Assalamualaikum wbt..
Aku tau kat sini ramai yang bukan lagi single mingle macam aku ni ha. Boleh kata semua pun dah ada bf/gf masing2. Cuma tunggu time yang sesuai je nak kahwin, kan? kan? Yela, nak kahwin ni bukan senang. Nak kena kerja dulu la, kumpul duit dulu, dah betul2 sedia baru nak kongsi hidup ngan org lain dulu la, macam2 lagi la.
Tapi jodoh pertemuan ni semua kerja Allah. Ada kes, tak kira betapa hebatnya kisah percintaan antara mamat ngan minah tu, kalau dah Allah kata 'Tak', takkan kemana jugak depa.
So untuk entry kali ni, aku dedikasikan khas buat korg2 yang tengah patah semangat lepas ditinggalkan kekasih hati. Ni khas untuk yang ditinggalkan tau, bukan yang meninggalkan, ada paham? Beza tu. Kut2 kalau ada member2 korg pun tengah frrust sambil tertonggeng2, sila la bagi sikit kata2 semangat yang aku selalu bagi kat member2 aku nih.
1) 'Dah tak ada jodoh, nak buat macam mana kan? Terimalah hakikat tu, yang dia bukan untuk ko. Mungkin ada insan lain kat luar tu yang sebenarnya menunggu untuk dipertemukan dengan ko. Kalau ko ngan ex ko tu memang ada jodoh, dia tetap akan kembali kat ko, kahwin dengan ko, walaupun korg clash 10 kali pun. Jangan risaulah'
2) 'Kadang2 tak semua benda yang kita nak kita akan dapat. Banyak benda kat dunia ni yang dipinjamkan sementara je kat kita, termasuklah perasaan cinta dan sayang. Bila perasaan tu hilang ditarik balik, kita kena redha. Mencintai tak semestinya memiliki. Kalau itu yang dia nak, dan itu yang buat dia bahagia, kita kena lepaskan dia'
3) 'Bersyukurlah yang korg tu dah break sekarang. Tu maksudnya dia tak boleh accept kekurangan diri ko. Dia tak boleh terima diri ko seadanya. Dia tak boleh nak jadi setia. Cuba imagine kalau dia mintak break lepas korg dah kahwin, lepas dah ada anak. Tak ke susah?'
4) 'Tak payahla nangis. Buang air mata je untuk insan yang dah tak sudi dengan ko. Kita nangis teruk2, dia happy je dengan org lain, tak ingat langsung pun kat kita. Buat apa ko nak terkejar2 dekat org yang dah tak sudi kat kita? Buktikan kat ex ko tu yang ko pun boleh berjaya, hidup bahagia tanpa dia'
5) 'Cubalah kuatkan hati. Kalau umur kita ni panjang lagi, kita akan face macam2 lagi masalah kat dunia ni. Kalau setakat masalah cinta pun kita dah menangis, frust nak rak, macam mana kita nak hadapi masalah2 lain yang lebih besar dalam hidup kita? Cinta bukanlah segala2nya. Banyak lagi benda lebih penting kita kena fokus dalam hidup'
6) 'Anggaplah semua yang berlaku ni ada hikmahnya. Mana tau kalau2 korg bercinta nak rak, lama2 nanti korg terjebak dengan hal2 tak senonoh ke, kan? Bersyukurlah yang korg dah break sekarang. Mungkin Allah nak pelihara diri ko dan ex ko daripada perkara2 yang keji dan mungkar'
7) 'Mungkin Allah saja je 'pinjamkan' ex-bf/gf ko tu sementara dalam hidup ko. Nak bagi pengajaran kat ko. Supaya nanti bila ko dah jumpa the right one, ko akan lebih menghargai si dia. Dan ko takkan ulangi kesilapan yang sama, macam apa yang ko pernah buat kat ex ko dulu'
8) 'Tak salah kalau nak menangis, tapi janganlah sia2kan air mata kita tu. Ia sangat2 berharga. Kalau ko nak nangis untuk dia hari2 sampai bengkak mata, ko takkan dapat apa2. At least kalau ko nangis sebab ingatkan Allah, mata ko yang basah tu dipelihara daripada disentuh api neraka'
9) 'Mungkin ex bf/gf ko rasa yang dia tak layak untuk ko. Atau dia takut terheret ko sama untuk melakukan dosa. Kalau betul, ko patut rasa bertuah sebab pernah berkongsi rasa sayang dengan insan macam ni. Kalau memang korg ada jodoh, pada waktu yang sesuai dan tepat dia akan datang cari ko balik. Doa banyak2 ye'
10) 'Hal2 tentang hati & perasaan ni memang tak boleh dikawal. So banyak2lah doa kat Allah supaya dibuang perasaan yang ada dalam hati tu. Kembalikan rasa cinta tu kepada pencipta rasa cinta itu, iaitu Allah SWT. Dan dia akan memberikan rasa cinta itu kepada insan yang betul2 menghargainya, InsyaAllah :)'
Ha cukuplah sampai sini. Agak2 kalau member korg tengah meroyan putus cinta tu tolong2la pujuk, tenangkan hati dia. Jangan buat dek je. Lagipun kita ni bukannya forever alone kat dunia ni. Ramai lagi family, member2, sedara mara duk sayang kat kita. Lantak pi la ngan org yang tinggalkan kita tu. Dia yang rugi, bukan kita. Yo dak?
Ok, jumpa post akan datang. Mekasih weh sudi baca. Wassalam.