CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Current Status

- Tak payah susah2 carik nuffnang. Aku memang tak letak kat blog ni hehe.

- Sorry sebab lately ni aku takleh nak BW kat blog2 korg sebab duk prepare untuk posting. Mintak maaf banyak2 ye, Tapi aku appreciate korg yang sudi baca & komen entry aku :)
.

Friday, 23 September 2011

Cara2 Awek Untuk Menekel Mamat yang 'Cold'

Assalamualaikum Warahmatullah..


Hello pembaca2 semua (blog aku ni ada pembaca ke?) Untuk post kali ni aku nak share tentang cara2 bagi seorang awek untuk menekel jejaka2 di luar sana yang cold atau dalam bahasa melayunya, dingin.


Maksud cold disini adalah bersikap dingin, tak berapa nak friendly, terutama dengan gadis2 yang dia tak berapa nak kenal. Kiranya macam kalau ada awek2 hot dan cun yang nak try ngorat atau bagi2 hint tu dia buat tak layan je la. Dan biasanya mamat2 cold ni dia smart, alim, pendiam, dan selalu diusha oleh para2 awek di luar sana.


Tips2 ni aku tulis berdasarkan pemerhatian aku sendiri. Aku ada ramai sangat kawan2 perempuan yang berjaya merebut hati jejaka2 dingin ni tanpa perlu memiliki paras rupa yang cantik. Tak perlu nak mekap2, tak perlu nak ada body slim. Sebab mamat2 cold ni smart enough untuk tidak tergoda dengan ciri2 luaran seperti itu. Dan kawan2 perempuan aku ni semua ada ciri yang sama. Dan ciri2 tulah yang aku nak list downkan kat bawah ni.


Em, dan aku rasa tips2 ni maybe jugak boleh dilakukan oleh mamat2 yang nak try tekel awek2 yang bersikap cold jugak. Cuma ada certain2 cara tu kena modify la. Pandai2 korang sendiri la. So here it goes :


1) Bersikap caring atau mengambil berat


Of cos ramai kat luar sana yang tau, lelaki mudah cair dengan gadis2 yang sudi mengambil berat tentang keadaan diri mereka. Aku maksudkan kat sini bukan korg sibuk2 nak amik tau apa yang dia buat sume, bukan. Cuma kalau korg perasan kat status fb die or twitter die ke, ada dia mengadu dia tengah stress/tension, ataupun dia tengah tak berapa nak sihat contohnya tengah demam or sakit tekak, korang rajin2la menegur. Tanya khabar dia, korang ok ke tak? Kalau sudi sharela kenapa. Mana yang sakit tu suruh makan ubat, rehat cukup2, take care.


Taknak bagi nampak korg macam menggatal? Korang bersikap caringla dengan kawan2 korang jugak, bukan kat dia sorg je. Bila korg pun amik berat hal kawan2 korg kat fb atau twitter, mesti dia boleh baca kan status2 atau tweet korang tu. So sikit sebanyak dia taula yang korang ni tak hipokrit. Sambil2 tu korg pun boleh melatih diri bersikap concern ngan kawan2, makin bertambah2 la kawan korg. Sambil menyelam minum air. See?


Kalau dia tau korg caring ngan org tua lagi bagus. Bertambah2 cair la dia nanti.

2) Tunjukkan skill/kebolehan yang korang ada kat dia

Maksud tunjuk kat sini bukanla saje2 menunjuk depan dia tiba2 tanpa sebab, nanti menyampah pulak dia sebab ingat korg ni jenis yang suka show off. Maksud aku, kalau korang terer memasak ke, buat kek ke, melukis ke, berpantun ke, ha tunjuk kat dia skill korang tu, tapi kena ada cara gak la.

Contohnya, kalau korg terer masak atau buat kek, cuba korg try buat satu juadah then bawak pegi kelas atau kat tempat2 pertemuan korg ngan dia. Bila dah bawak tu offer la dekat kawan2 korg, offer kat dia sekali. Bila dah makan tu sure dia kagum punya. Nak2 kalau kawan2 korg puji sedap, memang bonus la tu. Zaman sekarang ni mana ada ramai girl2 yang terer bab2 masak memasak ni kan? Nanti mesti dia terpikir, korang ni sesuai dibuat calon isteri ni, hehe.

Kalau korang terer melukis atau menulis, korg tunjuk skill korang tu, buat poster atau article untuk board faculty korang ke. Ataupun senang kalau ada pape pertandingan faculty buat, macam pertandingan melukis ke, pantun ke, syarahan ke, korg join aje. Bila hari pertandingan tu, just buat dengan yakin dan terbaik. Kalau dia jadi salah sorg audiens dan tengok pulak skill korg tu, sure2 dia senang cair punyela. Serius.

Alolo comey.

3) Pakai pakaian atau berperibadi sesopan yang mungkin

Selalunya mamat2 yang tak berapa layan perempuan ni, lebih 50% daripada diorang jenis yang alim2 macam ustaz gitu. So kalau korg ni jenis yang suka pakai pakaian yang ketat, nampak bodyshape korg, jenis yang suka set rambut, rebonding ke, dye ke, then pakai heels pegi kelas, agak2 dia akan tertarik ke? Hm, kalau aku jadi laki tu, sikit pun aku tak pandang korg kut.

Mamat macam ni taste dia gadis2 yang sopan. Gadis2 yang bertudung, dengan muka yang sweet dan suka senyum. Muka pun suci je daripada sebarang jenis makeup yang berlebih2an. Cakap pun lembut je, tak tinggi suara, tak ketawa mengilai2 macam pontianak.

So kalau korg ni memang pakai tudung, takyah la pakai baju yang ketat2. Longgarkan dan labuhkan sikit baju tu.Tudung pun labuhkanla sikit tutup dada, jangan pakai yang jarang yang boleh nampak rambut tu. Kalau korang yang free hair, elakkan pakaian yang seksi2 dan singkat2. Rajin2la pakai baju kurung atau skirt, yang menampakkan korang lagi ayu lepas pakai. Sejuk mata mamat tu memandang, kan?

Tapi cara ni hanya berkesan kalau korang tau taste mamat tu macamana. Ada mamat yang suka seksi2 ni, ada yang tak suka langsung. Pandai2 korang la nak korek macam mana.

Tenang je rasa kalau dapat awek macamni.


4) Tunjukkan yang korang ni pun jenis smart atau independent lebih kurang dia


Mamat2 dingin ni selalunya sangat2 tak suka dengan awek2 yang gedik tak bertempat, dan juga bodoh. Bodoh kat sini maksud aku nampakla yang tahap pemikiran awek tu rendah sangat, jauh beza dengan dia. Bila diorg cakap pun boleh nampak, benda2 yang dicakapkan tu kosong, tak ada isi. Lagi satu yang tak reti nak buat kerja sendiri. Asyik2 nak berteman, asyik2 nak kena org lain tolong, tak pernahlah ada kerja yang dibuat tu 100% hasil kerja awek tu sorg je.


So kalau korg perasan korg ada sikap macamni, sila kikis cepat2. Banyakkan membaca, tak kisahla baca paper ke, berita online ke, majalah2 info macam solusi ke, apa2 la yang ada sentuh isu2 semasa atau general knowledge. At least kalau korg ada peluang bersembang ke, korg boleh cakap balik benda2 yang korang baca, dan maybe apa korg cakap tu boleh impress dia. Kat kelas, rajin2la jumpa lecturer ke untuk bertanya, so dia tau korg ni jenis yang pay attention dalam kelas.


Kalau nak cuba nampak independent, korg tulis je kat status2 fb atau twitter korg, bagi dia baca. Contohnya korg cakapla korg tengah buat part time work ke, ko tengah buat research project ko sorg2 ke, ape2la yang nampak macam korg ni jenis yang boleh buat kerja sendiri. Takpun kat fakulti atau tempat kerja, korg cuba buat kerja ngan yakin sorg2, walaupun tak berteman. Nanti bertambah2 kagum dia kat korg.


Sumtimes awek pakai spek memang nampak smart.


So takat ni jelah tips2 aku untuk harini. Korang yang rajin tu cubalah try, kut2 menjadi ke kan. Kalau korg buat jadi, sila2 la bagitau aku. Serius aku nak cuba.


Ok, tahnx ye sebab sudi baca benda yang aku tulis panjang berjela ni. Gudluck bagi yang nak try :)