilakukan oleh mamat2 yang nak try tekel awek2 yang bersikap cold jugak. Cuma ada certain2 cara tu kena modify la. Pandai2 korang sendiri la. So here it goes :


1) Bersikap caring atau mengambil berat


Of cos ramai kat luar sana yang tau, lelaki mudah cair dengan gadis2 yang sudi mengambil berat tentang keadaan diri mereka. Aku maksudkan kat sini bukan korg sibuk2 nak amik tau apa yang dia buat sume, bukan. Cuma kalau korg perasan kat status fb die or twitter die ke, ada dia mengadu dia tengah stress/tension, ataupun dia tengah tak berapa nak sihat contohnya tengah demam or sakit tekak, korang rajin2la menegur. Tanya khabar dia, korang ok ke tak? Kalau sudi sharela kenapa. Mana yang sakit tu suruh makan ubat, rehat cukup2, take care.


Taknak bagi nampak korg macam menggatal? Korang bersikap caringla dengan kawan2 korang jugak, bukan kat dia sorg je. Bila korg pun amik berat hal kawan2 korg kat fb atau twitter, mesti dia boleh baca kan status2 atau tweet korang tu. So sikit sebanyak dia taula yang korang ni tak hipokrit. Sambil2 tu korg pun boleh melatih diri bersikap concern ngan kawan2, makin bertambah2 la kawan korg. Sambil menyelam minum air. See?


Kalau dia tau korg caring ngan org tua lagi bagus. Bertambah2 cair la dia nanti.

2) Tunjukkan skill/kebolehan yang korang ada kat dia

Maksud tunjuk kat sini bukanla saje2 menunjuk depan dia tiba2 tanpa sebab, nanti menyampah pulak dia sebab ingat korg ni jenis yang suka show off. Maksud aku, kalau korang terer memasak ke, buat kek ke, melukis ke, berpantun ke, ha tunjuk kat dia skill korang tu, tapi kena ada cara gak la.

Contohnya, kalau korg terer masak atau buat kek, cuba korg try buat satu juadah then bawak pegi kelas atau kat tempat2 pertemuan korg ngan dia. Bila dah bawak tu offer la dekat kawan2 korg, offer kat dia sekali. Bila dah makan tu sure dia kagum punya. Nak2 kalau kawan2 korg puji sedap, memang bonus la tu. Zaman sekarang ni mana ada ramai girl2 yang terer bab2 masak memasak ni kan? Nanti mesti dia terpikir, korang ni sesuai dibuat calon isteri ni, hehe.

Kalau korang terer melukis atau menulis, korg tunjuk skill korang tu, buat poster atau article untuk board faculty korang ke. Ataupun senang kalau ada pape pertandingan faculty buat, macam pertandingan melukis ke, pantun ke, syarahan ke, korg join aje. Bila hari pertandingan tu, just buat dengan yakin dan terbaik. Kalau dia jadi salah sorg audiens dan tengok pulak skill korg tu, sure2 dia senang cair punyela. Serius.

Alolo comey.

3) Pakai pakaian atau berperibadi sesopan yang mungkin

Selalunya mamat2 yang tak berapa layan perempuan ni, lebih 50% daripada diorang jenis yang alim2 macam ustaz gitu. So kalau korg ni jenis yang suka pakai pakaian yang ketat, nampak bodyshape korg, jenis yang suka set rambut, rebonding ke, dye ke, then pakai heels pegi kelas, agak2 dia akan tertarik ke? Hm, kalau aku jadi laki tu, sikit pun aku tak pandang korg kut.

Mamat macam ni taste dia gadis2 yang sopan. Gadis2 yang bertudung, dengan muka yang sweet dan suka senyum. Muka pun suci je daripada sebarang jenis makeup yang berlebih2an. Cakap pun lembut je, tak tinggi suara, tak ketawa mengilai2 macam pontianak.

So kalau korg ni memang pakai tudung, takyah la pakai baju yang ketat2. Longgarkan dan labuhkan sikit baju tu.Tudung pun labuhkanla sikit tutup dada, jangan pakai yang jarang yang boleh nampak rambut tu. Kalau korang yang free hair, elakkan pakaian yang seksi2 dan singkat2. Rajin2la pakai baju kurung atau skirt, yang menampakkan korang lagi ayu lepas pakai. Sejuk mata mamat tu memandang, kan?

Tapi cara ni hanya berkesan kalau korang tau taste mamat tu macamana. Ada mamat yang suka seksi2 ni, ada yang tak suka langsung. Pandai2 korang la nak korek macam mana.

Tenang je rasa kalau dapat awek macamni.


4) Tunjukkan yang korang ni pun jenis smart atau independent lebih kurang dia


Mamat2 dingin ni selalunya sangat2 tak suka dengan awek2 yang gedik tak bertempat, dan juga bodoh. Bodoh kat sini maksud aku nampakla yang tahap pemikiran awek tu rendah sangat, jauh beza dengan dia. Bila diorg cakap pun boleh nampak, benda2 yang dicakapkan tu kosong, tak ada isi. Lagi satu yang tak reti nak buat kerja sendiri. Asyik2 nak berteman, asyik2 nak kena org lain tolong, tak pernahlah ada kerja yang dibuat tu 100% hasil kerja awek tu sorg je.


So kalau korg perasan korg ada sikap macamni, sila kikis cepat2. Banyakkan membaca, tak kisahla baca paper ke, berita online ke, majalah2 info macam solusi ke, apa2 la yang ada sentuh isu2 semasa atau general knowledge. At least kalau korg ada peluang bersembang ke, korg boleh cakap balik benda2 yang korang baca, dan maybe apa korg cakap tu boleh impress dia. Kat kelas, rajin2la jumpa lecturer ke untuk bertanya, so dia tau korg ni jenis yang pay attention dalam kelas.


Kalau nak cuba nampak independent, korg tulis je kat status2 fb atau twitter korg, bagi dia baca. Contohnya korg cakapla korg tengah buat part time work ke, ko tengah buat research project ko sorg2 ke, ape2la yang nampak macam korg ni jenis yang boleh buat kerja sendiri. Takpun kat fakulti atau tempat kerja, korg cuba buat kerja ngan yakin sorg2, walaupun tak berteman. Nanti bertambah2 kagum dia kat korg.


Sumtimes awek pakai spek memang nampak smart.


So takat ni jelah tips2 aku untuk harini. Korang yang rajin tu cubalah try, kut2 menjadi ke kan. Kalau korg buat jadi, sila2 la bagitau aku. Serius aku nak cuba.


Ok, tahnx ye sebab sudi baca benda yang aku tulis panjang berjela ni. Gudluck bagi yang nak try :) 

Korang Pernah Jatuh Hati Pada Orang Yang Salah?

Assalamualaikum Warahmatullah..


Untuk post kali ni, aku cuma nak share apa yang aku tengah rasakan sekarang. Yup, aku sedang jatuh hati. Sejak beberapa minggu yang lepas. Malangnya, pada orang yang salah. Macam mana aku tau insan tu salah?




Sebab aku dengan dia sungguh vice versa. Macam langit dengan bumi. Dia hensem, putih melepak. Wajah aku pulak biasa2 aje. Dia pada aku agak perfect. Sekarang dia student master, dan mamat ni sungguh adventurous, pandai masak, pandai menulis, banyak la yang dia serba serbi lagi better dari aku. Aku? jenis introvert, suka duduk rumah. Ada degree je. Tak kerja lagi. Skill memasak dengan menulis aku pun biasa2 aje. Dan dia ni jugak jenis cool, tak layan perempuan sangat. Which pada aku memang agak susah la nak tekel kalau perangai dia macamtu. Huhu.


Dia ni la punca aku stop tulis kat blog aku yang dulu. Sebab blog aku tu dia folow & baca. Dan aku rasa segan bila dia baca post2 aku walaupun ada je post aku yang dia kata best. Entahla, berdepan dengan mamat ni buat aku hilang keyakinan. Ya Allah, kenapa la aku perlu jatuh hati ngan dia?




Dan satu lagi fakta pasal dia ni, dia ni 1st love kawan baik aku masa sekolah rendah. Yup, aku kenal mamat ni sejak sekolah rendah tapi kitorg tak pernah rapat sebab aku lagi rapat dengan besfren dia. Dan kitorg pernah berjumpa beberapa kali selepas sekolah rendah. Dan medium pengantara aku dengan dia hanya blog semata2. Siapa sangka kan yang akhirnya aku akan jatuh hati dengan sorang kawan sekolah yang aku jarang cakap pun dulu?


Ada org kata benda2 jodoh ni kuasa Allah. Kita takde hak nak tentukan. Tapi jauh kat sudut hati aku, aku dapat rasa yang aku memang bukan untuk dia. Ada banyak lagi gadis2 yang jauh lagi better kat luar sana tu yang sesuai untuk dia.


Kalau korang berada di tempat aku, apa yang korang akan buat? Usaha habis2an buang perasaan bodoh ni? Buat istikharah? Just go with the flow? Just wait & see? Ke tunggu je perasaan ni hilang dengan sendiri?


Tolonglah aku. Aku dah lost.

Thursday, 22 September 2011

Korang Pasti Ke Yang Korang Tu Jatuh Cinta?

Assalamualaikum Warahmatullah..


Baru2 ni aku tengok semakin ramai budak2 sekolah yang semakin advance. Baru sekolah rendah dah bercouple sakan. Siap clash pastu senang benar carik baru. Pelik bebenor la aku. Aku dulu sekolah rendah main kejar2 je lagi kut. Tak terpikir langsung hal cintan cintun ni. Apakah ini trend bebudak zaman sekarang untuk bercinta since zaman sekolah? Hu hebat2.


kecik2 dah pandai. hamboi2.


Sebut pasal cinta, aku cakap terus terangla, aku tak pernah bercouple ngan sape2. Tapi tipula kan kalau aku cakap hati aku ni tak pernah sangkut kat sape2. Kalau tak pernah itu dah tahap bahaya. Dah boleh dikatakan lesbo. Ish simpang malaikat 44. Aku gadis normal okeh.


So aku macam curious la jugak. Orang duk kata 'aku jatuh cinta ngn mamat tu', 'aku jatuh cinta ngan minah ni', actually diorang ni paham ke maksud jatuh cinta tu? Korang yang tengah baca ni paham ke?




Kalau tiba2 kita nampak dia kemudian kita terus minat sebab tengok wajah dia, tu dikira apa? jatuh cinta pandang pertama? ish2 takkan la tengok wajah je dah jatuh cinta. Tu NAFSU je oi. Ko taktau pun mamat/minah tu baik ke jahat, ko terus suka dia sebab wajah dia maybe cantik/ hensem je. So korang panggil ni jatuh cinta? Pada aku macam nafsu semata2 je. Perasaan yang datang dari mata kemudian jatuh ke hati.


Kalau kita dah kawan baik ngan dia, kita tau segala2 pasal dia, kita tau perangai dia, kemudian kita suka dia. Adakah ini jatuh cinta? aku rasa macam tak je. Ni macam kategori ADMIRE atau kagum je. Sebagai kawan, ko dah kenal dia luar dalam, so mesti ada ciri2 dia yang buat ko tertarik. Tapi kalau ciri2 tu tak ada mesti korang tak pandang dia lebih dari kawan. Betul tak? Betul tak?


Yang aku tau, jatuh cinta ni maksudnya menyayangi sesorang tu seadanya, termasuk segala baik buruk dia korang terima je semua. Kalau org yang korang suka tu gemuk, tak pandai, pendek, muka berjerawat, busuk, korang tak kisah langsung pun semua tu. Ha yang ni baru betul jatuh cinta. Tapi aku macam jarang je nampak situasi2 ni berlaku kat keliling aku. Korang ada nampak ke?


Pada aku, kalau nak jatuh cinta, jatuh cintala dengan isteri/suami kita je. Tu lebih baik. Dapat pahala. Boleh pegang2 sume sebab dah dihalalkan. Lagipun jatuh cinta dengan partner memasing lepas kahwin ni sure2 berbalas punya. Barula betul org cakap 'saling jatuh cinta dan mencintai antara satu sama lain' hehe.


Oklah macam banyak sangat je mengarut aku ni. Aku chow dulu la ye. Assalamualaikum.