CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Current Status

- Tak payah susah2 carik nuffnang. Aku memang tak letak kat blog ni hehe.

- Sorry sebab lately ni aku takleh nak BW kat blog2 korg sebab duk prepare untuk posting. Mintak maaf banyak2 ye, Tapi aku appreciate korg yang sudi baca & komen entry aku :)
.

Monday, 26 September 2011

5 Jenis Lelaki yang Sering Diusha Oleh Para Aweks

Assalamualaikum Warahmatullah..

Ye, aku tau ramai jugak para bloggers yang senior, yang lebih awal berblogging dari aku dah tulis entry2 macam ni. Tapi still, aku nak menulis berdasarkan perspektif aku pulak. Eh kejap, bukan aku sorang la, ni termasuk kawan2 satu geng aku jugak. Biasalah kan, org perempuan kalau dah berkumpul sekali, mesti nak bergosip2 punya. Dan salah satu topik gosip mestilah include type2 mamat yang sering diusha time kat kelas atau ofis. Ala, tapi aku tau, kalau lelaki2 yang duk melepak kat kedai mamak pun, korg ade je gosip2 pasal perempuan ni kan? Jangan nak tipu. Heheh.


Dan aku listkan kat bawah ni mengikut susunan. Kira yang paling atas tu yang paling ramai usha la. Tapi aku remind balik, ni point of view aku & member2 aku je. Kalau ada yang tak setuju mintak maaplah ye. So buat para2 jejaka kat luar sana, sila check satu2 whether korg ada ciri2 kat bawah ni atau tak :


1) Mamat yang sempoi, kelakar & senang ngam ngan sesape.


Kalau aku la kan, aku rasa mamat yg funny ni memang sangat2 attractive. Kalau korg lepak sekali ngan mamat ni, memang rasa happy je sebab asyik nak gelak memanjang. Ada je lawak2 dia yang buat korg mesti ketawa tak hengat punya. Dan lawak2 dia bukan lawak2 bodoh & sengal, tapi lawak2 yg smart. Dan mamat2 macam ni memang seronok dibawak lepak ngan kawan2 korg, even family korg sekali pun boleh. Sebab diorg ni memang senang je nak masuk ngan sape2, nak bual apa2 topik je pun boleh.


Kalau korg ada masalah, memang mamat ni la yang akan tolong upkan mood korg. Dan kalau korg kuar date ke, hang out ke, memang takkan rasa janggal la. Ada je benda yg mamat ni cakap yg buat korg rasa selesa & senang hati. Ha, try usha mamat2 funny macam Nabil ke, Mamat Sepah ke, gf diorang bukan calang2 beb.


Dahla kelakar, soleh lagi. Comel lagi. Aduh aduh.


2) Mamat yang agak tinggi pengetahuan agamanya.


Kat kelas, mamat ni la yang selalu baca doa bila ada lecturer mintak. Time event2 pun, dia ni la yang kat podium tu baca doa sebelum majlis start. Kat surau2 fakulti atau ofis, mamat ni la yang sering jadi imam. Paling cikai pun jadi bilal atau tukang baca doa. Time ada majlis2 bacaan Yassin atau tahlil, dia ni la yang conduct. Dan semua ni dia buat secara sukarela, tak perlu nak dipaksa atau ditolak2 oleh org lain. Dia tahu yang dia arif perkara2 ni, dan dia sendiri volunteer nak buat.


Kalau korg jadi perempuan, apa korang tak cair? Pastu penampilan dia takdela alim sangat. Takdela sepanjang masa berkepit dengan kopiah dan tasbih. Penampilan dia biasa2 sahaje, tapi ilmu agama yang dia ada memang cukup mengagumkan. Tak semua lelaki zaman sekarang ada. Pastu muka dia bersih pulak. Nampak sangat memang golongan mamat yang baik2. Dan lelaki macam nilah yang selalu jadi perhatian para gadis yang inginkan calon suami dunia akhirat. Para gadis yang baik2 jugak. Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Setuju?


Sejuk je mata tengok mamat2 yang berdoa macamni.


3) Mamat yang berpenampilan smart dan juga berfikiran smart.


Smart tu luas maksudnya, samada dari segi penampilan atau cara berfikir. Dan mamat yang berpenampilan smart ni sentiasa beri 1st impression yang baik kepada org lain. Pada aku, mamat yang smart ni dia sentiasa nampak kemas. Rambut dia sentiasa dikemaskan, kalau panjang pun dia tau nak gayakan biar nampak tak serabut. Kalau bela janggut atau misai, dia jaga elok2 biar tak nampak messy. Pakaian dia pun simple je, tak kotor, dan komot2. Dan aku rasa mamat yang pakai spek lagi extra smart. Korang lak macam mana?


Berfikiran smart ni pulak, maksudnya dia fikir out of box. Dia mampu pikir apa yang org lain tak terfikir pun. Kat kelas, time presentation ke or time meeting2 boleh nampak mamat2 macam ni. Idea2 atau soalan2 yang diberi pada lecturer memang bernas. Dan mamat macamni biasanya seorang survivor. Campak la kat mana2 tempat kat ceruk muka bumi ni, dia boleh je hidup. Sebab dia boleh pikir macam2 solution untuk satu jenis masalah. Mamat macam ni la yang amat2 diperlukan bila para aweks ada problem.


Takpelah spek ko old skool pun. Aku tetap rasa ko smart. Heheh.


4) Mamat yang berkepimpinan & berkeyakinan tinggi.


Cuba korg tengok presiden persatuan2 kat fakulti korg, atau MPP ke, korg perasan tak yg diorg ni semacam ada satu aura yang boleh buat para aweks cair & kagum dengan diorg? Pastu bila diorg ni bagi ucapan ke, atau tengah berforum ke kat majlis2, nampak benar terserlah kewibawaan diorang. Diorang ni pun boleh jadi survivor gak. Dan mamat macamni sentiasa diusha oleh para aweks sebab diorang tau dengan mamat seperti ini, diorang boleh mendapat perlindungan dan pertolongan bila diperlukan.


Dan mamat yang berkeyakinan tinggi ni, ilmu pengetahuan diorg pun cukup tinggi. Sebab tu diorg yakin je bercakap tentang benda2 yang diorg tahu. Lagi satu, mamat ni jenis amanah dan boleh dipercayai. Para aweks boleh je share masalah tanpa perlu rasa bimbang. Mamat yang berkepimpinan juga adalah contoh seorang calon suami yang dicari2. Sebab mamat ni boleh memimpin keluarganya ke jalan yang benar dan diredhai Allah.


Leader grup yang berkarisma. Dan hensem. Pehhh.


5) Mamat yang muka je nampak ganas, tapi sebenarnya gentleman & baik hati.


Dulu aku ada sorg klasmate lelaki. Masa belum2 kenal rapat tu aku ingat mamat ni jenis brutal. Kepala botak, muka bengis je. Pakaian pun selekeh je. Pastu umur dia ni memang tua sikit dari kitorg. So mamat ni dicop otai. Ramai gak budak2 gurl yang tak berani nak dekat ngan mamat ni.


Lama2 kitorg dapat tau yang mamat ni gentleman. Bila bukak pintu dewan kuliah, walaupun masuk awal, dia akan pegangkan pintu tu bagi budak2 gurl belakang dia semua masuk. Bila time meeting tak cukup kerusi, dia offer kerusi kat budak gurl kemudian dia berdiri. Bila dia ada tumpangkan gurl naik kereta, dia akan make sure gurl tu selamat sampai rumah, baru dia balik. Kalau tak sure dia sanggup tunggu. Bila ada lecturer mintak tolong, dia yang 1st offer. Kemudian apa lagi, terus mamat ni jadi hot dikalangan budak2 perempuan satu batch. Despite muka dia yang agak brutal tu.


Yelah, cuba kalau korg tengok muvie2 atau drama, banyak je hero2 samseng tapi sebenarnya baik hati. Member aku penah nampak mamat muka samseng tolong makcik lintas jalan, bagi sedekah kat pengemis, bagi kucing makanan sikit kat kedai makan. Aku dengar pun dah cair. Belum jumpa depan2 lagi. Kalau korg pun jumpa depan2 mamat macam ni, sure leh sangkut kan?


Muka samseng macam botak juvana nih. Tapi hati baik.


So tulah dia aku listkan 5 jenis lelaki yang kitorg para aweks ni suka usha. Korg2 yang lelaki ni, cuba tengok, ada tak at least satu ciri2 kat atas ni? Kalau ada bersyukurla. Mungkin ada awek2 kat luar tu duk usha korg tapi korg tak perasan. Mana yang tak ada ciri2 ni, usahakan la sampai ada. Dan mana yang ada lima2 ciri kat atas ni, sila kontek aku personally. Aku nak buat calon bf. Keh3.


Ok2 ayat last tu aku tipu. Thanx banyak la korg yang sudi baca. Korg yang baca satu2 apa aku tulis dalam entry aku ni, i sayang u lebih la. Mmuuah! :D

24 comments:

EyA edamanhatiku

utk EyA..yg no 1 tu pling2 utama skale..like llaki klakar hehe

DRC

oooooooooooo....

kusyi

yang berbadan sasa takde ke? HAHA.. yg berbadan sasa.. nmpk gns.. tp baik hati.. huahua~

i sokong yg ilmu agama tuh... sukesuke..

Anonymous

nice entry ^^

Anonymous

hahah lawak eh matsumoto jun berkepiah janggut bagai..

Green Apple

botak (juvana) juga yg terpilih jadi model kat sini...

Unknown

Wah..semua ciri-ciri idaman kalbu..tapi mana ada yg perfect kan..tak dpt 5 ciri dapat 4 pun jadila :P

Miss A

eya : kan2? lelaki kelakar memang best weh.. baik sbg besfren mahupun pakwe heheh.

DrCeria : Haa baru ko tau?

kusyi : kitorg yg sasa2 ni mcm geli sikit la. keh2. yang sedang2 okla kut :D

radzif : mekasih banyak sudi baca weh :)

makngah : oh matsumoto jun ke tu? padanla muka macam familiar.. kartun2 pun aku rase gmbar tu hensem keh2.

green apple : tula cakap pasal samseng terus ingat botak juvana nih heheh.

diana : tula nak semua sekali macam susah giler nak carik je. dapat sorg mamat yg ada satu ciri aku dh cukup bersyukur :D

ataicha

baru ingat nak apply jadi calon BF.. hehehe.. tapi ianya tipu sahaja.. huhuhu

izzahdegreat

serius nak jenis 1 dan 2...wah2 ;)

cik jannah

haha. suka yang last.

fatin

hi miss A. :]
x tahu nk komen apa.. mantop dah..
hee~

ctk

semua ct usha...hahaha

Miss A

ataicha : ada lima2 ciri tak? kalau ade boleh je.. keh2

izzah : kan2? kalau dapat yg alim plus funny mmg trbaik la~

jannah : ha, suka muka samseng eh? heheh. samseng hati baik xpe..

fatin : mantop ke? wahhh mekasih2.. kembang den dongar haha

ctk : haha. usha skali xpe. jgn usha bnyk2 kali, x elok :p

diba

pnampilan tu sbhagian besar menunjukkan cirinya..hee

Kgibs

suke no.5. memang betul pun :)

Unknown

suka dengan entry ni. sebab aku rasa aku macam ada dua tiga ciri2 lelaki dalam entry ni(perasan)hakhakhak ;P

Aien Not Alien

kawan saya ada yang macam no.5

muka dia memang ganas...tapi hati gila pink..

Miss A

diba : yup, betul2. sbb tu 1st impression tu penting kan?

Kgibs : haha. mesti pakwe cmni eh. heheh.

syafiq : wah yeke? ala apsal 2, 3 ciri je? kalau sume ada aku dh request jd bf aku dh. wahaha.

aien : hati gile pink? apela die buat eh? layan cite korea smbil nangis ke? hehe.

hani

macam dh terdapat yg no 2 dan sipi2 no 3 je..wahaha!! yeh,perasan tak habes!

Sha

alahh kalo btul pn ape slhnye...

xyhlah bf sangat...buat calon suami trus kan bagus...hahaha

tpi kan btul la weyh ape yg ko cite nih..sume jenis laki nih ak usha..tpi plg ak suke usha yg no 2 tuh..kehkehkeh..*gedix tak?ahaks*

yg no 5 tuh, ak dgr pn cair wooo..blom lgi jmp dpn2..uihhh

Kodet

Yeah , nombor 1 , 2 , 5 dah miliki . Tetapi apakan daya rupa tak ada. Tak pernah lagi couple setakat ni , takde yang mahu.

Miss A

hani : waaa dah dapat num 2? susah nk xcarik tu weh. num 3 pun sipi2? jadila tuuu :D

sha : haha manade ko gediks. aku pun lebih suka usha yg num 2 tu. tapi kalau jumpe lima2 sekali memang aku ngorat betul la. lantak la org len nk cakap ape hahaha

kodet : ala, ape num 3 ngn 4 takde? kalau tak leh gak aku kapel ngn ko :P

HANEA RHINE

yup..betol, setuju sgt2 la ng entry u kali ni :)

Mmg cair kalo mamat tu gentlemen,berkepimpinan and tinggi ilmu agama...senang :)