Untuk post kali ni, aku cuma nak share apa yang aku tengah rasakan sekarang. Yup, aku sedang jatuh hati. Sejak beberapa minggu yang lepas. Malangnya, pada orang yang salah. Macam mana aku tau insan tu salah?
Sebab aku dengan dia sungguh vice versa. Macam langit dengan bumi. Dia hensem, putih melepak. Wajah aku pulak biasa2 aje. Dia pada aku agak perfect. Sekarang dia student master, dan mamat ni sungguh adventurous, pandai masak, pandai menulis, banyak la yang dia serba serbi lagi better dari aku. Aku? jenis introvert, suka duduk rumah. Ada degree je. Tak kerja lagi. Skill memasak dengan menulis aku pun biasa2 aje. Dan dia ni jugak jenis cool, tak layan perempuan sangat. Which pada aku memang agak susah la nak tekel kalau perangai dia macamtu. Huhu.
Dia ni la punca aku stop tulis kat blog aku yang dulu. Sebab blog aku tu dia folow & baca. Dan aku rasa segan bila dia baca post2 aku walaupun ada je post aku yang dia kata best. Entahla, berdepan dengan mamat ni buat aku hilang keyakinan. Ya Allah, kenapa la aku perlu jatuh hati ngan dia?
Dan satu lagi fakta pasal dia ni, dia ni 1st love kawan baik aku masa sekolah rendah. Yup, aku kenal mamat ni sejak sekolah rendah tapi kitorg tak pernah rapat sebab aku lagi rapat dengan besfren dia. Dan kitorg pernah berjumpa beberapa kali selepas sekolah rendah. Dan medium pengantara aku dengan dia hanya blog semata2. Siapa sangka kan yang akhirnya aku akan jatuh hati dengan sorang kawan sekolah yang aku jarang cakap pun dulu?
Ada org kata benda2 jodoh ni kuasa Allah. Kita takde hak nak tentukan. Tapi jauh kat sudut hati aku, aku dapat rasa yang aku memang bukan untuk dia. Ada banyak lagi gadis2 yang jauh lagi better kat luar sana tu yang sesuai untuk dia.
Kalau korang berada di tempat aku, apa yang korang akan buat? Usaha habis2an buang perasaan
Tolonglah aku. Aku dah lost.
10 comments:
Dulu, time kecik molek pernah jugak jadik macam ni, tapi sekejap je la, sbb tak pandai nak bercinta[ ngengade time ni ], tu yang salah pilih orang ..
Kalau macam cerita awak ni, awak patut buat istikharah, yela orang kata jodoh ditangan tuhan .
Apapun yang berlaku dan yang akan berlaku kita refer pada Tuhan . Allah pasti menolongmu ;D
fiza, saya ada rasa mcm nk buat istikharah.. tapi lepas tu sy rasa perasaan ni mainan syaitan semata2, mungkin saya tak patut layan.. so saya decide nk biar perasaan ni hilang dgn sendiri satu hari nanti.. apepun terima kasih bnyk ye sudi komen :)
doa banyak2..mintak dgn Tuhan klu die jodoh awak..dekatkan die..klu bukan..jauhkan die dr diri awak...
yang paling penting..berserah lepas segala usaha yg awk dah buat.. ;)
ieyla, terima kash ye untuk komen tu.. tulah, saya takde pengalaman la pasal hal2 cintan cintun ni, tu yang agak lost & blur ni.. thnx banyak ye sudi bg pendapat.. really2 appreciate it :)
awak tahu jawapannya :)
anda pasti tahu apa yang pett anda lakukan..trust ur self
myera & pendamba mawar : sy pun dpt rasa finally sy tau apa yg sy harus buat. thnx bnyk ye sbb sudi komen :)
ohhh..perasaan tulus tu, datang tanpa diundang..
tiba masanya kalau bukan jodoh awak dengan dia, perasaan tu akan pergi sendiri...
suka tak bermakna perlu memiliki....
.senyum.
:)
memang tuhan sengaja bagi jumpa orang yang salah dulu sebelum jumpa dengan yang benar2 tuk kita. Tapi itu tak bermakna kita kena berhenti mencuba kan.
pendapat aku sbg orang yang mkn garam lebih sikit dr ko..apa salahnya cuba. cuba jadi kawan dia bukan kekasih. drp kawan kita akan tahu dia bagaimana. sebab kita dengan kengkawan takkan sorok perangai sebenar.
cuba dan kemudian gagal tu lebih bagus daripada ko tgk dia dikebas pompuan lain yg mungkin pompuan tu lebih kurang drp ko.
yg penting ko jadi diri ko. Langkah ke 1000 tu semua bermula dengan langkah pertama.
gambate!fighthing!
Post a Comment