CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Current Status

- Tak payah susah2 carik nuffnang. Aku memang tak letak kat blog ni hehe.

- Sorry sebab lately ni aku takleh nak BW kat blog2 korg sebab duk prepare untuk posting. Mintak maaf banyak2 ye, Tapi aku appreciate korg yang sudi baca & komen entry aku :)
.

Friday, 4 November 2011

Aku Kena Tag Weh~!

Assalamualaikum Warahmatullah..


Mula2 sekali aku nak cakap sorry banyak2la kat korg yang rajin jenguk & folow blog aku ni, siap tinggal jejak kat shoutbox tapi aku tak jenguk korg balik. Aku hiatus jap. Bukan sebab ape, busy gila weh. Lepas je aku habis konvo haritu, la ni aku dah nak stat posting pulak. Macam2 benda nak kena buat. Nak isi macam2 borang, fotostet & sahkan itu ini, bukak akaun kwsp, dan tak lupe gak aku kena study balik benda yang aku dah tinggalkan 5 bulan dulu tu. Berkarat otak aku weh nak ingat balik ubat2 dan segala jenis drugs yang aku belajar tu sume.


Eh jap2. Ko nak buat entry pasal cite ko ke ape ni? Tajuk kata kena tag.


Aiseh sory2. Firstly mekasih banyak la kat Syafiq Jemain ni sebab rajin gile tag aku. Terharu weh ada gak yang sudi nak tag aku. Dahla tag nama aku 1st kut hehe. Bagi tidak menghampakan tag beliau (menghampakan tag?) aku buat la tag die ni hehe.


So here it goes :


Rules
1) Mesti post this rules kat entry korang
2) Setiap org kena bullet 11 perkara tentang diri korang.
3) Tell who was tag, nanti diorg taktau pulak kan?
4) No tag backs, okay? Good~


11 things about Miss A
- Aku ni anak sulung dalam 5 org adik beradik. 3 pempuan 2 laki.
- Aku suka makan makanan bersup, dan minuman feveret aku ialah teh.
- Aku secara rasminya akan bergelar seorang pharmacist pada 10 november ni.
- Korg mesti wonder aku ni camne kan? rata2 komen pasal aku cakap aku ni comel, smart, sopan, lemah lembut (serius ye yang ni aku tak tipu) Tang lemah lembut tu korg jangan gelak sebab kat luar aku memang agak lembut hehe. Dalam blog je kasar sikit.
- Aku tak pernah bercinta, sebab aku percaya hukum bercouple tu haram. Tapi tak bermakna aku tak pernah jatuh hati okeh? hehe.
- Dah rejek lebih 10 org lelaki sejak sekolah disebabkan point kat atas ni.
- Aku suka seni. Aku suka menulis cerpen, sketch kartun, tulis puisi, muzik. Satu cerpen aku dah published kat Penulisan2u.com
- Kalau aku ngantuk atau penat sangat, aku akan bertukar jadi blur gile2 tahap gaban punya.
- Jenis study last minit. Aku memang takleh study awal2 nanti lupe semua. Dan aku study WAJIB pakai mind map, kalau tak aku takleh ingat ape2.
- Lepas baca point aku kat atas ni, korg mesti wonder result exam aku dulu2 camne kan? upsr pmr aku straight A's, cuma spm slack skit, 8A je huhu. aku grad dengan kelas kedua tinggi.
- Aku senang minat kat mamat yang muka bersih, pakai spek, ada janggut sejemput. pada aku mamat macamni HENSEMMMM GILE!


Soalan yg diberi oleh encik Syafiq kat aku ialah :


1) Your Full name ---> yang ni serius aku takleh reveal. Cukupla korg tau yang nama aku ni 2 patah perkataan. Nama kedua tu start ngan huruf A haha.


2) Domo-kun or angry bird --> angry bird la weh. aku kalau main benda ni dalam henfon addicted beb.


3) Blogspot or Tumbler ---> blogspot sebab aku tak reti guna tumbler. sebab tu aku tak buat tumbler hehe


4) Your best singer? Give me two persons ---> Liyana Fizi ngan Aizat. Depa ni sangat terer buat lagu sendiri dan kebanyakan lagu diorg sangat dekat dengan diri aku dan syahdu je dengar.


5) Bad experience about 'hair' --> time skolah rendah banyak kali asyik kena kutu. stress aku sebab bebudak india kelas aku berkutu & aku pun terjangkit. lepas aku pakai tudung terus selamat.


6) Do you like my blog? please be honest :) --> honestly aku suka baca entry. best je. cuma aku agak kurang gemar sebab tulisan kecik. aku suka tulisan besar2 hehe senang nak baca. tapi aku jela, yg lain maybe suka je kut :D


7) Why? --> aku dah explain kat atas tu. Cukupla kut.


8) That person that always in ur mind --> aku ni single. so takdenya nak ingat kat bf ke ape. aku selalu ingat mak ayah je :p


9) How many times you have been couple before --> yang ni pun ada aku letak kat salah satu bullet kat atas. aku tak pernah bercouple, dan tak pernah ada ex.


10) Do you love ur mom? --> err adeke yg tak love ibu sendiri? kalau ada bertaubatla cepat weh.


11) Your dream phone --> aku suka iphone tapi sebab aku nak save duit aku tunda niat tu dulu. Pas keje nanti baru aku beli kut hehe.


Dan sekarang ni soalan aku kat korg pulak :


1) Kenangan ngan 1st love korg?
2) Koko krunch atau Honey Star?
3) Mimpi paling best dan korg takleh lupa sampai sekarang.
4) Ciri wajib ada kat laki/perempuan yg korg nak kawin. SATU je okeh.
5) Definisi CINTA bagi korg. Tak lebih 5 patah perkataan haha (jenuhla korg nak pikir :p)
6) Harry Potter atau Twillight?
7) Pengalaman paling memalukan bagi korg.
8) Kalau dapat rm sejuta, apa yang korg nk buat dengan duit tu? list 3.
9) Doktor atau Ustaz/Ustazah? 
10) Pendapat korang pasal blog aku ni? Any improvement?
11) Last, pendapat korg sal aku pulak. Sebab korg tak kenal aku, bagi gambaran jela ye. Sila jujur okeh hehe.


Haaa, yang paling last ni, aku nak tag sape?? Jawapannya, aku tag semua yang baca kat atas ni. SEMUA okeh, ini adalah satu amanah, hahaha. So lepas korg buat sila tinggal link kat bawah ni bagi aku baca. Baru la syok aku nak kenal semua pembaca2 blog aku ni hehe.


Haha Syafiq, takpelah aku tag semua kan? Suka hati aku la kan? hahaha.


okehla takat sini dulu. Aku nak sambung study. Bye korang. Jangan lupa buat :p

Monday, 17 October 2011

Hoh? Blogger Feveret Aku Datang Melawat. Wahhhh!

Assalamualaikum Warahmatullah...


*Perhatian : Entry ini entry jakun. Sangat. Sila tekan butang pangkah kalau dah menyampah awal2. Hehe*


Korg tau tak, tadi sebelum aku plan nak tido, aku bukak sat blog ni. Tengok komen2 baru yang ditinggalkan oleh insan2 kat post latest aku. Kemudian korg tau tak aku perasan ape??


Ada sesuatu menarik kat shoutbox aku tu. Cuba korg tengok kat bawah ni.




Korg nampak tak? nampak tak apa yang aku bulatkan tu? 


Mr H.A! Sape tu? Mr Hami Asraff weiii! Sila hempuk diri korg sendiri & jangan mengku blogger kalau korg tak kenal die ni sape haha.


Mula2 aku wonder sendiri sapela H.A ni. Ingatkan perempuan. Sekali aku klik, sampai terus kat blog die. Ya Allah, ni blog feveret aku kut. Sejak dulu lagi. Aku baca tiap2 post. Senang cite sume post dari awal la. Siap like kat fb. Tapi aku selalu jadi silent reader je la. Komen kadang2 je.


Walaupun hanya sekadar memberi senyuman, aku seronok kut. Yela, follower die ni 3000 lebih kut, kalau ko jadi antara blog yang dipilih untuk dilawat walaupun seketika, tak ke bertuah tu??? Pastu aku ni mana penah tinggal jejak kat blog die, tu yang aku excited terlebih ni macamana la die ni boleh sampai blog aku.


'Eleh, macamla H.A ni visit blog ko je. Blog lain pun mestilah die visit jugak sambil bagi smile' - mungkin ini yang terdetik kat hati korg kan?


Haha aku tak kesah itu semua. Janji aku bahagia~ *sambil senyum sorang2*

Saturday, 15 October 2011

Aku Nak Konvo Oi!

Assalamualaikum Warahmatullah...


Cer korang tengok blog aku sekarang. Sunyi sepi je aku rasa. Kalau dulu bilangan follower blog aku ni sehari leh sampai 25 org, la ni sehari naik satu je. Kalau dulu, almost tiap2 hari aku update blog, sekarang ni macam jarang2 je. Dulu aku rajin gile singgah blogwalking kat blog2 korg, tapi kali ni nak membalas visit pun aku tak sempat.


Serius aku busy gile sekarang weh!


Aku dah nak konvo 22hb ni. So harini aku gi amik jubah konvo. Aku pun dah start study sebab aku dah nak start posting bulan depan, sebagai sorg pharmacist kat hospital gomen, insyaAllah.


Jadi pharmacist tak senang weh. Nak kene keje ngan doktor nurse sume. Kalau dorg tanya pasal drugs, aku kena tau jawab. Aku nak kena hafal nama2 ubat, kegunaan die, side effect dia, mechanism of action dia, kelas2 dia. Banyak wei. Mana aku ada masa nak update blog tiap2 hari beb. Huhuhuhu. Tapi bukak fb ngan twitter boleh le pulak.


Sory banyak korg yang tinggal jejak kat shoutbox tapi aku tak visit korg balik. Sory kalau ada yang folow aku, aku lupe folow balik. Sory kalau aku dah jarang komen kat blog korg. Sory sory sory.


Aku harap korg doakan la kejayaan aku ye. InsyaAllah asal ada masa je, aku rasa nak update, aku update okeh. Asal ada masa, aku singgah baca blog korg. Korg jangan unfolow aku tau. Huhuhu. mode gedik dah keluar -____-


Ni aku saje nak tunjuk gambar pre convo aku hehe. Ni pas aku amik jubah tadi :D


Sorylah beb. Miss A belum boleh tunjuk muka lagi hehe.



Jumpa korg untuk entry akan datang. Mehla datang carik aku konvo 22 haribulan ni kat UiTM Shah Alam, hehe. opss terbagitau pulak. Jangan lupa bawak bunga tau, haha.

Bye korang. Assalamualaikum.

Wednesday, 12 October 2011

Monday, 10 October 2011

Bulan Malam Ni Cantik Gila Weh.

Assalamualaikum Warahmatullah..


Tadi aku bukak twitter. Tiba2 aku perasan semua org duk tweet pasal bulan. Kata bulan lawa la sume. Aku pun bukak fb. Ingat nak tengok gambar kalau ada sape2 yang dah upload. Takde la pulak. Rupanya kat fb lambat skit daripada twitter. Takde sape pun buat status pasal bulan.


Disebabkan rasa curious yang membuak2 dalam hati, aku pun terus amik kunci bukak pintu rumah. Nampak dah kat luar terang disinari cahaya bulan. Tapi aku dongak tak nampak pulak bulannya. Maka dengan rajinnya aku pun bergerak ke halaman rumah. Kemudian aku dongak ke atas sekali lagi.


Ternganga terus mulut aku time tu. Apa org putih kata, jaw drop, ha macam tulah. Spontan mulut aku ucap Subhanallah. Cantik gila bulan malam ni. Serius.


Bulan masa tu dahlah penuh, pastu ada pulak lingkaran cahaya kat keliling bulan tu. Aku yang tak pernah tengok fenomena alam seperti ini terus rasa excited. Berlari la aku kedalam untuk ambil kamera. Konon2nya ank snap gambar bulan tu padahal kamera aku bukanlah canggih mana pun.


Aku keluar2 je balik tengok2 dah ada awan tebal tutup separuh lingkaran bulan tu. Hampa aku jap. Tapi aku still snap gak gambar bulan tu. Bila masuk laptop same je, tak nampak pun lingkaran bukan tu walaupun aku dah edit bagi terang. Tak apelah. Bila aku bukak fb balik dah ramai org post pasal bulan. So aku pun pinjam la gambar bulan ni untuk letak dalam blog ni untuk tatapan korang.


Inilah bulan malam ni, cantik siap dengan cincin lagi.

Sebagai seorang pelajar Sains yang senang curious atas benda2 yang terjadi seperti ini, aku pun rajin la menggoogle untuk carik macam mana la fenomena alam ni boleh berlaku. Akhirnya aku dapat jawapannya. Korg yang curious gak macam aku sila la klik kat link ini ye kalau nak tau.

Aku harap lepas ni aku berpeluang lagi untuk melihat dengan mata kepala aku sendiri ciptaan2 Allah yang indah seperti ini. Serius kadang2 dengan memerhati ciptaan dan kejadian Allah yang indah tanpa sedikit pun cacat cela ni mampu mendatangkan rasa insaf pada diri sendiri.

Korang yang tengah baca ni ada nampak tak? Sebab ada kawan2 aku yang teringin nak tengok tak nampak. Sebab awan tebal la, tak boleh keluar rumah la. Kesian diorang.

Kalau korang nampak gak bersyukurlah. Untunglaaa sebab korang dipilih oleh Allah untuk lihat dengan mata kepala korang sendiri fenomena alam ni. Sebab mungkin fenomena ni kita hanya berpeluang untuk lihat sekali je dalam seumur hidup. 

Sekian untuk kali ni. Thanx weh sudi baca entry ni. Assalamualaikum wbt.