Tadi aku bukak twitter. Tiba2 aku perasan semua org duk tweet pasal bulan. Kata bulan lawa la sume. Aku pun bukak fb. Ingat nak tengok gambar kalau ada sape2 yang dah upload. Takde la pulak. Rupanya kat fb lambat skit daripada twitter. Takde sape pun buat status pasal bulan.
Disebabkan rasa curious yang membuak2 dalam hati, aku pun terus amik kunci bukak pintu rumah. Nampak dah kat luar terang disinari cahaya bulan. Tapi aku dongak tak nampak pulak bulannya. Maka dengan rajinnya aku pun bergerak ke halaman rumah. Kemudian aku dongak ke atas sekali lagi.
Ternganga terus mulut aku time tu. Apa org putih kata, jaw drop, ha macam tulah. Spontan mulut aku ucap Subhanallah. Cantik gila bulan malam ni. Serius.
Bulan masa tu dahlah penuh, pastu ada pulak lingkaran cahaya kat keliling bulan tu. Aku yang tak pernah tengok fenomena alam seperti ini terus rasa excited. Berlari la aku kedalam untuk ambil kamera. Konon2nya ank snap gambar bulan tu
Aku keluar2 je balik tengok2 dah ada awan tebal tutup separuh lingkaran bulan tu. Hampa aku jap. Tapi aku still snap gak gambar bulan tu. Bila masuk laptop same je, tak nampak pun lingkaran bukan tu walaupun aku dah edit bagi terang. Tak apelah. Bila aku bukak fb balik dah ramai org post pasal bulan. So aku pun pinjam la gambar bulan ni untuk letak dalam blog ni untuk tatapan korang.
Inilah bulan malam ni, cantik siap dengan cincin lagi.
Sebagai seorang pelajar Sains yang senang curious atas benda2 yang terjadi seperti ini, aku pun rajin la menggoogle untuk carik macam mana la fenomena alam ni boleh berlaku. Akhirnya aku dapat jawapannya. Korg yang curious gak macam aku sila la klik kat link ini ye kalau nak tau.
Aku harap lepas ni aku berpeluang lagi untuk melihat dengan mata kepala aku sendiri ciptaan2 Allah yang indah seperti ini. Serius kadang2 dengan memerhati ciptaan dan kejadian Allah yang indah tanpa sedikit pun cacat cela ni mampu mendatangkan rasa insaf pada diri sendiri.
Korang yang tengah baca ni ada nampak tak? Sebab ada kawan2 aku yang teringin nak tengok tak nampak. Sebab awan tebal la, tak boleh keluar rumah la. Kesian diorang.
Kalau korang nampak gak bersyukurlah. Untunglaaa sebab korang dipilih oleh Allah untuk lihat dengan mata kepala korang sendiri fenomena alam ni. Sebab mungkin fenomena ni kita hanya berpeluang untuk lihat sekali je dalam seumur hidup.
Sekian untuk kali ni. Thanx weh sudi baca entry ni. Assalamualaikum wbt.
12 comments:
dpt tgk jgk, ALHAMDULILLAH ;) siap bt entry lg hahaa
mlm smlm k miss A?? wawawa.. jelez.
-.-'
smlm kusyi tido awal. dek telan ubat batuk. :(
kalau ambik guna kamera henset haram tak namapak apapun~keh keh~~
Maha Pencipta..
malam td kt sini hujan sepanjang malam, mana nak nampak ujan! heheh
lari ke luar laju2 bwk kamera sbb nk tgok bulan :)
semalam mmg layan tgk bulan.. :}
nway, ini wajah baru ke.. kenapa nmpk lain background miss A ni..
teringat pasal bulan ble mbr yg duk Australia tulis kt status dia "melayan fenomena bulan di malaysia". tercengang cengang jap sebab aku LUPE langsung nk tgk bulan tuh! alahai..huhu..
subhanaAllah..cantikkan..malam ni pun de bulan.xyah gi beranda,duk ruang tamu pun leh nampak bulan sekarang ni.
okay , x sempat nak tengok. buat penat aku lari keluar dari mini library ( nasib baik tak jatuh tergolek ) semata-mata nak tengok bulan./
tapi x dpat tgk ;(
http://twins-detwin93.blogspot.com/2011/10/inspiring-video.html
cer tengok this video
izzah : aku dh baca gak entry ko pasal bulan tu hehe
kusyi : oh telan ubat batuk? xpe2 ada banyak gambar bulan tu org post leh tengok hehe
bujal : haha aku memang pakai kamera henset mula2. gambar mcm haram. last2 aku tukar amik kamera gak.
Iwanski : Subhanallah :)
Bapak : alamak, hujan? xde rezeki la nampaknya.. nk buat macam mana kan?
sis92 : hehe samelah kita. dapat tak gambar moon ring nye?
FM : peh siap layan prasaan lagi.. eh xdela.. xpenah tuka pun background ni hehe
hani : alahai... xpe2.. lain kali kut2 ade lagi fenomena ni kena cepat2 tengok okeh.
maya : wah, boleh tengok dari dalam umah? untunglaa... aku siap kena pergi halaman rumah lagi tgh2 malam tu.
nazrul & syaza : alalala... siap berlari2 lagi tapi xdapat tngok.. xpe2 xde rezeki.. mungkin lain kali kut Allah bg can.. okeh skrg gak aku tngok video tu :D
eh! harini baru aku perasan pasal bulan cantik? awat aku taktau pom! huk3
Post a Comment